Review Kursus Kewangan yang Bagus

Salam...

Ni kisah 2 minggu lepas..
Selama 2 hari Kaklong pi kursus kewangan.

Mana satu Kaklong?

Rupanya kewangan (finance) dan akaun (accounting) tu adalah 2 perkara berbeza.
Kursus ni dijalankan selama 2 hari..

Tujuan Kaklong pergi kursus ni semata-mata sebab pakej je..
Kalo amik 4 kursus dapat diskaun banyak juga la..
Alang-alang amik je la semua..
Padahal asalnya cuma nak amik kursus penyarikatan..
Nasib baik juga..
Kursus pensyarikatan haritu macam takde benda sangat belajar,..
Setakat "nak buka syarikat atau plt, gunalah perkhidmatan kami".
Yang selebihnya tu, sekadar berbual je..
Naseb baek slot kedua (dikendalikan oleh trainer lain) tu okay sangat.
Banyak pengisian; takde la rasa rugi sangat travel jauh-jauh dan habiskan masa sepanjang hari..

Okay..
Kursus kewangan ni memang betul-betul buat Kaklong terpana.
Sebab banyak betul benda yang kaklong tak tau..

Akaun yang Kaklong buat selama ni diajar oleh ayah..
Dan akaun tu betul..
Cuma tak complete..

Kat kursus ni trainer ajar kita tentang documentation, cash flow, penyata untung rugi dan kunci kira-kira..
Siap bagi format dalam excel lagi..
Diajar juga macam mana nak jaga cash flow, pencukaian, dan macam-macam lagi la..
Berasap juga la kepala ni belajar..

Kemudian ada bonus lagi iaitu SOP kewangan...
SOP kewangan tu Kaklong memang tak pernah tau kewujudannya..
Memandangkan Kaklong ni solopreneur, memang tak tau la benda-benda macam ni..
Hohoho...

Puas hati sangat dengan kursus tu..
Trainernya pun mengajar dengan cara mudah difahami dan tak kisah ulang banyak-banyak kali..
Katanya, dia nak kita faham cara tengok akaun (sebab yang datang ni semua bisnes owner), akaun tu suruh staff yang jaga..

Betul juga tu..
Bezanya sekarang, Kaklong buat semua...
Huahaha...

Tujuan utama Kaklong pi kursus ni (kursus penyarikatan pada asalnya) sebab nak detach bisnes ni dari badan Kaklong..
Nak buka kedai dan amik staff je uruskan kedai tu tanpa Kaklong perlu berada disana..
Cuma tak tau camana nak buat..

Ayah atuk Kaklong semua peniaga, tapi self-employee je..
Takde documentation semua ni, takde sistem..
Kalo ad apun, semua dalam fikiran dan mereka perlu menjalankan perniagaan tu bersama-sama staff, kalo tak, memang tak jalan..

Kaklong nak belajar cara tak menjalankan perniagaan tu bersama-sama staff,.
Biar bisnes tu automatik je.
Tapi tu la, tak reti.. Hahaha...

Secara teorinya boleh je..
Bila buat, hasilnya tak sama tau..

Okay la..
Korang yang baru-baru start berniaga tu Kaklong syorkan sangat belajar tentang pengurusan akaun dan kewangan yang betul..
Trainer ni nama dia Engku Zaidah; boleh search nama tu kat FB dan tengok next class dia..

Wassalam...

2 ulasan:

  1. nak meniaga perlu ada ilmu...baru boleh lebih maju

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Ilmu pengurusan yang banyak Kaklong belom tau..
      In shaa Allah, belajar sikit demi sikit.. (Y)

      Padam

Komen la sikit ^^