Gentle Parenting Bukan Permissive Parenting


Sape yang ada anak kecik sekarang mesti tahu pasal trend Gentle Parenting.

Kaklong sendiri pun ikuti juga sistem gentle parenting ni.
Tapi memang kaklong akui susah betul nak buat.

Kita ni dah biasa dibesarkan dengan kene marah, kene jerit, disuruh diam, kene paksa apa semua kan.
Bila ada anak secara automatik macam tu la kita buat balik kat anak kita.
Bende tu automatik jadi.

Bila nak buat gentle parenting ni kita kene selalu aware atau sedar yang kita kene masuk ke mode gentle parenting.

kaklong takde la 100% berjaya.
Tapi bole kata 70% berjaya juga la.
Cuma memang ada waktu tu jadi tarzan sebab dah overstimulate.

Tapi kaklong tengok ramai juga yang perlekeh gentle parenting.

Tengok budak buat perangai, mengamuk, nanges ke apa; salahkan mak yang amalkan gentle parenting.
Inilah gentle parenting, ikot sangat kehendak anak.
Apa je anak nak kene bagi, maklum la gentle parenting.
Takut sangat pukul anak, takut sangat marah anak, gentle parenting bagai.
Yada yada.
Salahkan Gentle Parenting.
Padahal itu bukan Gentle Parenting.
Itu Permissive Parenting.

Permissive Parenting ni ialah bagi je apa anak nak asalkan anak tak buat perangai.
Layan anak macam tuan dan ikot kehendak anak.
Itu Permissive Parenting.

Gentle Parenting ni pula, pendekatan dia ialah Gentle But Firm.
Kita tegas dengan arahan dan keputusan, tapi dengan cara yang lembut.
Tak tengking, tak pukul.
Camtu lah.

Tapi bagi kaklong memang susah.

Teknik dia memang berbeza dengan apa yang pernah kaklong lalui di zaman kanak-kanak; malah masa dewasa pun tak pernah kaklong tengok orang buat pendekatan macam tu.
Jadi kaklong sendiri pun menanges-nanges dalam hati sebab susah giler nak buat.
Namun bagitu, hasilnya alhamdulillah

Antara tekniknya yang kaklong nak kongsikan :

Bila ajak anak mandi
  1. 15minit sebelum mandi dah bagitau anak, kejap lagi mandi. Atau lepas habis ni (aktiviti yang sedang dia lakukan)
  2. Bila sampai masa ajak anak mandi tapi dia taknak; distract anak tu dengan ajak dia bawa mainan untuk mandikan mainan tu. 
  3. Contohnya "bawa la kereta ni mandi sekali, nampak dah kotor".
  4. Atau "nak dgn dinosaur ke, nak mandi dengan meow?" merujuk pada mainan dia.
  5. Biasanya dia akan terus masuk bilik mandi dngan mainan tu
Bila anak mintak sesuatu
  1. Bila anak minta sesuatu, kita terus decide nak bagi ke taknak.
  2. Kalau nak bagi, terus bagi. Jangan tunggu anak marah baru bagi, anak membentak baru bagi, atau tanya ulang-ulang. Kita macam ajar anak meninggikan suara.
  3. Kalau taknak bagi, jangan bagi sampai sudah. cakap kat anak tak bole dan distract dia. 
  4. Kalau dia mengamuk ke nanges ke sampai sejam tetap jangan bagi.
  5. Tapi jangan marah dia, jangan buat suara pada dia. 
  6. Peluk dia dan tenangkan dia cakap tak bole sebab _____
  7. Lama-lama dia akan stop.
  8. Memang susah nak buat ni sebab kesian atau kita sendiri sakit telinga dengar dia mengamuk. Tapi ini penting untuk ajar anak tak boleh mengamuk.
  9. Benda ni akan berlanjutan sampai 10 kali (atau lebih); tapi kalau konsisten kita buat; sampai masa anak akan tak mengamuk dah.
  10. Sebab anak tu nampak pattern, kalau aku mengamuk sejam pun tetap tak dapat.
  11. Dia dah faham pattern tu dan faham yang mengamuk tu sia-sia.
  12. Tapi kita kene hadapi amuk dia tu sampai 10 kali dan ke atas.
  13. Benda ni berjaya kaklong buat pada anak, sebab tu kaklong berani cakap kat sini.
Bagi anak pilih benda yang bole dia pilih, benda tak bole pilih jangan bagi pilihan
  1. Sampai satu masa nanti, anak kita akan masuk ke fasa bossy. 
  2. Dia nak pilih sendiri, nak buat sendiri, seolah-olah mementingkan diri sendiri.
  3. Bila masuk fasa ni kita bole bagi anak pilih benda yang boleh dipilih, antaranya:
    1. nak sudu ni ke, nak sudu ni? (sudu yang sama bentuk dan warna pun takpe)
    2. bila anak nk makan pisang goreng, kita unjuk pinggan biar dia pilih nak pisang yang mana.
    3. bagi anak pilih nak pakai baju mana, atau pilih pampers mana
  4. Teknik ni akan buat anak tu rasa dia in control dan secara tak langsung ajar anak buat keputusan (walaupun pada pandangan mata dewasa, keputusan tu tak penting pun tapi penting bagi otak kecik mereka).
  5. Tapi jangan bagi anak pilih benda yang tak boleh dipilih, antaranya :
    1. nak tido sekarang ke, nak tido kejap lagi (jangan bagi pilihan ni)
    2. nak mandi sekarang ke, nak mandi malam sikit (tak boleh)
    3. Nak sayur ke taknak? (bagi je sayur, kalau dia tak makan tu pilihan dia, tapi masukkan sayur dalam pinggan setiap kali makan, walaupun last-last dia buang).
  6. Bagi anak pilih benda-benda yang bole dipilih bi dapat buat anak rasa puas hati sangat-sangat
Bila nak suruh anak buat sesuatu
  1. Bila nak suruh anak buat sesuatu, kebiasaanya kita muncul dan suruh je anak tu buat. Pastu dia taknak, pastu kita marah dia, Dia pun buat juga dengan protes.
  2. Ada juga anak yang terus ikot, tapi kaklong nak cakap pasal anak yang susah nak ikot.
  3. Cara gentle parenting ialah connect dulu dengan anak tu kemudian baru suruh dia buat apa yg kita nak.
  4. Sebagai contoh anak tu tengah main, kita nak suruh dia buat sesuatu.
  5. Kita pun duduk kat dia dah tanya main apa tu, pastu layan-layan dia main atau main sama-sama dalam 5 minit, pastu baru la cakap elok-elok mintak tolong buatkan benda tu.
  6. Tak semestinya ia berkesan serta merta tapi, emosi budak tu tak diganggu sebab dia tengah syok berada dalam dunianya sendiri, tetibe kita potong stim pulak.
Tukar Cara Bercakap supaya tak nampak macam denda
  1. Contohnya anak nak tengok tv.
  2. Tapi kita nak dia kemas mainan dulu baru tengok tv.
  3. Jangan cakap "selagi tak kemas mainan, tak bole tengok tv".
  4. Tapi kita cakap, "nak tengok tv? Bole. Lepas kemas mainan, bole tengok tv"
  5. Pastu nanti anak tu mula la penat, tak larat kemas mainan konon.
  6. Jap lagi tu dia cakap nak tengok tv. 
  7. Kita ulang je balik "eh, tak kemas mainan lagi? Takpe, dah kemas nanti kita tengok tv".
  8. Jap jap lagi dia kemas la tu.
  9. Kita bole je tolong kemas sekali, cuma jangan lead la, biar anak lead proses mengemas tu.
  10. Lepas dia siap kemas kita pun tunjuk muka happy tak terkata, pastu buka tv.
Tapi macam Kaklong cakap la, tak mudah.
Kaklong bukan buat 100% berjaya buat.
Ada waktu kaklong bertempik juga.
Ada waktu heret juga anak masuk bilik mandi.

Namun begitu kita usaha la setakat mampu.
Tak dapat semua, buat separuh.
Tak dapat separuh, buat suku.

Ni ada dua akaun yang ikuti untuk belajar pasal Gentle Parenting


Sebenarnya banyak lagi akaun yang Kaklong ikuti tapi semuanya kat TikTok.
Memandangkan Kaklomng dah stop Tiktok, Kaklong tak berani nak install semua untuk dapatkan nama akaun tu, takot terjebal balik dengan Tiktok.

Namun begitu, mul-mula sekali korang fahami dulu bexa Permissive Parenting dan Gentle Parenting.
Pastu baru mudah filter mana ilmu yang betul, mana ilmu yang kurang betul.

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^