Hobi Saya Mengait

Cabaran 15 hari menulis blog yang ke-8 ialah Hobi Saya.

Ramai dah tau kot, hobi kaklong ialah mengait atau dalam bahasa inggeris crochet.

Cara sebutan crochet, bukan kro-cet tau.
Cara sebut crochet ialah "crow-shay"; sebut shay tu bunyi macam 'lay'.

Crochet ni ialah mengait jarum satu.

photo from pexel
Haa. Macam ni

Mengait jarum dua pula dipanggil knit.

Knit kaklong tak pandai.

Mengait ni bagi kaklong susah sangat mula-mula tu. 3 tahun tau kaklong try pastu simpan, try pastu simpan, try pastu simpan, akhirnya dapat juga rentak.

Bila dah dapat rentak tu, Allahu tak bole berhenti pulak. Haha.

Ni antara hasil kait terkini kaklong.
Beg untuk ibu tercinta

Ni selimut untuk anak sulung kaklong

Ni pula selimut anak kedua kaklong

Kaklong paling suka mengait selimut baby; tapi lambat sangat nak siap.

Kaklong suka juga mengait beg. Tapi yang simpel-simple je. 

Amigurumi pula kaklong minat tapi tak minat cantum-cantum badan dia tu. Tak mahir.

Amigurumi tu mengait anak patung, soft toys macam tu.

Apapun, kaklong tengah ada satu ongoing projek tau.
Nama dia selimut suhu.


Inilah selimutnya.
Setiap baris tu mewakili suhu pada satu hari.

Sebenarnya kaklong dah siapkan dah yang Januari punya. Tapi belom tangkap gambar.

Gambar kat atas tu baru 18 hari kalau tak silap.

Kalau bak ikuti perkembangan, bole tengok Instagram kaklong. Ada kat highlight.

Kepada korang yang teringin nak belajar mengait, kaklong suggest :

- pakai benang nona, hook saiz 3.0 atau 3.5mm

atau

- pakai benang milk cotton cap lembut, hook saiz 4.0-4.5mm

Lain orang lain preference, tapi bagi kaklong inilah yang paling sesuai untuk beginner.

Sebab benang dia murah, kalau silap kait tka sayang sangat nak buang.

Satu lagi benang dia mudah kait, sesuai untuk beginner.

Apapun, benang paling best bagi kaklong ialah benang cotton dan polyester. Cuma harga dia tinggi sikit. Kalau korang kaya, bole je pakai benang ni. Memang sedap.

Tutorial pula bole tengok kat blog Kelas Mengait ni.

Atau search je apa² yang korang nak kait kat youtube, nanti keluar la tu.

Okay, tu je kot pasal hobi kaklong.

Bye


Catat Ulasan

0 Ulasan