Citer dah lama, Kaklong je baru tengok.
Tengok kat Astro je. Hehe..
Citer ni mengisahkan Mike yg duk kat pekan terpencil. Keje dia jaga kedai runcit. Dia macam biasa2 je, selekeh, penakut, slow dan sebagainya.
Dia duk ngn girlfriend yg yang jelita sangat tp selekeh cam dia jugak la,
Satu hari sorang makcik yg jelita juga masuk kedai dan cakap benda merepek. Dia tak faham langsung apa makcik tu cakap. Makcik tu ulang2, Mike masih tak faham. Kalo Mike yang orang putih tu tak faham, Kaklong lagi la tak faham. Pastu makcik tu kecewa dan minta maaf lalu beredar.
Masa nak tutup kedai tu Mike nampak ada 2 orang nak pecah masuk kereta dia. Mike pun gi tegur orang tu, orang tu terus bawak keluar pisau nak tikam Mike.
Tetibe Mike macam kene trigger dan automatik dia lawan 2 orang jahat tu dengan bergayanya. Beberapa saat je orang jahat tu dah mati. Yang best tu Mike rodok leher penjahat tu guna sudu je bole keluar darah.
Pastu Mike terkejut, tak tau camana dia bole terbunuh orang jahat tu tanpa disedari.
Rupa-rupanya Mike ni bahan eksperimen satu organisasi (CIA kot. Tak ingat dah) sebagai senjata pembunuh macam citer Bourne Identity tu. Tapi eksperimen tu gagal, maka dorang padamkan memori subjek ni semua dan hantar gi tempat terpencil. Mike ni satu2nya subjek yang berjaya.
Pastu di bawah ketua baru, dorang nak hapuskan semua subjek ni nak bagi senang keje. Makcik tu merepek tadi tu pula kiranya macam ketua asal eksperimen tu. Dia pegi on kan semula function Mike sebab takmo Mike mati. Dia sayang kerana Mike satu-satunya subjek yg berjaya dlm eksperimen tu.
Pastu pengurusan baru kerah semua yg ada untuk hapuskan Mike, cam tak berbaloi je sebab Mike ni hebat sangat.
Kaklong suka citer ni..
Suka lakonan Mike yang dibawa oleh Jesse Eisenberg. Dia tu macam kecik je orangnya, panik2, takut2, cakap tergagap2 , tetibe dia berlawan macam pro. Suka la tengok benda macam ni. Lakonan pun tak over, selamba je, real. Kaklong suka dia sejak tengok dalam citer yang dia jadi budak penghantar piza tu. Sekali je Kaklong tengok citer tu. Tak ingat tajuknya.
Kristen Stewart jadi heroin dia, secocok dorang jadi couple. Kaklong tak minat Kristen sebab lakonan dia biasa2 je, walaupun cantek tapi muka monyok sokmo. Apapun, dia sesuai sangat pegang watak ni. Ada plot twist tau dalam citer ni, dan lakonan Kristen yg bersahaja dan muka konfius dia tu buat Kaklong tak sangka ada plot twist macam tu. A big credit to script writer.
Citer ni banyak unsur kelakar dan cemas, dan misteri-misteri sikit.
Rose tu pun best jugak, walaupun cuma watak sampingan, dorang semua berlakon dengan baik sekali.
Babak berlawan dalam kedai runcit tu paling best.
Scenery dia macam video game, skrin tv duduk kat belakang Mike. Pastu kan dorang buat sekali take je utk babak tu. Jadi choreography dan camera angle tu dorang jaga dengan baik sekali, nampak cantek keseluruhan scene tu.
macam gini tapi tak nampak seba laju tau scene ni. |
Ikotkan jalan citer macam biasa je..
Olahan plot, lakonan mantap, skrip dan choreography yang buat ia seronok ditonton.
Citer ni utk tontonan ringan dan takde nak pening2 kepala fikir.
Kaklong bagi ☆☆☆☆ out of 5.
Bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^