2024 Terkesan



Masa PKP dulu kan, kaklong sekeluarga okay je.
Sebab okay punya pasal Kaklong selalu order grab dan beli makanan tepi jalan sebab nak saling memanjangkan rezeki kepada orang yang terkesan sampai kene buka gerai tepi jalan.

Tapi masuk 2024 ni dah mula ada tanda-tanda terkesan.
Sampai Kaklong kira kalau kami sekeluarga makan luar (sama ada dine-in atau tapau) sepanjang hari, habis sampai RM100.

Kalau Kaklong masak 2 kali sehari, iaitu tengahari dan malam (pagi tapau nasi lemak atau roti canai biasanya); habis dalam RM35.

Kalau Kaklong masak 3 kali sehari pula (sarapan, tengahari dan malam) habis dalam RM20.

Sampai gitu sekali aku kira.
Hohoho.

Korang pun kira macam ni ke?

Kaklong bukan la nak kupik ke apa.
Cuma tahun ni dah start bayar pembiayaan rumah; ditambah lagi rumah sewa ni pun kami belom keluar, jadi banyak tu kene bayar.

Pastu harga makanan dan bahan makanan pun naik. Masalahnya semuaa naik.
Makanan kat kedai makan pun naik.
Pastu BLR baru je naik haritu,bajet dah lari dah kat situ.

Pastu cukai naik pulak.
Bila cukai naik, barang dan makanan pun naik.
Walaupun ada orang kata makanan mana naik, sebab dah dikecualikan cukai.
Memang makanan dikecualikan cukai; tapi logistik dan macam-macam perkhidmatan yang dorang guna untuk makanan tu datang dari pengeluar sampai ke pengguna, banyak tu cukai atas cukai.
Sebab tu kene naik juga.

Ayah Kaklong ada kedai makan.
Adik Kaklong dua orang mengusahakan kedai makan.
Adik Kaklong sorang lagi pengusaha kuih.
JAdi Kaklong paham sangat yang peniaga memang kene naikkan harga sebab kos naik.

Macam tahun lepas kan, adik Kaklong jual air buah bulan puasa.
Laku air buah dia.
Tapi lepas kira-kira tengok-tengok balik modal je awak.
Untung takde. Kesian dia.

Tahun ni dia tak jual dah air buah bulan puasa.
Sebab kos naik dan dia takot silap letak harga, takde untung jugak.

Camtu la.

Sebab tu kalau harga makanan mahal Kaklong tak salahkan pekedai.
Memang kos tinggi.
Silap letak harga nanti takde untung.
Takde untung nak hidup pun payah.

Memandangkan dah mula terkesan kene ubah sikit la cara belanja.
Kene masak.
Kene beli barang kat kedai runcit berdekatan (untuk mengelakkan terbelanja benda yang tak perlu).
Kene stop makan dan minum yang fancy-fancy macam kopi mahal, kek mahal.
Pastu kene melancong di dalam negeri dan negeri jiran sahaja.
Pastu apa lagi.

Takde apa dah kot.
Kaklong ni memang dah minimalist; memang dah minimum pun dari segi material.
Cuma makan je susah nak minimum.
Betul tak geng?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^