Kaklong seorang surirumah yang rajin, isteri yang solehah, ibu yang penyayang kepada dua anak yang bijaksana

Suka membaca, menulis, mengait, melihat lukisan, berangan dan terbaru berjinak-jinak dengan exercise walaupun tak menyukainya.

Quiting Social Media
INFP
Ambivert

Suka Muzik Rancak
Suka Movie Banyak Cakap

Potty Training Fatin

Dah masuk seminggu potty training Fatin. Pretty impressive jugak la.

Hari pertama terkucil tiga kali.
Hari kedua dan ketiga terkucil sekali. Hari keempat dan seterus tak terkucil. Dia bagitau setiap kali nak potty. 

Ada sehari tu kami keluar jalan, pakaikan dia pampers. Dia bagitau nak pergi toilet, tapi kami suruh dia potty dalam pampers je. Dia buat tapi kali kedua dia taknak dalam pampers dah. Dia nak pi toilet. Time tu kami berjalan pi terminal, naik feri dan walking, susah sikit nk jumpa toilet on the spot, tu yang pakaikan pampers tu. Naseb jumpa juga.

Apapun waktu tido malam Fatin dipakaikan pampers lepas dia tido. Tido siang tak pakai pampers dan alhamdulillah tak terpotty.

Maybe Fatin sebenarnya dah lama bersedia nak free diapers tapi mama je ingat dia tak bersedia.

Bagus Fatin.

Rindu Yunfila

Kaklong ni sedang merindui kawan lama kaklong kat alam maya ni iaitu Yunfila.


Blog dia dah tak aktif sebab domain dia dah amik orang.

Pastu dia dah idle kat facebook.


Apapun kaklong jumpa jejak dia kat YouTube. Dia buat muzik.


Kat platform lain tak pasti sebab kaklong memang dah tinggalkan social media. Pastu ig kaklong pun dah kene curi. Dah tak boleh akses. Ntah hapa² punya perangai hack og orang pastu tak buat apa-apa pun kat ig tu.

Kaklong doakan semoga Yunfila terus happy dan sukses dalam apa jua yang beliau lakukan. 

Semoga kita berjiran di syurga.
Aamin...

Anak kedua mama

Harini nak cakap pasal Fatin


Fatin dah 4 tahun. 
Dah pandai mengira sampai 30. Pandai ABC

Fatin ni baik je. Mudah jaga.
Bab makan sama macam abang dia, memilih. Cuma dia suka makan manis-manis. Nasi lemak dia suka.

Selfie sendiri ngan phone mama

Fatin ni tak banyak songeh.
Dia tak melawan sangat. 
Kalau taknak buat apa-apa kita suruh, dia buat dek je. Pastu kita pimpin tangan ajak, dia ikot.

Tapi kalau ngan Farid dia lasak.
Dia suka tumbuk, sepak, cubit Farid.
Farid kuat mengusik, tu yang Fatin jadi camtu.
Bila dah banyak kene usik, Fatin puj bangun kejar Farid. Farid lari ketakutan. Pastu lepas kene pukul, Farid tak balas, dia datang kat mama je mengadu.

Bila mama nasihat Fatin, Fatin cakap okay sambil senyum tanpa rasa bersalah. Ai, pening.

Fatin suka painting 


Ni gambo yang dia painting harini.

Sayang pula tak amik gambo painting² dia sebelum ni. Pasni kaklong amik gambo. Simpan sini buat kenangan.


Tengok tu, lasak. 
Tu yang takot letak almari tinggi.
Naseb baik rak ni berat.


Ni gambar dua beradik.
Dah besar dah baby mama.
Mama sayang Fatin.
Mama sayang Farid.

Minat Plave

Kaklong tak minat K-pop . Tapi kaklong terminat kat satu group k-pop ni. 

Uniknya group ni kartun dan dorang menyanyi dan menari sekali. Dipanggil virtual idol.


Nama group ni Plave.
Terdiri dari 5 orang Korea.

Dorang buat live kat youtube 2x seminggu. Dan masa live tu dorang ni kartun sambil-sambil baca chat dan berinteraksi dengan peminat. 

Lagu-lagu dorang kaklong suka. Lagu banyak genre dan easy listening. Suara dorang pun semua sedap. 

Lagu dorang nampak senang je tapi bila try nyanyi, ui, susah. 

Kaklong punya bias ialah Yejun.


Yejun ni leader dan penyanyi utama dalam group ni. Teknik nyanyian dia bagus dan pelbagai. Falsetto dia pun sedap. Ada beberapa live dia ajarkan teknik nyanyian kepada ahli lain. Memang nampak dia expert, dah macam guru vokal.

Dia pun composer dalam group dia. Dia compose lagi bersama Noah (rambut kuning) dan Eunho (rambut putih). Guide version pun banyak Yejun yang nyanyikan. 

Ada sekali tu dorang buat live kelas rap, Eunho (rapper) ajarkan rap kepada Yejun. Yejun tak pandai rap. Pastu dia diberi kerja rumah untuk buat rap. Dan rap yang dia buat tu sedap tau. Cumanya rap versi comel sangat. 

Pastu peminat minta dia rap lagi dia pun terus buat rap pasal makanan secara spontan. Ya Allah sedap gila rap dia tu. Terngiang-ngiang di telinga. 

Nah bagi korang tengok.


Versi ni panjang sikit. Tak boring pun tengok. 

Versi pendek pun ada. Korang search je "Yejun rap". Cuma bila tak faham context maybe tak rasa la apa kitorang rasa bila dia rap macam tu.

Selain tu Yejun juga tak pandai menari sangat. Dia tempat keempat dalam group ni. Tu pun dia bangga gila dan selalu berlagak dengan Eunho yang merupakan tempat terakhir pandai menari dalam group ni.

Kaklong suka Yejun sebab personaliti dia yang baik dan comel tu.

Lagu dorang yang paling kaklong suka ialah Dash dan Island. Tapi semua lagu dorang pun sedap. Video dorang pun lawa-lawa.




Tak sabar nak tunggu the next song. 

Result KAFA Tahun 1 Farid

Selang 3 minggu ada sesi amik report card KAFA Farid pula.

As expected, result dia tak bagus. Semua D.

Kaklong tak kisah dia dapat D sebab dia memang belum pandai membaca. Jawi lagi la tak pandai. 

Result tak ada nak tunjuk kat sini sebab tak diberi. Tapi kaklong ingat la yang semua D. 

Cikgu cakap Farid ni selalu tidur dalam kelas. Bab tidur tu kaklong tak bole buat apa-apa la. Cuma bole ingatkan supaya fokus dalam kelas. 

Pastu cikgu cakap Farid macam tak faham apa cikgu cakap (bila cikgu tanya). Bab tu kaklong tau la kenapa. Sebab loghat cikgu pekat dan Farid bukan orang sini. Mungkin memang Farid tak faham. Apapun lama-lama okay la tu bila dah bergaul dengan orang setempat.

Lepas perjumpaan tu kaklong pun start la nak ajar Farid jawi, memandangkan KAFA SEMUA jawi. Masalahnya kaklong pun tak pandai jawi. 

Tapi kan secara magiknya kaklong pandai pula baca jawi buku dia tu. Padahal masa sekolah dulu aku punya la lembab jawi. 

Masa kaklong test jawi kat Farid kan, dia langsung tak pandai baca tau. Pastu kaklong test huruf. Rupa-rupanya Farid cuma kenal alif sampai sin je. Shim tak kenal padahal dekat je bunyinya .Tho, zho dia kenal. Huruf seterusnya tak kenal dah.

Hmmm....

Kaklong kan, hantar Farid mengaji semasa 6 tahun. Setiap hari sejam sehari tau. Pastu dia kenal sampai sin je. Memang kaklong tak check sangat progres Farid sebab dia baru darjah 1. Tapi nampaknya darjah 1 la ni kene serius belajar. 

Kaklong masih fikir sekolah macam zaman 90-an dulu. Darjah 1 relax-relax je baca suku kata apa semua. Rupanya-rupanya kene buat ayat dah darjah 1. 

Kaklong kalut juga la bila tau dia belum kenal huruf Hijaiyah. Kaklong pun start ajar jawi. Pastu kaklong cam keliru pula. Patut ajar jawi ke, patut ajar iqra' dulu? Ajar dua-dua karang keliru pula.

Selepas tanya-tanya orang, pertimbang dan tanya chatGPT, akhirnya kaklong decide ajarkan dia iqra' dulu. Biar dia paham bacaan Arab pastu baru ajar baca jawi. Buat masa ni, biar dia belajar jawi jat sekolah dulu.

Sekarang kaklong masih fokus ajar dia bm disamping kenal huruf Hijaiyah. 

Pastu kaklong buatkan nota KAFA dalam rumi untuk dia. Kalaulah dia lambat pandai jawi, at least dia dah pandai rumi dan dapat juga ilmu dari silibus KAFA tu. 


Ni la nota yang Kaklong buatkan. Ni subjek Adab.

Susah juga nak tulis ni. Tulisan kaklong jenis buruk dan bersambung. Tuliskan nota ni banyak kali padam supaya tulis sebiji sebiji. Nak pastikan dia dapat baca bila dia lancar membaca nanti.

Nak senang taip je. Tapi kaklong tulis supaya dia nampak mama dia gigih dan semoga dia pun rasa nak gigih macam mama.

Apapun Farid suka tulis jawi. Kaklong ada printout aktiviti yang dapat kat FB, dan Farid selalu pilih nak tulis jawi. Dia suka walaupun tak pandai baca.

In shaa Allah lepas dia dah tamat buku 8 (buku yang semalam kaklong tunjuk tu), kaklong akan gigihkan ajar Iqra' pula.

Bab Iqra' ni kaklong ada tanya ibu ayah camana nak ajar anak. Ibu n ayah suggest ajar Muqaddam. Sebab dorang pun nampak cucu-cucu dorang yang lain slow je nak catch-up Iqra'. Sebelum dorang suggest tu kaklong sendiri pun rasa nak ajarkan Muqaddam, tapi takot tak sesuai dgn zaman ke apa.

Nanti la la kaklong pertimbangkan nak ajar Iqra' ke Muqaddam. Mungkin Iqra' tu ada teknik mengajar yang kaklong tak tahu, tu yang rasa payah. 

Doakan Farid cepat pandai. 
Aaminn...

Result Pertengahan Tahun 1 Farid

Pada bulan Ogos yang lepas ada sesi amik report card Farid. 

Result Farid 


Kaklong memang expect result dia tak berapa bagus. Sebab Farid memang belum pandai membaca lagi. Macam mana nak jawab exam kalau tak pandai baca. 

Tengok-tengok dia dapat PT3 untuk BM, BI n math. Macam ok je untuk murid yang belum pandai baca.

Tapi yang tak best, kaklong tanya apa-apa pun cikgu tak tahu. Malah cikgu siap cakap 2x lagi "Farid ni pandai baca ke tak, tak tahu". Kaklong macam 😑...

Bulan 6 hari tu ada ujian pengesanan awal literasi dan numerasi. Takkan tak tahu result ujian tu.

Kaklong faham guru kelas Farid bukan guru bm dan matematik. Tapi guru bm dan math dan subjek lain memang tak ada bagi notes ke apa ke untuk guru kelas maklumkan apa-apa pada ibu bapa. Jadi kenapa ye kaklong kene datang sekolah untuk jumpa guru kalau tak ada apa-apa maklumat pun nak diberi kepada kaklong selain result exam.

Pastu math Farid TP3 tapi markah ujian math dia 96%. Kaklong macam eh kenapa.. Kaklong tanya pasal math tu, part mana yang anak kaklong lemah. Pastu cikgu cakap beli buku latihan dan buat latihan kat rumah. 

Hmmm....

Kaklong malas nak tanya banyak kali. Tapi kaklong nak tahu kenapa markah dia A tapi TP3. Kaklong bukan pertikai, kaklong nak faham apa yang dia lemah supaya dapat fokus apa yang kaklong perlu ajarkan kat rumah. Tapi tu je la. Beli buku pastu buat latihan kat rumah.

Okay...

Pastu kaklong cari la maklumat pasal jenis-jenis TP (kaklong last sekolah tahun 2001 jadi tak faham pasal TP) pastu terjumpa komen dari guru pasal dia letak TP1 sebab murid tak reti apa pastu dia ditegur oleh orang atasan dan disuruh paling kurang letak TP3. 

Kaklong macam what?

Pastu tengok result Farid dan compare dengan dia yang tak pandai baca. Adakah Farid sebenarnya dapat TP1? Tapi tak bole tulis TP3.

Kaklong seriously tak kisah pun dia dapat TP1. TP0 pun takpe asalkan kaklong tahu tahap penguasaan dia. Tapi kaklong sistem TP tu sugar coating, memang tak bole jadi la macam ni. 

Sejak tu kaklong start mengajar Farid membaca. Farid kan preschool sejak 4 tahun. Jadi kaklong serah bab pendidikan dia kat cikgu-cikgu sebab kaklong tak pandai pasal phonic. Kaklong terbaca kalau kita ajar campur-aduk nanti anak keliru. Oleh itu better kaklong serah ke cikgu je uruskan.

Rupa-rupanya memang tak bole. Bukan macam zaman 90-an ibu serah ke cikgu, anak terus cemerlang. La ni anak cemerlang sebab ibu bapa, bukan sebab sekolah.


Kaklong ajar Farid membaca guna buku ni. Ada 8 buku kesemuanya. Ajar dari buku 1. Masa bulan 8 haritu dia tak berapa pandai juga buku 1, terutama huruf N. 

Harini dia dah baca buku 6. Buku 6 ni pun dia tersekat kat huruf N. (Cth man, ban, lin, tun). 

Kaklong ajar dia setiap malam dalam 10 minit je sehari. Hari cuti ajar 3x sehari. 10 minit juga satu sesi. 

Selain ajar sendiri, sejak bulan 5 haritu kaklong ada hantar Farid kelas membaca Sabtu dan Ahad. 

Pastu cikgu ajar kat sekolah lagi. Semoga cepat Farid pandai membaca.. Aaminn...