Wuiii seronok betullah.
Rindu betul ngan wayang.
Kitorang tengok Mechamato sebab bole bawak baby kan.
Tapi mak datok mahal giler tiket. Tak silap kaklong RM24 sekeping dewasa. Kanak-kanak punya tiket tak ingat pula brape.
Dah la masa beli tiket tu kitorang macam tercari-cari mana kaunter tiket ni? Rupa-rupanya takde kaunter dah. Dah pakai mesin macam mekdi tu.
Dah la tak gajikan orang, pelanggan kene buat sendiri, tiket lagi mahal pulak tu. Rasanya dalam 10 tahun lagi popcorn pun pelanggan kene masak sendiri.
Mesin beli tiket tu kan, kitorang try sampai 4 kali tau. Kali keempat baru la berjaya transaksi.
Kali pertama tengah touch touch tu tetibe mesin tu padam. Kitorang tunggu je la, kot² mesin ni memang lembab ke apa kan. Rupa-rupanya mesin tu tido.
Ehhhhhh.
Kita tengah beli dia tido pulak.
Kalau orang yang jual pasti takkan tido tengah² berurusniaga. Tapi ni mesin. Suka hati dia la nak tido ke apa, bukan bole marah pun.
Kami pergi mesin sebelah.
Touch punya touch, dah pilih seat apa semua lepas tu mesin tu suruh pilih makanan pulak. Ooo kene pilih kat sini ek, ingat nak pilih² kat kaunter je.
Amik masa lama juga pilih makanan tu sebab tak biasa ngan GSC. Dulu-dulu sejak 2013 lagi kitorang tengok wayang TGV je sebab jadi member. Banyak tengok dapat tiket free, renew free, lepas renew dapat pula tiket free. Birthday pun dapat tiket free. Tapi GSC ni kaklong baru pergi dalam 4x je kot seumur hidup.
Lepas dah pilih makanan dah check out tu teringat pulak yang tak tukar tiket kanak-kanak.
Tak reti nak buat apa, kami pun cancel la.
Pastu 3rd attempt pula, alahai penatnya.
3rd attempt ni berjaya tapi lepas check out time nak bayar tu tetibe mesin tu yang cancel transaksi.
Aik, balas dendam nampak.
Rupa-rupanya seat kami tu orang lain dah amik dulu. Orang kat mesin sebelah tu la agaknya, sape lagi.
Okay, 4th attempt pulak.
Kali ni kami touch cepat2 sikit takot seat hilang lagi. Akhirnya berjaya bayar dan dapat tiket.
Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya gerimis mengundang. Ingatkan 4tj attempt tu berjalan dengan smooth. Rupanya tak.
Masa amik makanan tu, kitorang tak dapat popcorn, kitorang dapat jajan rangup pedas. Kitorang macam haaa apeni?
Budak tu cakap memang kami order tu pun. Alamak, salah tekan la tu. Tapi kaklong macam yakin sangat dah tekan popcorn. Menyampah betullah.
Kaklong tanya la bole tukar tak. Tambah duit pun takpe. Dia cakap tak bole tak bole sambil pandang tempat lain. Alahai diva kau nyah.
Terpaksa la beli popcorn satu lagi.
Aktiviti ni saje dah habis rm100.
Pengalaman berurusniaga di sini sangat tak best. Tak mau mai dah.
Apapun Mechamato tersangat best.
Kaklong dan Farid memang suka tengok siri Mechamato kat Netflix. Selalu ulang-ulang tengok.
Movie dia kali ni tak kurang hebatnya.
Macam² emosi bercampur-baur.
Visual dia pun lawa giler.
Skrip pun sedap.
Dah plot dia on point, takde draggy dari mula ke akhir syok oooo.
Kaklong macam terlupa yang kaklong sedang tengok cerita buatan Malaysia.
Selain dari pengalaman menonton di atas, ni 3 perkara lagi yang Kaklong suka tentang Mechamato.
1. Gajet dia punya design
Mechabot tu kan bole cantum ngan barang lalu jadi gajet. Design gajet² yang Mechabot hasilkan tu lawa giler. Style woo.
2. Suara Pian
Kaklong suka sangat suara Pian sebab dia pelat R. Pada hawa telinga kaklong kan suara lelaki pelat R memang seksi.
Kat sini jelas produksi masukkan pelakon suara pelat R untuk menambahkan variasi dan memberi personaliti unik pada Pian. Dorang tak anggap pelat R tu tak sesuai dikomersialkan. Cuba la tengok mana ada pelakon atau penyanyi pelat R kecuali kalau mereka bercakap dalam loghat sesetengah negeri. Bila guna Bahasa Melayu moden memang takde la kita jumpa pelat R di ruangan komersial kecuali Lisa Surihani, itu pun bila dia cakap spontan baru dengar pelat R tu. Dalam filem tak dengar pun dia pelat R.
3. Serah kepada Pelapis
Ini mesej tersirat yang kaklong nampak dalam filem Mechamato ni. Iaitu kita patut serahkan tugas kepada anak muda kita. Jangan la asyik kita nak buat semuanya sampai dah tua pun kita nak bolot sorang-sorang dan anggap budak² bukan tahu apa. Memang la dorang belom tau apa lagi tapi kita sebagai orang tua patut beri mereka ilmu, latihan dan persediaan untuk galas tugas menjaga dunia yg bakal kita tinggalkan. Jangan anggap budak ni ganggu keje orang je nak amik tab pi main game. Sampai satu masa kita dah nyanyuk dah nak pergi, anak² muda yang dah belia ni tak reti buat apa sebab takde orang pernah ajar camana nak buat semua ni. Masa muda2 kita dah bagi mereka pendedahan dan hands-on kerja² ringan. Nanti nak amik alih senang. Malah anak muda ni mereka lagi pandai pada kita. Cuma kita je perasan paling pandai dalam dunia padahal makin kita tua makin merosot. Anak muda tak cakap apa sebab hormat je dalam hati dorang roll eyes je tengok perangai kita yang perasan tahu semua ni.
Semoga karyawan Malaysia yg lain dapat ikot jejak langkah Mechamato ni.
Sila la buat cerita sedap² please...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^