Review : Seminar Lohong Hitam

Salam..

Kursus lagi...
Ai, tak abes-abes dengan kursus...

Hahaha..
Sabar yer..
Ada 4 kursus Kaklong enroll..
Tinggal satu je lagi belom pergi, bulan Mei nanti..

Eh, yang ni bukan kursus sangat, lebih kepada seminar.
Nama dia Seminar Lohong Hitam

Lohong Hitam ni ialah jaringan perniagaan..
Instead of kita berniaga sorang-sorang, lohong hitam ni ajak kita bergabung sesama usahawan untuk membentuk jaringan perniagaan yang saling bekerjasama untuk mempermudahkan bisnes.

Macam pening je kan..
Kaklong pun pening juga nak explain..
Ni pun baru tau..

Banyak rupanya hal yang Kaklong tak tau dalam dunia perniagaan.
Seminar ni sedikit sebanyak membuka minda dan buat Kaklong sedar banyak lagi benda yang kene explore ni..
Hohoho..

Kursus ni berlangsung dari pagi sampai petang..
Seminar ni menyeronokkan dan penuh ilmu, kecuali..
Erm... tak bestnya sebut yang negatif ni kan..

Kaklong ni alergic wangian tau..
Ada satu slot dorang promote wangian.
Kaklong pula duk depan dekat ngan trainer, merasa la aku wangian yang buat sakit kepala tu..
Wangian tu memang wangi, cuma Kaklong je alergic.
Lepas dah kene tangkap kepala tu, takde maknanya lagi aku boleh fokus..

Dan ada beberapa slot iklan yang kurang bermakna bagi Kaklong.
Mungkin bagi orang lain bermakna kot..
Iklan untuk ajak orang pi kursus dia..

Cuma sebagai trainer diharap masa yang diberi selama sejam tu biarlah ringkas, padat dan ada pengisian..
Bukan sekadar merepek-repek dan suruh kita buat benda yang tak bermakna..
Diharap faham la siapa peserta yang datang kursus ni..
Semuanya business owner kot..
Penyampaian takkan la macam untuk pelajar-pelajar sekolah..

Ntah la..
Mungkin Kaklong je rasa macam tu kot..
Peserta lain mungkin suka sangat kot..

Kaklong ni jenis bila pergi belajar memang fokus..
Benda-bend ayang distracting ni rasa macam annoy sangat...
Rasa macam wasting time je..

Itu kiranya 10% dari yang tak best la..
90% lagi tu best je..
Biasa la, Kaklong ni ada je benda nak kritik..
Haha..

Okay..
Lohong hitam ni khas untuk korang yang ada produk, korang yang berniaga takde produk (iaitu jual produk orang lain) dan korang yang ada kedai..
Korang yang nak berniaga tapi tak tau nak berniaga apa tu pun boleh pergi..
Kaklong rasa dorang target kepada budak-budak muda untuk dijadikan mantee..
Bukan senang tu tok guru nak mencari anak murid..

Minggu lepas kat Bangi..
Next time kat Kuala Terengganu pula kalo tak silap

Kalo nak pi, search je Lohong Hitam kat FB in shaa Allah jumpa la tuannya..

Wassalam...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^