Salam..
Seronok pula baca kisah fiksyen yang ditulis oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad ni.
Kat rumah ibu ayah Kaklong pun kitorang ada sebatang pokok mempelam..
Lebat betul buahnya..
Malangnya ramai betul pencuri..
Dorang curi buah muda-muda..
Tau la, nak makan buat colek..
Tak pun nak jual kat gerai nasi campur untk dorang buat kerabu..
Pernah la jiran cakap dorang nampak kereta myvi putih amik mempelam tu sampai penuh satu bonet kereta..
Pokok ni dalam pagar rumah kitorang tau..
Buah yang dorang petik tu pun, yang dalam pagar kitorang..
Dorang potong pagar tu dan masuk pastu panjat pokok tu..
Akibatnya, kami tuan punya pokok ni tak dapat nak makan..
Mempelam kat rumah ni jenis mempelam wangi..
Makan muda tak sedap pun..
Tak masam pun..
Tawar je..
Tapi bila dia masak, wang sangat bau dia..
Sedap sangat rasa dia..
Macam bau bunga mawar..
Malangnya bila dorang selalu petik buah muda, lama kelamaan buah yang ranum kat pokok akan jadi buruk..
Memang betul pun..
Buah tu nampak cantik luarannya , isi dia nasib2 dapat yang buruk...
Tak tau la dorang ni kenapa..
Kalau nak makan sangat mempelam, pergi la beli kat kedai tu...
Mempelam kitorang ni pun, masa banyak buah, kita bagi kat jiran-jiran juga..
Nak bagi mesti bagi benda elok kan..
Sekarang bila mempelam tu selalu buruk, risau pulak nak bagi kat jiran..
Takot dorang salah faham "ooo, buruk bagi kat kita. Yang elok dia makan."
Apapun, pokok tu dah tua..
Buah masih banyak tapi kurang elok dah...
Pencuri buah memang masih ada..
Semoga dapat hidayah la pencuri buah ni semua..
Curi buah sampai dapat beli myvi kau!
Wassalam...
Cari kat sini
About
Kaklong seorang surirumah yang rajin, isteri yang solehah, ibu yang penyayang kepada dua anak yang bijaksana
Suka membaca, menulis, mengait, melihat lukisan, berangan dan terbaru berjinak-jinak dengan exercise walaupun tak menyukainya.
Quiting Social Media
INFP
Ambivert
Suka Muzik Rancak
Suka Movie Banyak Cakap
Alkisah
-
▼
2017
(107)
-
▼
Oktober
(10)
- Beli Piano Keyboard
- Widget Blog Follower Error?
- Alih Suara Lawak ajqhrs via MadlipzApp
- Pencuri Buah
- Review Filem Tombiruo
- Beli Buku online Sempena Cybersale 2017
- Kamen Rider Black : My All Time Favorite
- Info Urusan jika Suami Meninggal Dunia
- Belajar Piano Online Percuma
- Confession : Angau kat Tom Hardy
-
▼
Oktober
(10)
Misi 2026
- Turun 6kg (79>73kg)
- Morning walk 2km
- Bfast low carb, higher protein
- Jalan 10 minit lepas makan
- Suku suku separuh
- Sayur>Protein>Carb
- Minum air masa semasa makan
- Minum setengah gelas je air bergula. Pastikan kurang manis
- Jangan makan semasa minum air bergula
- Evening walk 2km
- Hari tak walking, ganti dgn 1km indoor walking

Teringat buah pisang, betik dan buah naga yang ayah tanam kena curi oleh orang :'(
BalasPadamTu la. Buah-buahan pun orang curi :(
Padamteringat pulak kat pokok petai kat kampung. Masa arwah ayah ngan arwah mak ada, buahnya memang banyak tapi sekarang tak tahu ke mana. masa belum boleh ambik, adik bgtau ada banyak...
BalasPadamGhaib macam tu je ek.. MUsykil2..
PadamTeringat masa kecik2 dulu SA suka sangat makan colek buah mangga, ada jiran ni kedekut sangat buah mangga depan umah..bila dia balik kg je kami ramai2 pi kerjakan buah mangga..hahaha...2-3 hari dia balik dia mengamuk..masa tu budak2 kan..x berakal
BalasPadamHahaha.. Tuan buah kedekut tu tak syok tuuu :D
Padamkalau pokok kita tanam di rezab jalan, di hadapan rumah, kira reda je le, semoga buah yang diambil menjadi saham percuma kita di akhirat.. kan... tapi yang geram tu, pokok dah dalam pagar rumah, ada je tangan yang gatal yang ingin mencuba nasib untuk mendapatkannya,.. ni jenis orang yang x faham bahasa.. uwaa...
BalasPadamBetul tu.. Takde common sense kot dorang ni.. Penat tau bertahun2 layan perangai pencuri ni.. :(
PadamSedih betul ada lagi sikap org yg suka amik buah kat pokok tnpa minta izin tuan punya pokok
BalasPadamItu la pasal. Orang minta kita bagi je. Tapi minta la elok. Lagipun yang curi tu bukan orang kampung ni. Orang kampung sebelah ke, kampung duabelah gamaknya..
PadamBetul tu.
BalasPadamMudah2an si pencuri tu diberikn hidayah dan sempat bertaubat sebelum ajalnya sampai.
IN shaa Allah
Padam