Bateri Kereta Kong.


Kereta Perodua Viva Kaklong dah habis bayar bulan ni.
Yay!
Penat tu tunggu 9 tahun habis bayar...
Rasa happy sangat.
Tapi lupa pulak nak pi JPJ.
Minggu depan in shaa Allah.

Walaupun ada kereta, tapi Kaklong jarang drive sejak kahwin 5 tahun lepas.
Sebabnya Cik Abang lebih suka naik motor nak pi mana-mana.
Beli barang dapur pun naik motor.

Kaklong tak berapa suka naik motor.
Selain tak boleh pakai skirt dan jubah (kalo nak pakai juga kene pakai legging pula kat dalam. Panas la), Kaklong juga takleh pakai tudung awning, nanti kemek. Apapun Kaklong dah start beli soft awning tapi bentuk dia tak terletak cantik (walaupun harga mahal).

Tapi bila dah naik motor selama 5 tahun ni, dah rasa biasa dah.
Redha je la naik motor pun pi mana-mana.
Kereta pun jarang pakai.

Dan keburukan Kaklong pula, Kaklong malas nak pi panaskan enjin.
Kitorang duk pangsapuri tingkat atas-atas.
Kereta pula tingkat 3. Malas je nak turun panaskan enjin kereta.

Dua tiga hari lepas Kaklong teringat nak panaskan enjin, tapi tak buat-buat.
PAstu semalam nak beli rak buku, kitorang nak bawak kereta la..
Sekali start tak hidup.
Alamak!

Kaklong frust sangat.
Puncanya Kaklong sendiri la, tak panaskan enjin dalam 2 3 bulan dah.
Dalam fikiran ni, kereta baru je habis bayar. Kalau rosak kereta ni rugi sangattt!

Kaklong minta abang pi cari pomen, tolong tengokkan kereta.
Abang nak beli bateri dulu, tengok start tak.
Ikut abang je la..

Instead of pi cari kedai bateri, abang guna perkhidmatan Bateriku.Com
Bateriku.Com akan hantar dan pasangkan bateri kat rumah (atau mana-mana tempat kita berada), kita cuma bayar je la..
Cambest je kannn..

Mula-mula kita call, pastu customer service tu akan tanya nama, alamat, jenis kereta.
Pastu dia bagitau harga berapa kene bayar.
Bila kita setuju, dia akan forwardkan kepada ejen terdekat.

Dalam 5 minit kemudian ejen tu call abang dan akan sampai kejap lagi..
Dalam setengah jam juga la kejap lagi tu.
Dah sampai, dia pun test dulu bateri, memang kong baru dia pasangkan.
Lepas pasang kita bayar je harga seperti yang quote tadi.
Habis citer..

Naseb baek lepas pasang bateri tu enjin terus hidup.
Kaklong takot ada kerosakan lain yang kene hantar servis..
Mujur sangat-sangat..

Tadi kitorang kene RM195.
Yang Kaklong kurang berkenan, instead of kita bagi RM200 dan dia pulangkan RM5; boleh pula dia sound abang suruh bagi duit cukup-cukup.
Alahai, duit cukup-cukup tu ialah sekeping RM100, sekeping RM50, 4 keping RM10 dan sekeping RM5.
Banyak keping tu..
Dalam dunia cyber yang rata-rata shopping guna debit dan kredit card ni ingat on the spot ke semua orang ada duit cukup-cukup.
Dia buat servis ke rumah, takkan tak sediakan duit kecik.
Kita bukan cakap tentang harga RM205, tapi kita bayar RM300.
Kalo gitu memang faham la kenapa bengang.
Tapi RM200, pulangkan RM5 je pun..

Abang pun korek-korek la pouch bag dia tu. Naseb baek cukup RM195.
Lain kali nak senang quote la cukup-cukup RM200.
Naseb baek abang jenis suka pakai cash.
Kalo Kaklong memang suka swap je, malas nak cari ATM.
Dalam beg pun ada duit singgit-singgit je, most of the time guna debit card.

Kalo orang yang kat tengah jalan tu perlukan perkhidmatan dia, mana pula nak korek RM195 cukup-cukup.
Benda boleh fikir tapi malas nak buat.

Kaklong order McD dan KFC pun delivery boy tu sediakan duit kecik.
Masa Kaklong bagi duit cukup-cukup dorang cakap, "takpe kak, bagi je, saya bawa duit tukar ni."
Dorang dah standby in case customer guna duit besar.
Itu namanya perkhidmatan berkualiti.

Diharap kalau dah malas sangat nak sediakan duit kecik, sila la sediakan servis guna kredit/debit card yang portable tu.
Senang sikit.

Servis tu okay je.
Tapi Kaklong tak suka dia sound suami Kaklong camtu. Kesian pula tengok abang korek-korek duit.

Mungkin sebab kitorang kete viva kot.
Cuba kete Honda ke, Toyota ke, maybe takde nak sound-sound orang camtu.
Biasa la. Status kita kan dinilai dengan jenama kereta, jenama bag dan jenama kasut.
Satu lagi jenama tudung. Sebab tu tudung dorang letak label tu kat depan. Nak bagi orang nampak.
Hahaha..

Pasni beli bateri kat kedai je la bang.
Bukan susah pun nak pasang.

Tadi Kaklong godek tenet nampak ada satu lagi servis nama dia Carput.My
Tapi kat Pulau Pinang la..
Maybe 3 tahun lagi kita guna khidmat ni pula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^