Cara JAdi AHli KOPPIM

Kaklong dah daftar ahli dan beli syer koppim.


KOPPIM ni ialah Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Koppim tengah membina ekosistem baru ekonomi Islam secara besar-besaran.


Sepertimana yang kita tahu kuasa membeli paling ramai di Malaysia ialah Bumiputera Islam.

Tapi ekonomi Malaysia dipegang oleh orang yang bukan Bumiputera, bukan Islam.

Maka koppim nak ajak kita bersatu dan bersama-sama menyumbang kepada ekosistem Islam yang tengah dibina ni.

Antara projek yang tengah dibangunkan ialah Malakat Mall (shopping mall), Raudhah Grocer (pasaraya barangan runcit), Hayib.com (marketplace online macam Lazada dan Shopee tu), Raudahpay (payment gateaway macam molpay tu), pastu Muslim DC dan Raudhah City yang saya tak sure apa dia.


Semua projek ini akan beri peluang yang besar kepada peniaga, peruncit, pemborong, logistik, pengusaha produk, pengilang, petani dan nelayan Bumiputera Islam. Sekiranya projek ini berjaya (in shaa Allah) Islam akan kembali memegang ekonomi negara seperti yang sepatutnya.

Bagaimana pula dengan kita yang bukan peniaga ni?

Kat sini koppim mengajak kita semua jadi ahli koperasi dan menyumbang dana dengan cara membeli syer.

Dividen yang disasarkan ialah 8-15% setahun.

Yuran keahlian cuma rm30.
1 unit syer pula berharga rm500.

Jangan bimbang, jangan bimbang.

Bole bayar secara ansuran minimum rm100 sebulan. 

Cam yang korang tengok kat resit yang saya tunjukkan tu, saya bayar rm30 dan rm100. Bulan depan bayar rm100 lagi. 

Kita pendapatan tak tetap macam ni la. Nak terus rm500, kita nak pakai duit juga. Apalagi musim pkp ni kan.

Sebenarnya saya dah lama daftar, tapi saya tak faham camana nak bayar, brape kene bayar dan tak faham camana koppim berfungsi, projek apa dia buat dan manfaat yang bakal saya dapat. 

Masa tu website dia lain, simple sangat. Cari maklumat pun tak jumpa. Saya pun abaikan je la dulu.

Baru-baru ni wakil koppim whatsapp saya tanya masalah, saya pun tanya la banyak-banyak. Dia pun explain satu persatu.

Lepas faham saya masuk website koppim ni nak bayar, rupa-rupanya dah berlainan wajah. Maklumat dah lengkap, mudah faham.

Nasib baik akaun saya dorang tak buang walaupun saya tak bayar² yuran ahli. Kat akaun tu nanti ada semua maklumat syer kita tu. Bole monitor kat situ je nanti.

Sape yang belom pernah try masuk koperasi (macam saya), inilah masa ni.

Rm500 untuk 1 unit tu pun tidak begitu membebankan apalagi bole bayar secara ansuran. 

Berminat nak join? 
Klik sini --> daftar ahli koppim

Lepas daftar, klik butang beli syer.

Kat situ korang akan automatik bayar yuran ahli (rm30) sekali dengan syer (minimum rm100) macam yang saya buat.

Jom kita sama-sama majukan ekonomi Islam Malaysia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^