Pengalaman Adsense Kaklong dan 5 Tips Lulus Adsense

Salam..

Siapa ada blog...
Dah masukkan adsense dalam blog korang ke..

Adsense tu apa?

Adsense

Adsense tu dalam bahasa mudah faham ialah iklan dekat blog.
Korang boleh letak dekat header ke, kat sidebar ke, kat footer.
Kalau pembaca klik iklan tu, korang dapat la 1sen 2sen USD camtu.
Sikit kan..

Memang sikit.
Tapi kalau ada 10 ribu pembaca sehari dan 1% dari mereka klik iklan, dapat la juga sikit-sikit pun.
Dari takde...kan..

Ramai juga rakan-rakan blogger yang mengadu pasal adsense tak approve atau adsense kena reject.

Kaklong pun ada juga pengalaman kene reject ni.

Sebagaimana yang korang tau, Blog Kaklong ni started pada Julai 2016. Selang beberapa bulan kemudian, Kaklong try letak adsense, tengok2 dapat je.

Kemudian pada akhir Mac 2017 Kaklong tukar kepada domain .com, secara automatik adsense tu tak muncul. Yang ada cuma kotak kosong je.

Kaklong yang ignorance ni memang tak sedar pun benda tu, earning adsense pun tak pernah check. Sebab tak serius pun nak buat duit melalui blog, sekadar suka-suka je cari kawan di alam maya.

Bila dah sedar ada petak kosong tu Kaklong pun cari maklumat mengenainya dan dapat tau lepas tukar domain memang kena apply baru.

Kaklong pun apply la..

Lama tau takde respond. Dalam sebulan juga la. Pastu atas nasihat kawan-kawan, Kaklong pun re-apply. Dua hari kemudian dapat respond.

Application Kaklong kene reject!
Huwaaaaa 

"Insufficient content" katanya...

Kaklong pun terus terduduk dan membawa diri ke bucu katil.

Yang bestnya dalam rejection email tu dia explain kenapa kene reject dan dia bagi juga cadangan camana nak improve.

Lepas abes berkabung tu Kaklong rasa semangat pulak nak tulis entry. Aktif juga la time tu. Setiap entry Kaklong tulis 300-500 patah perkataan. Gambar letak sekeping dua je. Time tu bajet-bajet nak re-apply semula pada Januari 2018.

Kemudian pada bulan Jun, ramai kawan blogger berbincang tentang adsense. Walaupun bajet nak apply balik Januari tahun depan, Kaklong apply je pada Jun 2017, bila tengok ramai orang tunjuk email kene reject.

Pada 30 Jun, adsense Kaklong approved!
Yay! 

Sebenarnya time tu tak Yay! pun.
Sebab terpinga-pinga bila baca "approved" tu.

Ye la, kene reject May 17, pastu Jun 30 approved. Cam tak sangka la jugak.

Tengok-tengok kat sidebar dah ada dah iklan tu. 

Haritu ada baca rakan blogger geram sebab kene reject padahal blog dia dah beberapa tahun aktif. Katanya "adsense pilih kasih, blog yang merapu-rapu dapat pulak adsense. Blog informasi tak dapat."

Kaklong cam terasa juga la, sebab blog Kaklong pun boleh tahan gak merapunya. Info takde banyak sangat. Bebel je lebih. Hahaha..

Rupa-rupanya reason kene reject bukan sebab "insufficient content", tapi reason dia "invalid traffic".

Invalid traffic tu berkaitan dengan masalah klik iklan. Ia mungkin juga berpunca dari pihak ketiga. Adsense ada explain cara nak betulkan.

Kepada korang yang belum dapat approval dari adsense tu, cuba 5 tips ini.

1. Tulis entry at least 300-500 patah perkataan setiap entry dengan gambar yang minimum.

2. Tulis entry dengan niche yang berkaitan antara satu sama lain.

3. Buat page "about" dan "disclaimer"

4. Buang iklan pay-per-click lain dari blog korang.

5. Minimumkan kuantiti widget supaya blog cepat loading.

Itu adalah antara tips yang Kaklong apply sendiri untuk "insufficient content". Blog baru buka akan amik masa sikit. Korang teruskan menulis entry bagi banyak dan apply setiap bulan. In shaa Allah dapat approval sama ada blog tu merapu atau penuh informasi.

Sebenarnya kan, blog merapu ni banyak return visitor. Blog informasi pula banyak unique visitor. Blog apa-apa pun boleh asalkan kita guna ejaan yang betul supaya Google dapat faham niche blog kita, ecpat loading dan dapat view melalui laptop dan smartphone.

All the best ya..

Semoga bermanfaat 

Wassalam..

13 ulasan:

  1. sm...penah apply dpt pstu disable pstu elok blk tukar domain disable blk...hahaha...jenuh dok apply pbetul apply perbetul ja kejanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Silap sikit disable.
      Kaklong pun takot nak tukar apa2 dah T_T

      Padam
  2. Tahniah kak long..salam kenal yer =)

    BalasPadam
  3. Terima kasih.
    In shaa Allah lulus tak lama lagi. Ganbatte neh!

    BalasPadam
  4. Tahniah kaklong. Mama xde kekuatan LG nak apply AdSense

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih Mama. Try je mama, untung sabut timbul :)

      Padam
  5. Tahniah.. Belum lagi try adsense..

    Tapi tips-tips ni akan saya gunakan untuk apply adsense satu hari nanti ;)

    BalasPadam
  6. Tahniah. Saya baru tukar domain dan setting tak cun sangat tu kena reject. sedih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Cuba lagi tau, in shaa Allah dapat tu :>

      Padam

Komen la sikit ^^