Jimat Kos Poslaju Melalui Mat Despatch

Kaklong pernah citer pasal jimatkan kos pos dengan menggunakan perkhidmatan Easyparcel kan.

Beberapa minggu lepas didapati kos pos menggunakan Poslaju melalui Easyparcel dah meningkat dengan mendadak. Haritu tengok pos dalam semenanjung RM7.30. Semalam tengok naik kepada RM7.90. Lebih mahal dari guna direct ngan Poslaju lagi..


Huhuhu...
Sedihnya saya..

Memandangkan Kaklong ni kupik, maka Kaklong pun godek lagi cari jalan camana nak bagi kos tu jadi murah jugak. Tak kira. Nak jugak murah.

Akhirnya kubertemu dengan satu servis yang ala-alam Easyparcel juga iaitu Mat Despatch
Macam comel je nama dia.



Apa yang bestnya Mat Despatch ni?

1. Kos Penghantaran Murah
 

Kos penghantaran dia ialah RM6 dalam semenanjung, RM9 ke Sarawak, dan RM10 ke Sabah.
Ini kos untuk bawah 1kg menggunakan Poslaju.

Tanpa membuang masa Kaklong pun terus daftar akaun kat sini.
Banyak beza tu RM6 dan RM7.90.
Kalo 10 barang tak ke bezanya RM19?
Kita pos barang hari-hari ni memang rasa sangat beza bila ada kenaikan harga walaupun kecik.
Akaun kat Easyparcel ada lagi RM80.
Tapi takpe la, tinggal je dulu, kemudian baru guna.


2. Topup Rendah

Topup dia serendah RM20 je berbanding dengan Easyparcel paling minimum kene topup RM100.
Okay., mula-mula ni Kaklong topup RM20 dulu la.
Tengok camana servis dia.

3. Automatik Simpan Maklumat Customer

Lepas dah rekodkan shipment tu, nama alamat dan no tepon pelanggan dia autimatik simpan dalam akaun kita. Pasni kalau ada repeat order, dah takyah taip lagi. Best kan.

4. Track & Trace yang Mudah

Lepas pos tu korang bole terus check status penghantaran kat website Mat Despatch tu je.
Tak perlu pergi website Poslaju dan taip tracking no.
Cuma klik je kat shipment customer tu, terus dia tunjuk rekod perjalanan barang tu.

5. API Integration dengan E-commerce

Kalau korang ada website sendiri lagi syok.
Bole guna API yang disediakan untuk integrate dengan Mat Despatch ni.
Maksudnya lepas siap set-up API tu, order yang masuk ke website, korang boleh terus direct ke Mat Despatch tanpa perlu taip semula nama, alamat semua. Dia dah automatik.

Memandangkan Kaklong belum try lagi API ni, maka tak banyak Kaklong bole citer.
KArang tersilap pulak. Hehehe..

Kelemahan pun ada juga

1. Check-out satu-satu

Kat Mat Despatch ni, lepas siapkan taip satu shipment, korang kene terus checkout dan bayar satu demi satu.

Contohnya ada 3 barang nak pos. Lepas siap satu barang, checkout dan bayar, consignment note pun keluar untuk print. Pastu buat yang kedua, checkout bayar dan print, Pastu baru buat yang ketiga.

Bagi Kaklong leceh sikit la.
Easyparcel lagi mudah, kita taip je ketiga-tiga shipment tu siap-siap, kemudian checkout dan bayar ketiga-tiga sekaligus. Terus print ketiga-tiganya. Senang.

Apapun, dia ada bagi pilihan untuk buat bulk shipment.
Bagi Kaklong lagi leceh.
Sebab kene download template Excel dia, kemudian isi kotak-kotak tu pastu upload semula.
Kalau korang rasa okay, bole guna..
Bagi Kaklong leceh la.
Maybe tak biasa dengan Excel

2. Ada Poslaju je

Setakat Kaklong guna ni, kurier yang ada kat Mat Despatch cuma Poslaju sahaja, berbanding Easyparcel ada pilihan beberapa kurier lain seperti Skynet, Nationwide Express dan ABX.

Apapun Kaklong takde problem pun sebab memang guna Poslaju je selama ni.
Skynet tu kadang-kadang je atas request customer.

Nationwide Express memang takde maknanya aku nak pakai.
Sebab satu ofis dia jauh dari tempat Kaklong dan kedua pernah la barang yang Kaklong order dah sampai ofis dia tapi seminggu tak hantar-hantar. Bila call susah nak jawab.
Bila jawab dia cakap "A'ah ada, datang la amik."

What?
Kene datang amik sendiri?
Serius la...
Satu keje pula kene gi sana..

Okay, tu je la kelemahan dia setakat ni.

Korang bole pilih nak kurier pickup barang tu kat rumah ataupun drop kat Poslaju berdekatan.
Kaklong drop je kat Poslaju.
Cepat sikit macam tu.
Kalau drop pukul 6 petang tu, in shaa Allah sampai juga keesokannya harinya.

Kalau nak try bole pergi ke website Mat Despatch ni.
Topup je Rm20, bole pos 3 barang.
Kalau rasa sesuai, bole la terus guna pasni.

Bagi Kaklong sesuai sangat.
Senang takyah tulis alamat kat borang Poslaju, cuma copy paste je pastu print; pastu takyah amik nombor kat ofis Poslaju, terus je letak kat meja dia, tak pun gi ofis belakang.

Semoga perkongsian ni bermanfaat ^^

9 ulasan:

  1. menarik ni..boleh suruh anak akan guna utk delivery stickers dia..

    BalasPadam
  2. Salam k. Long nk tny. Klau kita drop off dekat poslaju tu kene isi ape2 borang x?? Ke just letak dlm bkul mcm tu je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kene isi borang kaler pink. BIasa kaklong amik banyak dan isi kat rumah. Pastu letak je semua kat poslaju..

      Padam
  3. Kaklong nak tanya, kalau kita pergi dropoff poslaju tu, boleh ke eh kita guna mesin eziDrop tu? Atau memang kena drop dekat kaunter juga? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, belom pernah try lagi eziDrop tu. Tak sure macam mana prosesnya.

      Padam
  4. Salam k.long nak tanya, utk drop off poslaju amek borang pink tu kat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat kaunter Poslaju ada.
      Biasanya bila kita hantar banyak2, pegawai akan bagi borang tu. :)

      Padam
  5. Kat kaunter Poslaju ada.
    Biasanya bila kita hantar banyak2, pegawai akan bagi borang tu. :)

    BalasPadam

Komen la sikit ^^