Movie Review : The Boss Baby

Salam.

Dah tengok citer ni?
THe Boss Baby
Best tak?
Meh Kaklong review sikit.

Sinopsis dulu ya:
Tulisan pink tu spoiler.

Kisahnya seorang kanak-kanak bernama Tim yang kuat imaginasi telah dapat seorang adik (baby).
Tapi dia rasa pelik sebab adik dia tu tak berapa nak normal je..
Baby tu datang dengan menaiki teksi, berjalan dengan 2 kaki, pakai suit dan briefcase.
Sejak adik dia muncul, dia mula rasa disisihkan oleh ibu bapanya.

PAda suatu hari, dia terdengar ada orang bercakap dari dalam bilik adiknya.
Dia pun pergi check dan didapati adik dia tu berbual dalam telefon macam orang dewasa (suara pun dewasa)

Akhirnya baru dapat tau, si adik tu rupanya memang la baby, tapi dia special baby..
The Baby Boss

Setiap baby dalam dunia akan produced by Baby Corp.
Hampir semua baby akan dihantar ke keluarga masing-masing kecuali sebahagian kecil yang akan dihantar ke bahagian management Baby Corp dan dorang ni tak aging. Adik dia tu adalah salah seorang darinya..

Baby Corp menghadapi krisis dimana manusia semakin mula sukakan puppy (anak anjing) lebih dari baby. The Baby Boss ni pun dihantar ke keluarga ni untuk menyiasat masalah tersebut dan cari jalan untuk menyelesaikannya.

Pada awalnya mereka berdua bergaduh. Akhirnya mereka sepakat untuk sama-masa menyelesaikan misi tersebut kerana Tim nak Baby Boss tu cepat-cepat keluar dari rumah supaya mak ayah bagi perhatian kepada dia semula; dan Baby Boss pun menyampah duduk rumah tu lama-lama. Dia nak balik ke ofis, naik pangkat dan teruskan kerja.

Lepas tu kene tengok sendiri apa jadi. Hehehe

REVIEW:

Jalan ceritanya simple dan straight forward.
Takde nak fikir banyak-banyak.
Ending pun predictable. Namun syok tengok..
Santai2 je untuk tontonan kanak-kanak dan ibu bapa.
Dalam wayang tu pun ramai mak ayah dan anak-anak (full house tuuuu)

Sangat menghiburkan, plot2 dia pantas, sikit pun tak bosan.
Visualnya cantik, jelas dan dan takde banyak sangat kene fikir..
Kelakar, comel dan suka sangat tengok.
Bukan anak-anak je yang gelak..
Mak bapak pun gelak lagi kuat kat dalam wayang tu.
Hahaha...

Pendek kata sepanjang ditayangkan 80% gelak dan 10% panik dan 10% senyum.
Dah keluar wayang pun happy dan puas hati..

Tontonan kanak-kanak kan..

Dengan itu Kaklong bagi 4.5/5 bintang.

Wassalam..

6 ulasan:

  1. wahhh tinggi bintang kaklong bagi hakhak. macam best pulak bila baca sinopsis :*

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/04/boleh-sedekahkan-pakcik-rm10.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best (y)
      Tengok banyak-banyak kali pun takpe.. :D

      Padam
  2. Dah tengok dah...memang kelakar tengok gelagat si Baby Boss tu...awal cerita lagi dah gelak tengok dia...HAHA

    BalasPadam
  3. ouhh..macam tu ceritanya ya hehe. haritu dah pergi tengok wayang tapi beauty and the beast jadi pilihan hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaklong tak sempat tengok beauty and the beast..
      Harap2 cepat keluar kat Astro.. :D

      Padam

Komen la sikit ^^