Cara Makan Set Kurus Shaklee

Salam..

Ada yang tanya macam mana nak makan Set Kurus Shaklee?

Sebelom tu, sebenarnya Set Kurus Shaklee ni bukan ubat untuk kurus tau..
Maka ia tak menjamin akan kurus..
Cuma ia dapat membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan..

Tanpa diet, tanpa senaman, kemungkinan proses itu slow..
Bagi yang diet dan bersenam tapi lambat betul turun (macam Kaklong) try la set ni. Mungkin ia membantu..

Memandangkan Shaklee ni ialah suppliment, maka tiada cara pengambilan yang tetap.
Kita adjust kita keperluan, asalkan tak overdose.
Sebab itu lain orang, lain cara pengambilannya.

Set Kurus yang Kaklong maksudkan ialah :
Set Kurus Shaklee
Gabungan :
Herb-Lax (RM55.65) + Omega Guard (144.16) + ESP (RM159) = RM358.81
(klik sini untuk harga khas pembaca Blog Kaklong)

Kaklong makan set ni sekarang.
Ada lagi set kurus lain yang lebih bajet dan ada yang lebih hebat.
Kaklong senaraikan dalam next entry ya..

Sebelum tau cara makan, perlu tau fungsi ketiga-tiga produk ni dulu..

********************************

Omega Guard ni mengandungi Omega-3 yang sangat diperlukan oleh badan. Dalam proses nak kurus ia menggalakkan hormon Leptin yang dapat meningkatkan metabolisma dan secara tak langsung memecahkan lemak serta membuatkan kita rasa kurang lapar.

Malah didapati mereka yang exercise dengan mengambil Omega-3 ni proses pembakaran lemaknya adalah 40% lebih tinggi dari biasa. Best kan.. Takde la rasa sia-sia sangat bersenam (bagi Kaklong yg malas bersenam ni.. Huhu)

Omega Guard ni akan buat kita rasa dahaga kerana metabolisma badan kita tengah meningkat. Untuk elakkan rasa kurang selesa dan mengganggu konsentrasi kerja, pada permulaan, boleh amik sebiji sehari dulu, kemudian meningkat kepada 2 biji sehari dan seterusnya baru 3 biji sehari.

Cara makan Omega Guard:
- 1 biji selepas sarapan atau selepas sarapan dengan ESP
- 1 biji selepas makan tengahari atau sebelum bersenam petang
- 1 biji selepas makan malam (pukul 7-8 camtu)

***********************

Herb-Lax ni berfungsi sebagai pelawas / detox yang akan bersihkan serta kikis kerak-kerak pada usus.. Lepas usus dan bersih penyerapan zat akan jadi lebih efficient. Itu adalah salah satu sebab kenapa makan banyak produk, tapi macma tak berkesan pun.. Kotoran lama tu yang mengganggu usus dari serap zat produk yang kita makan tu..

Herb Lax ni mula-mula kita makan hari-hari untuk cuci usus. Sampai satu masa, cuma perlu seminggu sekali je sebagai maintenance.. Jangan amik hari-hari dalam tempoh yang lama tau..

Cara makan Herba Lex
- 3 biji sebelum tidur setiap hari untuk membersihkan usus (4 pun bole)
atau
- 3 biji sebelum tidur 2x kali seminggu untuk maintenance

*********************************

Energizing Soy Protein (ESP) ni ialah pembekal sumber protein dalam badan. Lepas lemak dibakar, pastinya kulit akan menggeleber, betul tak. Untuk elakkan menggeleber kita perlu exercise untuk firm balik kulit dan otot tu. Minuman protein ni berfungsi untuk membina otot supaya jadi body solid dan tak nampak cekung.

Yang membuatkan ramai perempuan suka sangat ESP ni ialah ia menstabilkan hormon, membanyakkan susu ibu dan menggebukan kulit. Why not, sambil kurus, sambil cantik kan..

Walaubagaimanapun, kena hati-hati ya. Jangan amik ESP ni banyak sangat kerana ia boleh menjejaskan buah pinggang. Maksimum cuma 3 sudu je sehari.. Kaklong amik dua sudu je sehari

Dan jangan bancuh dengan air panas. Sebaik-baiknya air panas mati atau air sejuk..

Cara makan ESP:
- 1 sudu ESP bancuh dengan air atau minuman kegemaran sebagai Sarapan
- 1 sudu ESP sebagai Lunch atau Dinner (biasanya dinner)

*****************************

Amacam, senang tak..
Suppliment ni cukup untuk kegunaan sebulan (atau lebih sikit)
Esok Kaklong tunjukkan jenis-jenis set kurus yang lain ya..

Nak order whatsapp je Kaklong.. Tak pun order kat Kedai Shaklee Kaklong

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^