Hai.
Citer The Walk ni dah lama, Kaklong je baru tengok semalam.
Kaklong takut tinggi, tak berani nak tengok kat wayang.
Citer ni kisah benar tentang Philippe Petit. Kerja dia ialah berjalan atas wayar tinggi dan cita-cita nak berjalan antara dua menara World Trade Center. Pastu dia pun cari sorang demi sorang kawan yang sudi support dia dari segi tenaga. Dah akhirnya dia berjaya pun berjalan kat tempat tu pada 7 ogos 1974.
Haa. Dah lama dah kesah ni.
Pelakon utama dia Joseph Gordon-Levitt tu salah sorang pelakon yang Kaklong suka, sejak tengok dia dalam citer "10 Things I Hate About You".
Pastu ada juga Ben Kingsley, pelakon veteran yg memang terer giler berlakon. Kalo dia ada, mesticiter tu best. Haha.. macam indicator pula.
Jalan citer dia takleh nak cakap best ke tak, sebab kesah benar kan..
Cinematography dia cantek. Dorang buat kat studio (green screen), memang cantek la.. Rasa macam real je time dia buat aksi berjalan tu..
Huuuuuu.. sejuk tapak kaki Kaklong..
Babak paling best masa dia jalan kat World Trade Center (babak akhir-akhir), ada polis datang suruh dia naik (semula ke bumbung). Tapi dia tak naik, dia pegi pusing semula berjalan ke sebelah sana. Polis sana suruh dia naik, dia pusing balik jalan ke sebelah sana.. Macam tu la dia pusing-pusing.
Pastu dia duduk la kat wire tu, tengok bawah la, pastu bole pulak baring. Sabar je la aku.
Bole pula tak jatuh tu. Camana ntah dia buat..
Kalo citer fiction tak heran la, tapi ni kan kesah benar..
Huuuuuuuu....
Lakonan dorang bagus2.
Terutama accent yang dorang gunakan.
Macam real je orang France.
Cuma pelakon utama tu (Joseph) agak over acting sikit..
Nak-nak time dia tengah stress dan marah-marah..
Namun masih wajar dipuji..
Dia kan sebelom ni mana berlakon marah2, semua baik2 je..
Pada pendapat Kaklong citer ni dredging sikit pada permulaan hingga pertengahan. Kaklong siap bole tengok filem sambil baca fb lagi.
Mungkin dorang usaha nak cukupkan 2 jam.
Ada babak cemas, seperti dia ceroboh masuk nak tinjau tempat, dorang ceroboh masuk barang utk set up wire, nyorok dari pak guard dan sebagainya, tapi Kaklong tak rasa pun cemas.. Mungkin disebabkan jalan citer slow.
Cerita yang laju baru cemas, macam mission impossible tu. Tak sempat nak lega, datang oulak cemas. Ditambah dgn muka cemas Tom Cruise tu, kita pun tahan nafas sekali dgn dia.. (eh, bakpe melencong pulak)
Apapun, kecemasan tu berjaya dirasai masa dia jalan atas wire..
Disebabkan ending dia bagus, rasa puas lepas menonton.
Kaklong bagi ☆☆☆☆ out of 5.
Bye
Cari kat sini
About
Kaklong seorang surirumah yang rajin, isteri yang solehah, ibu yang penyayang kepada dua anak yang bijaksana
Suka membaca, menulis, mengait, melihat lukisan, berangan dan terbaru berjinak-jinak dengan exercise walaupun tak menyukainya.
Quiting Social Media
INFP
Ambivert
Suka Muzik Rancak
Suka Movie Banyak Cakap
Alkisah
-
▼
2016
(124)
-
▼
September
(36)
- Movie I love you, man..
- Apa itu Detox?
- Review Filem : Magnificent Seven 2016
- SENARAI CYBERSALE 2016
- Apa itu Diet?
- Tak Tau Nak Letak Gambar Apa kat Instagram
- Nak Try Jeju Aloe dari The Face Shop
- Review Youtube : Reaction Time Channel
- WePrint Machine : Idea Bisnes yang Tak Banyak Kerja?
- Review Movie : Train to Busan
- Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil
- 5 Tips Murah Rezeki
- Lirik Hang Pi Mana Khalifah
- Selamat Hari Malaysia
- Servis Review Produk
- Cara Menguruskan Kewangan untuk Bisnes Kecil dan F...
- Citer Seram zaman Belajar
- Tukar ke Responsive Template untuk Blog yang lebih...
- Review : Kylie Liquid Lipstick Inspired (fake) : K...
- Beli Nurraysa Skincare Treatment Serum
- World Quran Hour
- Kimchi yang .....
- Review Filem : Pete's Dragon
- Pengembaraan Mencari Kurus Day 23
- Review Filem American Ultra
- Pengembaraan Mencari Kurus Day 21 & 22
- Kebaikan Minyak Kelapa Dara aka Virgin Coconut Oil...
- Kebaikan Minyak Kelapa Dara aka Virgin Coconut Oil...
- Minyak Kelapa Dara aka Virgin Coconut Oil (VCO)
- Review Filem The Walk
- Pengembaraan Mencari Kurus Day 19 & 20
- Review Filem: Mechanic: Resurrection
- BERIKLAN KAT BLOG
- Pengembaraan Mencari Kurus : Day 18
- DIY : Minyak Kelapa Dara aka Virgin Coconut Oil (vco)
- Pengembaraan Mencari Kurus Day 17
-
▼
September
(36)
Misi 2026
- Turun 6kg (79>73kg)
- Morning walk 2km
- Bfast low carb, higher protein
- Jalan 10 minit lepas makan
- Suku suku separuh
- Sayur>Protein>Carb
- Minum air masa semasa makan
- Minum setengah gelas je air bergula. Pastikan kurang manis
- Jangan makan semasa minum air bergula
- Evening walk 2km
- Hari tak walking, ganti dgn 1km indoor walking




Ekin bab drama english paling jarang tengok hihihihi kalu tengok dgn abg pahtu terus lupa
BalasPadamKaklong suka movie orang putih.. Movie Melayu jarang... :)
Padam