Cara Menjimatkan Kos Poslaju untuk Peniaga Online

Salam...

Siapa sini berniaga online angkat tangan...?

Bagus... Sama la kita...

Korang pos barang guna kurier mana ya..?

Poslaju.... Yay, sama lagi... ^_^

Poslaju.com

Kebanyakan peniaga online guna Poslaju sebagai kurier tetap..
Sebabnya banyak cawangan jadi in case korang berpindah atau on the road pun bole cari cawangannya kat mana2 untuk pos barang (macam Kaklong la hahaha..).

Satu lagi dorang akan hantar ke mana-mana ceruk pun.
Sebab ada kes yang kurier telefon suruh amik sendiri..
Kaklong pernah kene dah dengan Kangaroo. Dia kol suruh amik sendiri. Dah la cara kol tu macam orang pasar je.. Kaklong ingat makcik mana la kol..

Kepada korang yang duduk bahagian customer service, cara yang betul untuk kol orang, mula2 sekali bagi salam atau greet pastu tanya ni Encik X ke, pastu perkenalkan diri tu siapa pastu baru la bagitau tujuan kol.. Takde la terpinga2 macma Kaklong.. Ni tetibe kata "Asma ke ni? Ada barang kat ofis mari la amik." Aku macam terpinga2 disitu.. Ofis dia pun tak tau kat mana, penat giler cari kat tengah2 shoplot yang duduk belakang2..

Nationwide lagi best, senyap terus sampai seminggu, peram barang Kaklong kat situ..
Bila call, dia cakap dah sampai kat ofis, boleh datang amik..
Aik, gitu je..
Kalo tak kol tak bagitau la ek..
Bagus2, amalkan selalu..

Kos poslaju juga lebih murah berbanding kurier lain..
Tapi jangan tak tau, untuk barang ringan je Poslaju murah.
Untuk barang berat, kurier lain lagi murah dari Poslaju tau..
TAk caya gi check balik..

Okay la..
Panjang pulak mukadimah..

Harini Kaklong nak share Cara Nak Jimatkan Kos Pos Korang..
Ada ke cara nak jimatkan kos pos?
Ada.. Percaya la.. Kaklong dah setahun duk amalkan..
Saved banyak juga la kat situ..

Sape belom tau, ni la caranya..

Jangan pos direct kat Poslaju, tapi pos melalui easyparcel

klik gambar
Easyparcel ni bukan kurier tapi dia orang tengah antara kita dan courier

Yang bestnya, perkhidmatan dia ni PERCUMA je..
Lagi best, semasa daftar dia akan bagi kita kredit bernilai RM25 untuk try test.
Yaaa... RM25..
Dapat hantar 4 barang dalam semenanjung secara percuma.. Best kan.

Kaklong dulu pun ragu2 juga, pastu try je la..
The worst scenario pun, tak keluarkan 1sen dan bole abaikan je sebab tak best..

Alih2 best la pula.. Haha..

Kalo nak, daftar kat sini

Cara menggunakan easyparcel:

1) Booking penghantaran melalui website dia

2) Tunggu kurier amik barang kat rumah /alamat pengirim

3) Kurier datang amik.. Abes citer...

Haaa? Itu je ke..
Macam tipu je kan.. Hahahhaa... Betul... Tak tipu..
Kan Kaklong tengah duk guna ni...

Kelebihan easyparcel:

1) Poslaju dan pelbagai kurier dalam  tempat
Bukan sahaja poslaju, ada skynet, GDex, Airpak, Nationwide, DHL dan beberapa lagi yang Kaklong tak ingat nama.

kurier yang available

JAdi in case korang ada 2 barang guna poslaju, dan 1 barang guna Airpak, booking satu tempat je kat sini. Nanti dorang mai amik..

2) Murah
Okay, ni yang best dan menjadi penyebab utama kita perlu join. Kos pos easyparcel ialah RM6 untuk 1kg yang pertama.. Owh yeah bebeh!
Suka tak...?
Sebelom ni RM5 je tau.. Dalam beberapa bulan ni je dah naik kepda RM6. Tapi masih murah.. ^_^

Owh, ni kos untuk semenanjung je tau. Sabah Sarawak kosnya masih sama..

3) Check dan Compare harga sebelom booking


check kos pos kat sini

Tak perlu lagi tertanya-tanya tau teragak2 berapa harganya.. Tekan je berapa kilo berat barang tu nanti terus keluar harga untuk kesemua kurier yang ada dan korang decide la nak guna yang mana satu...

4) Bulk Upload untuk order banyak
Ada 100 order harini? Don't worry.. Korang bole guna sistem bulk upload yang dorang sediakan. Kaklong tak pernah guna ni, sebab setiap kali close sale Kaklong terus booked. Takot terlupa atau tertinggal.. Jadi tak terasa sangat kalo banyak..

5) Tunggu kurier datang amik barang atau hantar sendiri.
Mana-mana pun bole. Kalo senang hantar sendiri, hantar sendiri..
Kalo rasa senang duk rumah je tunggu datang amik, tunggu je kat umah sambil jaga baby..
Ikot kita la mana sesuai..

Kaklong hantar sendiri sebab... owh, sebabnya nanti Kaklong explain kat bawah.

6) Online tracking yang automatik
Semua tracking number dah direkodkan, jadi senang kita copy paste bagi kat customer. TAk perlu taip pastu tersilap satu nombor (kadang2 benda ni jadi kat Kaklong.. Huuuuuu T__T)

chech status barang

Satu lagi kita bole terus tengok proses barang tu serta kat mana dia berada sekarang..
Contohnya kan kita klik satu tracking number, akan keluar macam ni:

Check status dengan lebih detail

Kat sini customer bole tengok bila barang tu dipos, dan proses dia dari pengirim kepada penerima.
Tak perlu copy dan paste kat website poslaju..
Senang kan... ^_^

7) Online Statement
Ni la salah satu benda yang Kaklong paling suka untuk meminimumkan kerja buat akaun.

ini la statement tu
Kalo sebelom ni akaun Kaklong ada satu kolum dimana jumlah barang yang dipos dan kos pos ditulis pada setiap tarikh. Kali ni kolum ni boleh diabaikan kerana ia dah ditulis automatik kat easyparcel..
Senang giler la untuk solopreuner cam Kaklong.. Alhamdulillah.. ^_^

7) Integrated dengan beberapa e-commerce
Ni lagi best dan memudahkan kerja Kaklong..
Disebabkan dia dah synchro dengan e-commerce yang Kaklong guna; secara automatik semua nama, alamat dan no tepon customer akan dia copy terus ke consignment note tu. Tak perlu Kaklong tulis, atau taip atau copy paste lagi... Havennnn...

ini e-commerce yang dia support
Korang ada guna tak e-commerce ni
Kalo ada best dah tu...
Cuma ada sikit setting je, pastu dah bole terus guna,.. ^^

Apapun, kalo yang order melalui Whatsapp dan Facebook tu, nak taknak kene la copy paste juga alamat dorang..
Kalo guna whatsapp nak copy paste camana? Buka je whatsapp kat pc untuk memudahkan proses. Caranya kat sini : https://diariasma.blogspot.my/2017/01/tutorial-cara-buka-whatsapp-kat-laptop.html

Tu yang best la.. Tapi ada la sikit yang kurang best sikit..

Kelemahan easyparcel:

1) Kene print sendiri consignment note
Haaaa... Ni la kelemahan dia.. Korang perlu ada printer untuk print sendiri setiap order yang dah booked.. T___T
Kalo poslaju, 1 order perlu 2 helai kertas A4. Bole print colour ataupun hitam putih, tak kesah..

macam ni..
Kalo dah ada printer okay la kot..
Yang belom ada printer tu korang perlu kira balik costing dia..
Berapa harga printer, berapa harga cartridge, berapa harga kertas dan berapa helai agak2 bole print dan berapa banyak barang korang pos sebulan..
Buat congak2 dan tengok berbaloi ke tak kalo tambah kos printer dalam kos operasi ni..

Bagi Kaklong berbaloi sebab memang dah ada printer kat umah..
Dengan sedikit penambahan kos, dah banyak sangat kerja Kaklong dikurangkan dan risiko pun diminimumkan..

Kerja apa tu?
Kerja tulis alamat, taip tracking number kepada customer dan buat akaun poslaju

Risiko pula, risiko silap tulis alamat, tu je.. Hehehe...
Oooo.. Jangan main2, kalo tersilap satu nombor je terus barang dihantar ke rumah lain..

Dan walaupun kos pos RM6, Kaklong tetap quote RM7.20 kat customer.. Lagi RM1 tu kira dapat cover semua kos print dan packaging.. Kalo yang beli banyak tu senang nak bagi diskaun.

2) Booking sebelom 12 tengahari untuk pickup harini.
Ni tak best..
Semua order yang korang masukkan sebelom 12 tengahari, dorang akan pickup harini..
Yang pukul 12.10 tengahari pickup esok..

Dalam rutin kerja Kaklong consignment note ni Kaklong tulis pukul 2petang dan pos pukul 4ptg.
Memang tak sempat pickup. Jadi solutionnya ialah kitorang gi hantar sendiri pukul 4 ptg tu..

Tapi the bright sight is; tak perlu beratur.. Yay!
Cuma letak je kat situ sebab kita dah bayar kan.. Ewah ewah *joget Hawaii*

Kalo banyak barang terpaksa hantar pukul 6 pula, kitorang lagi la cuma perlu pegi kat luar bangunan dan bagi kat Encik Posmen Kacak dan haritu juga dorang masukkan dalam van dan hantar ke negeri yang terlibat. Yay!

3) Ada kemungkinan kurier tak datang harini, esok baru pickup
Kes ni Kaklong pernah terbaca masa mula-mula kaji pasal easyparcel ni. Ada akak tu marah-marah tulis dia dah janji dengan customer harini nak pos, sampai pukul 6 petang tak datang-datang lagi. Sampai malam pun tak datang..
Kalo perkara ni berlaku kat kita, memang sangat menjejaskan reputasi ye tak..

Suka nak diingatkan, yang datang pickup barang tu ialah kurier yang kita pilih. Kalo Poslaju, van/motor poslaju yang akan datang; kalo pilih nationwide, lori dorang yang akan datang (kot, belom pernah nampak lagi van nationwide, lori je banyak).. Oleh itu kecekapan amik barang tu sangat bergantung kecekapan pekerja yang ditugaskan dalam kawasan tersebut. Ada risiko la kat situ.

Ni adalah salah satu sebab juga kenapa Kaklong lebih selesa gi hantar sendiri..
Takde tertunggu2 atau tertanya2 atau resah gelisah.
Tak rely sangat kat dorang..

Sekarang ni tak tau la ada lagi ke tak kes macam ni.. Kalo korang pernah kene, bole la tulis kat komen..
Kita sama2 amik iktibar.. ^^

4) Kene topup dulu....
Yaaaaaaa...
Sistem dia bukan kita booking kemudian bayar melalui bank transfer atau kad kredit tau.
Kita bayar dulu, kemudian setiap kali create order, dia akan deduct duit dari kredit kita tu..
Macam topup phone..

Macam tak berapa syok la untuk kita yang baru2 nak berniaga dan tak sure bulan ni dapat berapa order..
Minimum topup dia ialah RM100 dan last for sebulan je..
Lepas sebulan, dan masih ada baki RM12 contohnya, kredit tu akan dibekukan..
Kita kene topup lagi RM100 utk aktifkan semula kredit tu...

Ni senarai pakej topup dia:
pakej easyparcel
Kalo nak untung sikit, topup RM500 yang akan last untuk 6 bulan dan dapat free flyers lagi (sampul plastik macam poslaju tapi design lain)

Kalo korang memang banyak duit dan ratus-ratus barangnak dipos sehari better amik pakej VIP ni:
pakej vip easyparcel
Pakej VIP utk berat lebih sekilo ada lagi diskaun sikit dan dapat banyak plastik sampul.
Memang syok, banyak jimat sebab itu kredit kita, bukan deposit.. 
Tapi Kaklong belom sampai lagi tahap tu..
Kita ahli biasa2 je baru.. Huhuuuu...

5) Jangan lupa GST
Harga ni semua belom termasuk 6% GST tau..
JAdi kos pos barang korang sebenarnya bukan RM6; tapi RM6.18.
Nak tulis akaun nanti kene ingat benda ni.. Kalo tak nanti nampak macam banyak je shot tak tau kat mana..

Amacam best tak...

Kalo rasa berbaloi, bole la join dan dapat kredit RM25 percuma. Dapat pos 4 barang tu..
Daftar kat easyparcel.my

Semoga bermanfaat.

Wassalam..

22 ulasan:

  1. tak penah tau kewujudan easy parcel ni
    tapi banyak juga kerja dia ye
    kena print bagai. awak dah lah takde printer
    aisay, kena p pos laju juga ni gamaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain org lain cara kan..
      Kaklong niaga 6 tahun guna cara poslaju biasa dan setahun guna easyparcel. Bebanan kerja pun terasa separuh berkurangan; terutama bab akaun dan tulis alamat. Apalagi tiap2 hari pos barang.. :)

      Padam
  2. thanks for sharing kaklong! nak suruh ibu guna ini jugaklah lepas nie haha

    elsa cari 45 pemenang. jemput join :)
    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/giveaway-happy-birthday-aireen-by.html

    BalasPadam
  3. First time siqah dengar kurier ni kak long. Sesuai bagi mereka yang berniaga online dan nak send sekali banyak parcel kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Siqah. Bagi Kaklong jimat masa sebab tak perlu tulis banyak2 :D

      Padam
  4. salam,sangat membantu post ni :) saya dah daftar cuma nak tanya satu benda lah ,flyers kena prepare sendiri kah ? dan masa pickup tu dia akan timbang barang kita ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ummu. Ya flyers tu kene prepare sendiri. Masa pickup dia tak timbang, tapi kalo nampak barang berat dia timbang untuk confirmkan berat tu sama seperti yang kita tulis :>

      Padam
  5. as salam kak, nak tanya klu nk suruh easyparcel dtg amik parcel kt umah kita, kita kena wajib timbang berat parcel tu dlukan untuk book kt website dy, then akak guna penimbang jenis apa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. A'ah, kita kene timbang dulu. Kat sini dia guna yg digital. Kalau berat tu lebih dari yang kita tulis dia akan charge timbangan yg lebih tu,,

      Padam
  6. Assalamualaikum. Sy nk tny. Once kite dh ade akaun easy parcel, perlu ke kite ade akaun pos laju? Sbb Sekiranye kite seller di Lazada, utk dptkn payment, kite perlu ade akaun shipment provider. Jadi,andai kite pilih pos laju as courier provider, tp menggunakn easy parcel, perlu ke kite dftr akaun untuk pos laju juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam.

      Ada akaun easyparcel tak perlu ada akaun Poslaju. Saya takde akaun poslaju. Cuma print melalui easyparcel dan drop barang kat Poslaju seperti biasa.

      Untuk Lazada tak perlu ada akaun Poslaju dan tak perlu guna easyparcel. Lazada dah provide shipment tu. Cuma print dari Lazada Seller Center dan drop off kat Poslaju (kalau guna Poslaju). Haritu LAzada ada tukar kejap guna kurier GDex, masa drop off barang tu kene bagi no khas. Bole check kat Lazada Seller Center ataupun direct chat dengan dia. Haritu saya direct chat je sebab tak jumpa nombor ynag mana satu. Kalo Poslaju tak perlu semua tu sis :)

      Padam

Komen la sikit ^^