Review Filem / Drama A Series of Unfortunate Events


A Series of Unfortunate Events

Oiii, cerita bersiri ni digarap dengan sedap sangat. Kaklong tak bole berhenti tengok dari satu episod ke episod seterusnya. 

Pernah tengok movie yang Jim Carey berlakon tu, tapi tak tahu pula citer ni bersiri punya la panjang. 

Netflix takde suggest pun citer ni. Asyik suggest cerita kemurungan je. Kaklong jumpa ni pun dalam akaun yg kaklong create untuk Farid (kanak²), yang kebanyakannya Netflix suggest kartun je.

Ia mengisahkan 3 beradik yang kematian ibu bapa, lalu mereka dibawa ke keluarga angkat. Malangnya ada sekor makhluk ni nama Count Olaf sebok betul menyamar jadi orang baek untuk jagakan budak² ni la konon padahal dia ada niat yang sungguh durjana.

Ingatkan Count Olaf menyamar sebab "itu" aje, rupa²nya ada sebab lain yang sungguh misteri. Bila misteri tu terungkai, ia lead to another mysteries pulak. Alahai, tak senang duduk betul dibuatnya.

Mood citer ni memang suram dan menyedihkan. Lakonan semua sangat bagus termasuk la pelakon tambahan tersangat bagus juga. Cuma pelakon Count Olaf tu je la bagi kaklong cam over-acting. Tapi bila tahu siapa produsernya kaklong terus faham. 

Citer ni sangat menghiburkan juga melukakan.

Catat Komen

Komen la sikit ^^

Diari Kaklong