Jangan Berhibur Kerana Bosan

Kaklong nak bagitau something pada semua orang yang ada anak.


Awak kene stop ajar anak berhibur setiap kali anak bosan.

Jangan takot anak bosan.

Bila anak bosan, awak lorongkan anak awak untuk buat benda lain selain berhibur.

Jangan ajar tengok youtube, tengok tv, dengar lagu, main game, dan apa saja bentuk hiburan tiap kali bosan. 

Tapi ajar anak untuk buat benda yg belom siap, mengemas almari, kemas stor, kemas pinggan mangkuk, cuci toilet, mop lantai, cuci peti sejuk, sapu halaman, berjalan² kat taman, kat pantai, workout, berkarate, jogging, beli groceries, dan apa saja benda yg bawa faedah pada dia.

Ajar anak baking, masak, menjahit, mengait, melukis, bertukang, mengukir, pasang² mainan. 

Tanamkan dalam mindset anak, bila bosan pergi buat kerja² yg berfaedah. Pergi siapkan keje yg terbengkalai.

Hiburan sekarang dah terlalu banyak.

Manusia makin berhenti berfungsi sebagai manusia sebab nak berhibur.

Kita banyak buang masa utk berhibur.

Buang masa yang precious dengan anak² sebab nak main game, sebab nak skrol instagram. 

Buang masa utk beribadat sebab nak tengok tiktok.

Buang masa utk tidur sebab nak main game.

Ya, kaklong paham kita nak berhibur.

Tapi instead of berhibur setiap kali bosan, sediakan masa khas utk berhibur.

Contoh 8-10 mlm ialah waktu berhibur.

Lepas pukul 10, tutup hiburan dan buat aktiviti lain.

Kalau bosan juga, buat aktiviti lain; bukan berhibur.

Berhenti ajar anak berhibur tiap kali anak bosan.

Kita sedang menghasilkan masa depan yang tak berguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^