Artikel ni lebih kepada saintifik.
Korang bole terus je dapatkan minyak kelapa dara kat SINI untuk mengelakkan pening baca artikel Kaklong ni..
Sorry tau, Kaklong background science jadi memang suka la citer pasal mende gini..
Bole je nak citer nak senaraikan kebaikan terus, tapi kalo dapat faham detail lagi best kan..
Kaklong tak tau nak start citer dari mana tentang Virgin Coconut Oil ni.
Terlalu banyak kebaikan dan kelebihan dia..
Yang pasti minyak kelapa dara ni adalah asli dan semulajadi, bukannya minyak yang dicipta oleh manusia..
Eh, ada ke minyak ciptaan manusia?
Ya, ada. Bukan minyak je, malah tumbuh-tumbuhan pun.
Ia digelar Genetically Modified Organism (GMO).
Banyak dalam makanan seharian kita tanpa disedari.
Malah kat luar negara ada aktivis Anti-GMO kerana kesan jangka panjangnya tidak diketahui.
GMO ni, kalis racun,; ulat, serangga dan bakteria pun tak makan dia..
Itu menyebabkan orang rasa something wrong je..
Harini Kaklong nak citer pasal vco je tau, next time ada masa Kaklong citer pasal GMO pula.
Sementara tu bole la googled dulu..
Okay.
Apa tu Minyak Kelapa Dara?
Ia adalah minyak yang diekstrakkan dari kelapa..
Haha.. senangnya jawapan..
Okay minyak kelapa tu, cara nak buat ialah dapatkan santan dulu kemudian masak santan tu sampai keluar minyak dan jadi tahi minyak.. Minyak tu kemudian kita tapis dan itulah namanya minyak kelapa.
Apa beza dengan minyak kelapa dara?
Bezanya ialah minyak yang kita keluarkan dari santan tanpa melalui proses pemanasan.
Dia tak kene panas langsung pun tau.
Bole ke keluarkan minyak tanpa dipanaskan?
Bole je, tapi renyah la sikit.
Kaklong dah buat dah.
Kalo korang nak buat sendiri minyak kelapa dara kat rumah caraya Kaklong tunjukkan kat sini : CARA BUAT MINYAK KELAPA DARA DARI RUMAH
Dorang buat kajian dan didapati penduduk/negara/kawasan yang consume kelapa dalam diet seharian mereka (santan, kelapa parut. air kelapa, minyak kelapa, dadih kelapa dll) semuanya mempunyai kesihatan yang optimum dan takde tanda2 penyakit jantung.
Macam negara kita la Olive Oil tu macam mahal dan precious sangat kerana ia perlu import dari luar negara. Sapa yang masak guna olive oil tu, memang kaya la. Nak2 masak ayam goreng. Wow! KAya kau..
Tapi sebenarnya kan; minyak zaiton (minyak zaiton, minyak kacang, minyak bunga matahari, minyak canola) tak begitu sesuai dibuat masak. Bole tumis dengan api perlahan dan sekejap je kerana minyak ni kurang stabil. Dalam kepanasan yang tinggi, dorang akan bertukar jadi trans-fat.
Minyak yang paling stabil dalam dunia ialah minyak kelapa dan yg kedua ialah minyak kelapa sawit.
Dalam kepanasan yg tinggi pun dorang masih belom bertukar ke trans-fat; dan kajian menunjukkan ia bole dipanaskan sebanyak 3 kali. Lepas kali ketiga tu baru la dia bertukar ke trans-fat.
Oleh itu kalo korang guna minyak zaiton, korang bole guna untuk saute je,
Dan virgin olive oil pula utk dressing salad.
Macam chef orang putih, dorang masak gravy tanpa minyak. Lepas tutup api baru la percik minyak zaiton..
Minyak zaiton dara (seramnya nama) pula utk buat sos dan salad (yang tak taruk atas api)
Minyak bunga matahari dan canola pula kalo bole elakkan la ya, Sebab minyak tu GMO.
Okay, mari kita kembali semula ke minyak kelapa dara.
Kenapa Kaklong selalu hilang fokus ni?
Aiyoooooooo
Bersambung di bahagian 2 k. Takmo artikel panjang sangat
Bye
Barang yang bagus ni
BalasPadamYa.. :)
Padam