Terperangkap Semula dengan Doomscrolling

Hmmm.... 
Baru je  berlagak haritu, dah terkena balik.

Kaklong dah lama dah berjaya stop Facebook secara total. Sehinggalah baru-baru ini....

(inilah sebab kaklong tak update blog. Asyik dengan scrolling je...membuang masa).

Ia bermula pada hari pertama cuti sekolah. Cikgu remind untuk membaca dan isi Nilam. 

Kaklong pun cari la cerpen pendek untuk Farid dan jumpa banyak di group Facebook. Tapi cerpen tu tak bole download kat browser (nak print untuk kurangkan Farid tengok skrin) maka kaklong install Facebook semata-mata untuk download cerpen-cerpen tu.

Namun begitu, serampang dua mata, feed kaklong tu muncul la post-post yang menarik perhatian pasal politik. Pastu pasal Rohingya pula. Kaklong pun baca dan baca dan baca dan tengok video dan tengok video dan berterusan sampai la beberapa hari.

Bukan dua tu je kaklong tengok. Dalam scrolling tu tercetus la minat nak berniaga dari rumah semula tapi nak jual produk lain, bukan kraf dah. Tu yang duduk laam scrolling dan searching. 

Mula-mula tu sekejap je tengok. Lama kelamaan makin lama sampai lewat tidur malam.

Harini kaklong realized dah lama tak tulis blog, maka aktiviti tak berfaedah ini perlu dihentikan. 

Kaklong uninstall Facebook dan terus tulis post ni. 

Nak hentikan addiction ni sekali lagi memang mencabar. Tapi itulah jihad. Kene lawan walaupun lemah. Tak boleh buang banyak masa scrolling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^