Nak Try Jeju Aloe dari The Face Shop

Hai.

It's Shopping Time!

Sejak akhir-akhir ni resdung menyerang kembali..
Tidakkkkk...

Mungkin disebabkan kami selalu makan kat kedai siam sejak akhir-akhir ni..
Susah juga jadi Kaklong ni kan..
Belacan, minyak ikan, minyak sotong, cencalok semua tu takleh makan..
Alergic..
Tapi Kaklong suka sangat benda-benda tu..
Hahaha..

Adik Kaklong, si Alang tu kalo diserang resdung asyik bersin je memanjang..
Tapi muka dia clear tau..
Jeles sangat I.

Kaklong pula, bersin tak berapa, tapi muka gatal-gatal.. Mata pun berair..
Pastu mata macam sembab sikit..
Tak suka..
Tapi suka belacan..
Huwaaaa...

Okay la..
Ntah apa-apa merepek.

Disebabkan muka asyik gatal dan rasa nak garu, Kaklong pun kerap la juga cuci muka..
Sebab rasa macam ada benda-benda kecik berjoget kat muka,lepas cuci rasa lega sket..

Yang tak lega kulit Kaklong pun jadi kasar..
Kelembapan semulajadi dia hilang..
Nak pakai apa ek..
Cream dan lotion akan buat kulit jadi makin naik radang..
Pengalaman Kaklong la..

Godek-godek cari maklumat dan jumpa orang cakap pasal Jeju Aloe Gel dari The Face Shop
Okay juga kot..
Sebab dia bukan cream atau lotion, dia macam gel..

Kebetulan gi mall haritu, terus beli..
RM24.. Murah je la..
Sebab besar giler..
Ntah berapa tahun nak abes..

Texture dia macam gel rambut, tapi ringan..
Bau dia best, lembut je.. Rasa nak pakai banyak-banyak..
Pakai sikit je dah cukup sebab mudah nak ratakan..

Sepanjang hari pakai, kulit tak berminyak atau berkilat macam pakai cream..
Setakat Kaklong pakai beberapa hari ni, kulit rasa moist..
Okay la dengan harga dia, tiap kali lepas cuci muka pakai gel ni..
Tak la rasa macam rugi sangat dan tak teragak-agak pun nak pakai lagi dan lagi (sebab murah kan. Hahaha)

Apapun, jerawat masih tak hilang..
Hohoho..

Kalo nak beli online korang beli kat HERMO
Sekarang tengah sale, RM19.71 je sebiji, kos pos dalam RM7
Jimat la sikit dari harga penuh..

Klik sini : Jeju Aloe The Face Shop

Tak sure sampai bila sale ni..

Serum pun dah nak abes, nak try brand lain la pula..
Ada suggestion tak?

Bye

10 ulasan:

  1. serum ea.. haaa.. xsure nak suggest apa.

    tp bab dok bersin selalu tu, yui leh cdgkan ivmist. heee. produk top skg. smbur ajee.
    Yui jual. wakakaka.

    BalasPadam
  2. bagus untuk kulit yang kering ka ni kak long...

    resdung bagus amal habbatus sauda...saya dah cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sure aRz. Kulit Kaklong jenis berminyak sket, setakat ni pakai ok. Takde kesan buruk..

      Habbatussauda yang soft gel tu ke.. Atau jenis sapu..

      Padam
  3. Ephyra punya serum kot? Tapi harga boleh tahan jugak lah kan... hahahaha ! Gel ni tak melekit ke kaklong coz ai is tak suka betul nak pakai jenis lekit2 ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ephyra ek, nnti Kaklong survey..

      Tak melekit Sha.. Lepas kering rasa cam tak pakai apa2 pun. Mungkin dia waterbase kot...

      Padam
  4. Serum Ros guna Kawai. Yang Jihan jadi duta tu. Best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok ek? Kaklong pernah amik yang kawaii kolagen dia tu..
      Serum belom lagi..

      Padam
  5. ade orang cakap sapu je minyak gamat. betul ke? mcm takut je

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAha.. Pernah dengar juga, tapi tak berani la..
      MAcam pelik je.. :D

      Padam

Komen la sikit ^^