Cara Check Scammer secara Online

Salam..


Korang tau tak macam mana nak check scammer, penjual penipu, syarikat menipu dan seangkatan dengannya?

Kalau tak tau, sila teruskan pembacaan anda..

Kaklong terserempak dengan post ni kat facebook.


Lepas ni kalau korang beli barang secara online ke, nak join MLM yang tak pernah dengar nama ke, sebelum teruskan dengan urusniaga check dulu kat website ni:

http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Kalau ada nama orang atau syarikat tu, better la jangan teruskan urusniaga.
Takot woooo...

Kaklong pernah juga jumpa scammer ni..
Korang pun mesti pernah.

Mula-mula dorang offer barang free, kalau nak cuma isi borang.
MAsa isi borang dia pun cerita la pasal produk dorang iaitu barangan elektrik.
Kemudian dapat cabutan bertuah.
Lepas buka, dorang semua buat muka cuak gila sebab tak pernah tengok pun hadiah banyak macam ni.

Pastu dorang pun teruskan lakonan gabra gila babi tu siap call HQ.
Rupa-rupanya itu surprise gift dari HQ yang hanya sorang dua je dapat dalam setahun.
(Ye la tu. Kaklong dapat 4,5, 6 kali dah dalam tahun tersebut. Modus operandi pun sama je. CUma orang dan nama syarikat je lain-lain)

Kemudian dorang pun beramai2 sorak kegembiraan siap lompat-lompat macam monyet punya la suka sebab kita ni bertuah sangat.
Ni part yang best, ada 2 3 orang bercerita kepada kita serentak.
Sorang cerita pasal pakej, sorang tunjuk demonstrasi guna peralatan lektri tu dan sorang lagi masih la buat aksi tak percaya bahawa kita bertuah; bonus sorang lagi puji kita cantik la, nampak muda la, rupa macam cikgu la, pakai kereta mahal la dan macam-macam lagi.
3 orang bercakap serentak ni akan buat kita pening.
Lalu masa dia minta kad ke, ic ke, kredit card ke apa; kalo tak tahan pening akan terbagi la kad tersebut.

Polis tak boleh tangkap dorang ni kerana secara legalnya dorang melakukan urusniaga dengan kita, tiada sebarang penipuan (secara legal).
Namun begitu selepas mangsa balik rumah, mula la rasa rugi sebab barang lektrik tu mahal sangat padahal kualiti tak elok pun. Haritu ada rice cooker tu 2 hari pakai je dah rosak.

Oleh itu, kalo korang jumpa mereka ni jangan la layan.
Setakat free beg kertas, lampu suluh, mug tu, sila la abaikan..
Kat kedai RM2 pun ada jual.

Kalau nak layan juga, jangan cakap Kaklong tak bagitau..

Okay la. Bebel pula..

Rasanya kalau korang nak report tentang scammer pun bole juga kot kat website tu.
Ke kena report kat polis?
Ke dekat Tribunal Pengguna?

Kaklong belum habis godek lagi..
Nanti ada info terbaru Kaklong tulis kat blog ni..

Jika ada sebarang penambahan info, sila tulis kat ruangan komen ya.. :>

6 ulasan:

  1. Sekarang ni memang berleluasa scammer2 ni.. Sebelum nak buat pembelian online, lebih baik berhati-hati..

    Periksa apa yang patut dan jangan mudah terpedaya dengan harga ditawarkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Dedaun Comel.
      Kaklong pun sebelum beli mesti godek2 dulu akaun dia.
      Risau kalo beli barang mahal2 kan..

      Padam
  2. Saya pun pernah kena dgn scammers, nasib tak terbeli apa2 dari scammers tu...

    BalasPadam

Komen la sikit ^^