Review OLay Serum

Salam...

Dah lama gila kot sejak beli Olay Anti-Aging Serum kat Watson haritu..
Kata nak review, tapi tak tulis-tulis pun...
Sementara teringat ni;

Kaklong nak Review Olay Total Effect Anti-Aging Serum



Kaklong dah pakai jenama Olay ni sejak sekolah menengah lagi..
Time tu guna lotion dia sebab murah sikit..
Bila masuk universiti Kaklong pakai cream Total Effect..
Kemudian bila abes belajar, Kaklong tukar-tukar produk macam-macam..

Lepas muka Kaklong jadi teruk, baru la teringat semula kat jenama Olay ni..
Cadang nak guna cream dia, pastu terfikir pula dah masuk usia 30-an ni better guna yang anti-aging.
Kot-kot la boleh bagi nampak macam 20-an balik.
Haha.. Berangan je la kau...

Apa beza serum dan moisturizer? 

Serum ni molekul dia tu kecik sangat, berfungsi untuk masuk dan meresap terus ke dalam kulit untuk memberi zat/nutrient yang diperlukan supaya kulit tu cantik gitew. Biasanya serum ni berasaskan air. Nak pakai serum ni, pastikan pakai direct ke kulit iaitu sebaik sahaja cuci muka atau lepas pakai toner. Lepas cuci muka, lap pastu terus pakai serum dulu tau. Yang lain-lain tu kemudian baru pakai.

Moisturizer pula berfungsi untuk melindungi kulit. Caranya ialah dia duduk kat atas lapisan kulit untuk menyekat molekul air (yang membuatkan kulit lembab dan gebu gebas) keluar dari kulit lalu hilang ke udara. Itu yang membuatkan kulit jadi kering dan kasar. Pendek kat dia tu macam Pak Guard la, tak bagi air keluar dari kulit.

Nampak tak beza antara serum dan moisturizer ni?

Serum tu dia masuk dalam kulit dan bagi zat.
Moisturizer pula dia seal kulit tu bagi zat tak keluar.
Camtu la lebih kurang bahasa kampung saya..

Review

Haaa jom.. Kita review pula..

Serum Olay ni teksture dia sangat ringan dan lembut.
Tak berminyak..
Bau dia pun lembut...

Memandangkan Kaklong ni alah dengan fragrance, maka produk tanpa bau (atau rendah bau - ada ke ayat ni?) adalah idaman hati Kaklong.

Bila sapu kat muka tu kan cepat betul dia menyerap..
Biasanya Kaklong pakai dua kali picit..
Satu picit untuk seluruh wajah, satu picit untuk leher..

Leher pun penting tau..
Tak best la kalau muka gebu, tapi leher tak berapa nak gebu je..

Lepas pakai, rasa macam tak pakai apa-apa pun kat muka..
Bila time panas dan berpeluh tu, takde la rasa berminyak ke apa ke..
Tak perlu nak blot blot .

Selepas dua minggu pakai, kulit Kaklong jadi lebih lembut dan lembab..
Rasa macam seronok pula tengok cermin.

Selepas sebulan, jerawat yang merah dan sakit-sakit pun dah takde..
Parut jerawat pun berkurangan..

Walaupun kulit Kaklong takde la cantik macam artis tu, namun nampak perbezaan yang ketara..
Bila usap-usap pipi rasa lembut dan segar..

Suka sangat!

Kaklong pakai Olay Total Effect Anti-Aging Serum ni dua kali sehari.
Pagi dan malam.

Moisturizer Kaklong tak pakai pun..
Tengah ushar-ushar juga, tapi rasa selesa sangat dengan kulit sekarang.
Tersilap pakai karang takot jerawat sakit muncul kembali!
Takot! 😫😫😫

Boleh tak suggest moisturizer apa yang berkesan?

P/S: Ini bukan post berbayar ya. Kaklong betul-betul pakai Olay 😉

10 ulasan:

  1. betul.. bila dah selalu tukar2 produk, muka memang akan teruk.. macam Nurul jugak.. tapi olay ni memang bagus ^^

    BalasPadam
  2. lama benar tak dengar tentang barangan olay ni :), kalau moisrturizer, aira pakai mary kay tapi ada yang cakap moisturizer simple pun ok :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringin juga nak MAry Kay. BAnyak feedback kata bagus kan..

      Padam
  3. Sejak almost 30s ni memang Lin pun dah tak sesuai pakai skincare yang dah bertahun pakai since sekolah. Sebelum ni Lin pakai olay, lebih 10 tahun tapi pki moisturiser dia je la. Memang parut jerawat cepat hilang, tapi kebelakangan ni (maybe due to aging or pregnancy hormones), kulit kering tapi ada jerawat kecik-kecik. So Lin switch pakai Avon sekarang yang Anew whole set tu dah 2 bulan. Memang puas hati dengan outcomenya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Avon Anew tu ya. Bole la try. Nak cari gak moisturizer yang sesuai dengan kulit.
      TQ Lin ^^

      Padam
  4. macam menarik je pakai olay ni. Boleh lah cuba nanti.

    BalasPadam
  5. Teruja tengok... Dah lama mengidam nak pakai serum tapi selalu berkira2.. semoga ada rezeki lepas ni. By the way auni suka bau olay sebab dia mild je..

    BalasPadam

Komen la sikit ^^