TAdi Kaklong terbaca satu komik indie kat facebook.
Kaklong taknak tunjukkan kat sini atau kreditkan kepada pelukis tu sebab kebanyakan komik dia tu menyentuh (melawakkan) isu agama, jantina, perkauman, dan seksual. Ada juga yang double meaning sampai kita rasa malu membacanya..
Kaklong tak nak tunjukkan sebab taknak dedahkan pembaca Kaklong kepada benda negatif dan merosakkan pemikiran seperti itu. Yang dah berusia seperti Kaklong mungkin okay je kot, tapi ada juga pembaca bawah umur atau baru nak meningkat remaja. Pendedahan bahan2 seperti itu akan merosakkan pemikiran dorang..
Komik tu tunjukkan yang pelajar tu cakap kat guru bahawa dia bercita2 nak jadi youtuber terkenal.
Guru tu pun geram; terus menyerang secara fizikal sampai tercabut tudung pelajar tu..
MAcma biasa2 je komik ni kan.. Takde unsur negatif pun..
Memang yang ni tak ada; tapi komik2 dia yg lain ada unsur2 tu..
Lepas tengok ending komik tu, Kaklong rasa pelik..
Kenapa cikgu dia marah?
Adakah apa2 peristiwa, berita, trending yang Kaklong terlepas pandang?
youtube.com |
Kepada korang yang nak jadi youtuber terkenal tu, boleh sangat nak jadi..
Youtuber luar negara (US dan UK terutamanya) dah menjana sehingga berpuluh ribu sebulan hanya dengan menjadi youtuber sepenuh masa..
Kita mungkin tak sampai macma tu disebabkan batas bahasa.
Apa masalahnya jadi youtuber.?
Pada pendapat Kaklong, mungkin youtuber terkenal yang dimaksudkan dalam komik ni ialah yang buat video merapu, video lawak bodoh yang tak lawak pun, video kontroversi sampai jadi viral terutama yang menyentuh isu perkauman, jantina dan politik, video seksi/lucah dan sebagainya...
Ataupun cikgu tersebut tak menganggap youtuber ni satu kerjaya.. Bermaksud cikgu tu yang bertindak ekstrim padahal bukan apa-apa pun..
Kalo korang bercita-cita nak jadi youtuber terkenal, pertama sekali korang perlu niatkan channel youtube tu memberi manfaat kepada manusia sejagat.
Manfaat dari segi hiburan kepada penonton seperti sketsa jenaka, nyanyian, animasi, stand up comedy, dan sebagainya..
Atau sebagai sumber informasi seperti video silibus sejarah Tingkatan 1 hingga 5, kuliah agama, tutorial main piano, tutorial mekap, info kereta dalam bentuk visual, cara memasak hidangan tradisional, review percutian/produk. servis dan sebagainya.
Atau sebagai sumber inspirasi seperti kehidupan seorang muslim, kehidupan seorang pesakit xxx, lifestyle yang sihat dari segi pemakanan dan aktiviti fizikal. Video yang kita buat tu akan menjadi motivasi kepada penonton yang takde semangat lalu mencari semangat melalui video2 suapya terinspirasi.
Berikut ialah contoh channel yang Kaklong maksudkan:
Channel wajib tonton setiap minggu..
Channel mengenai kecantikan
Channel mengajar main ukulele
Channel agama.. Banyak kelas dalam ni..
Channel Kraf
Channel kesihatan
Channel Dr Oz
Channel melukis
Banyak lagi la Channel yang bermanfaat kat youtube..
Nak cari yang Malaysia punya tapi tak jumpa..
Oleh itu, korang yang nak jadi youtuber terkenal, sebaiknya jangan la buat sekadar nak jadi famous, nak tunjuk kecantikan, nak tunjuk lawak tak tentu hala, nak tunjuk merepek2 dan sebagainya..
Dalam tv dah terlalu banyak hiburan sampai tak terasa terhibur dah..
JAdi la youtuber yang dapat memberi informasi, kegembiraan, dan inspirasi kepada penonton supaya boleh mereka memanfaatkan perkongsian kita.
Bercita-cita nak jadi youtuber?
Berusaha la untuk mencapai cita-cita tu..
All the best!
Wassalam..
wow, nice sharing kaklong
BalasPadamsaya ada juga channel youtube
cuba jarang sangat guna
sebabnya takde keberanian yang cukup...haha
Sama la..
PadamChannel youtube Kaklong tu kategori syok sendiri je.. :D
nice sharing kak long terbaekk!
BalasPadamMekasih Mas.. :)
PadamSiqah suka juga tengok Youtube. Tambah lagi tutorial tudung. Hehe. Kalau nak jadi youtuber okay je, cuma biarlah berhemah dan memberi manfaat kan. Sejuk hati melihatnya :)
BalasPadamBetul tu Siqah.
PadamKaklong suka tengok youtuber yang bercakap2.. :D