Ingat tak kisah Kaklong beli keyboard mainan untuk belajar piano secara online haritu?
Tak lama lepas tu kan, rasa macam dah terer dah sikit (padahal tak pon...haha..), kitorang pun terus beli keyboard piano yang betul punya!
Piano Keyboard mampu milik! |
Kecik je, kalau tak silap Kaklong 47 key punya (time pergi tu tak tau lagi pasal bilangan key ni)
Memandangkan takde knowledge kan, ingat nak minta la juga consultation sebelum beli...
Tapi dorang tu nampak macam takde knowledge sangat pasal la pasal ni.. :(
Cik Abang pun pergi survey kedai lain dan rata-rata harganya dalam RM500++ dan ke atas; tapi jenama Casio la..
Kitorang takmo la beli mahal sangat, lagipun kita nak main suka-suka je kan..
Disebabkan ada banyak saiz, Kaklong survey la saiz yang paling okay untuk beginner.
Ada satu artikel tu cakap sila beli yang ada 88 key.
Dengan confident-nya kitorang pun pi kedai satu ni dan tanya pasal keyboard 88 key.
Dorang cakap takde stok, kalau 76 key ada la..
Harganya RM2500++
Rasa malu pula tanya; hahaha.. lari terus bajet..
Lepas bagitau yang bajet kami RM500 ke bawah, dia pun syorkan keyboard 47 key, berharga RM599. Jenama Casio..
Dia ingat anak nak main; bila bagitau bahawa Kaklong yang nak belajar main; dia terus syorkan yang keyboard 61 key punya; harga RM850++.
Katanya itu standard size yang orang dewasa selalu main.
Kaklong angguk-angguk je walaupun blur.
Memandangkan kekurangan bajet, kitorang pun tangguhkan dulu.
Nak kumpul duit sikit lagi, nak beli yang 61 key punya.
Tengok tu, mengada kan..
Dah ler tak pandai main; nak beli yang besar konon.. Haha..
Yang menariknya, kedai tu pun ada buat kelas muzik tau (piano, gitar, biola dll).
Yuran pendaftaran RM60.
Bulanan RM100. Seminggu sekali (4x sebulan).
Masa ikot kita la bila-bila nak (bincang dulu la; bukan walk-in bila-bila masa)
Pastu balik rumah, Cik Abang pun buka Lazada nak survey keyboard 61 key.
Rupa-rupanya Lazada pun jual keyboard (Lazada semua benda pun dia jual kan.. :D)
Godek punya godek akhirnya kitorang decide nak beli kat Lazada je la..
Beli kat Lazada
Dia bagi sekali dengan stand, beg dan pedal; RM615.10 sekali termasuk pos..
Sebenarnya okay je beli kat kedai tu, bayar cash terus bawa balik.
Beli kat Lazada kene tunggu pula barang sampai la, kalau rosak kene return pula, kalau rosak dalam warranty kene pula claim warranty. Leceh juga la beli barang elektronik secara online ni..
Tapi memandangkan beza harga dia nak dekat RM200; untuk jenama yang model yang sama, kitorang decide nak order online je la..
Harap-harap tak rosak; in shaa Allah..
Kitorang dropped order pada hari Jumaat..
Bajet-bajet, hari Isnin la sampai kan..
Takkan la Sabtu, rajin sangat kurier nak hantar barang hari Sabtu..
Namun jangkaanku meleset..
Sabtu tu time Kaklong sedap-sedap bergolek atas katil dengan tak mandinya serta mamai, siap fikir nak bangkit ke tak bangkit, nak bangkit ke tak bangkit; kurier call kata nak hantar barang..
Uit! Sekarang??
Nasib baek Cik Abang ada..
Dia tolong amikkan sebab dia dah mandi.
Cepat gila kan sampai...
Secepat itu juga la Kaklong pi mandi, pastu kami sama-sama unbox bungkusan tersebut.
Seronok giler..
Rasa romantik sangat buat keje sama-sama macam tu.. ^_^
Kitorang pun main keyboard dua hari berturut-turut dari pagi sampai malam sampai sayang rasa nak pi tidur..
Biasa la barang baru kan..
Lama-lama nanti takde la super excited macam tu lagi.
Kisah dia dah abes dah; saja nak tambah sikit lagi..
Sejak barang sampai, bersepah juga la kat facebook cakap tentang order barang kat Lazada tak sampai-sampai dan order hilang.
Bukan sikit orang komplen kat Facebook Page Lazada
Alhamdulillah..
NAseb baek order Kaklong sampai dengan cepat dah selamat..
Mahal gak tu (bagi kami mahal la..)
Kalo tak sampai atau duit tak dapat balik; menangis juga la dibuatnya..
Okay la, macam panjang je bebel kali..
Kaklong nak sambung main muzik ni..
Kui kui kui..
Wassalam..
salam singgah :)
BalasPadamTQ singgah :)
PadamSusah la main keyboard ni kaklong. Echa fail kalau bab multitasking ni. Mmg terus tak pandai nak control jari. Huhu.
BalasPadamSama la ngan Kaklong. Satu tangan okay lagi. Bila kene dua tangan terus mampos! :DD
Padamteringin nak ada piano sendiri jgak
BalasPadamJom jom... PAkai keyboard je mula2 nak belajar..Dah terer nanti baru pakai piano ^^
Padambestnya kak long. syu pon dok survey keyboard jgk ni. tp x beli lg. hehe.
BalasPadamtd pon bru shopping beg kat lazada. harap2 smpai dgn selamat lah.
In shaa Allah..
PadamBagus untuk memori kita ni, kene hafal lagu dan kedudukan key tu. Haha
Bestnya ada keyboard baru.. Mahal juga kan harga keyboard ni..
BalasPadamMahal juga. Ada yang murah.
PadamAda tu yang bole gulung2, jimat ruang.
Kitorang amik jenama casio sebab nak pakai lama la konon. Haha..
bestnya main piano
BalasPadamBest. Tapi susah juga rupanya.. T__T
PadamWahhh tangan org seni juga lah kak long ye. Ana bab muzik out terus. Dulu Konon nk belajar main gitar, kejap je lps tu tolak tepi padahal ayah ana hebat main gitar. Kat rumah siap ada 4 gitar lagi. Huhu
BalasPadamWah, sayangnya tak belajar dengan ayah..
PadamKaklong takde la seni pun, cuma teringin.. Tapi macam lambat pickup je Kaklong ni. Haha :D
Seronoknya beli piano.nanti leh tekan2 buat lagu kan
BalasPadamBest!
PadamCuma tak ingat key. Haha :D
habis la.. kakak rasa dah kena menabung ni.. anak dara kakak yang 5 tahun ni dah mula menunjukkan minat kat piano / keyboard.. hee~ kalau itu maharnya.. in shaa Allah.. boleh sedikan seketol macam kak long punya ni..
BalasPadamBelajar keyboard ni bagus untuk daya intelektual kanak2 sebab kene guna dua tangan serentak. Untuk kanak2 yang 48 key pun okay. Tokey kedai tu syorkan yang 48 key sebab ingat Kaklong beli untuk anak.. :)
PadamBonde dulu, minat nak main alat muzik tapi tak ada kos untuk belajar muzik.. jadi ketepikan saja minat tu, memori indah masa sekolah dulu, sebatang rekoder kongsi 6 beradik dulu-dulu macam tulah pengajarannya benda susah nak dapat jadi, ianya turun temurun...
BalasPadamBetul tu bonde. Bila susah nak dapat kita pandai menghargai barang.. :)
Padam