Preferred Seller Shopee


Happy giler kot bila saje² nak check preferred seller kat shopee, sekali layak kau.

Huuuuuuuuu

Kaklong punya kedai shopee ni selalu tak memenuhi kriteria chat respons rate dan uniq buyer. Tak sangka pulak kali ni dapat.

Kaklong tak tahu sebenarnya camana nak submit. Kat situ tulis pukul 6 petang ni baru di evaluate. Kaklong pun tak tahu apa tu.

Walaupun kaklong nak jugak dapat preferred seller, tapi kan kene tolak pulak lagi banyak komisen.

Sekarang komisen saja dah ditolak 7.5%. Haaa banyak kan.

Komisen 1.10%
Transaksi 2.12%
Free Shipping Program 4.24%

Giler tak banyak.

Tapi untuk preferred seller komisen dia 2.2%. Jadi kalo kaklong jadi preferred seller, jumlah shopee tolak menjadi 8.5%.

Tapi yang bestnya kedai preferred seller ni bole guna coin.

Kaklong pun ada beribu² coin memang cari preferred seller untuk guna coin tu kalo tak nanti expired pulak. Walaupun kedai tu tak murah tapi lepas gun coin banyak jimat.

Kaklong masih fikir lagi nak jadi preferred seller ke tak kat shopee ni.




Ulasan

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan