Review : Power Rangers 2017

SPOILER TULISAN PINK. 
Jangan baca tulisan pink kalo taknak tau spoiler k..

Salam...

Kaklong bukan peminat Power Rangers..
Kaklong cuma pernah tengok first badge je masa dorang mula-mula keluar zaman Kaklong sekolah dulu..

Bila reboot balik ni, takde rasa pun nak tengok..
Review pun dorang kata agak mengecewakan..
Tapi semalam ada satu review yang kata citer ni best... Kemudian ada satu lagi cakap best.. dan satu lagi cakap best..

Disebabkan mixed review, maka Kaklong berminat la nak pi tengok.
Nampak macam best ke tak?
Plot: (spoiler)

Kisah bermula dengan memperkenalkan satu persatu remaja yang bermasalah dan macam mana akhirnya mereka berkumpul secara tak sengaja dan terjumpa dengan batu permata.
Keesokannya harinya didapati mereka ada kekuatan yang luarbiasa dan kembali semula ke lokasi tersebut dan akhirnya lead mereka ke kapal angkasa dan terjumpa sebiji robot (Alpha 5) dan dibawa berjumpa Zordon (Ranger Merah yang terperangkap di sebalik dinding- tak boleh nak keluar).

Rupa-rupanya mereka adalah 5 remaja yang dipilih oleh batu permata tu untuk mewarisi kuasa Power Rangers. Kelima-lima remaja tu tak mahu/ tak percaya lalu keluar dari situ. Jason (leader) convince dorang dan akhirnya mereka bersetuju dan bermula la sesi menjadi ranger. 

Dalam masa yang sama, Rita yang sebelom ini dorman telah dijumpai (orang ingatkan itu mayat je) dan Rita perlahan-lahan memulihkan dirinya dan berusaha mencari Zeo Crystal yang dikatakan mempunyai kuasa yang hebat.

Kelima-lima Rangers tu perlu bersedia sebelom Rita membuat kerosakan tapi progress dorang ni lambat sangat. Mereka masih tak berjaya Morf (bertukar/henshin) dan Zordon tak gembira dengan perkara ni lalu suruh mereka berusaha untuk morf secepat mungkin. Mereka pun figure out camana nak buat tapi tetap tak berjaya. Akhirnya salah seorang berjaya morf tapi tak tau macma mana dia boleh buat gitu haritu.

Suatu hari Rita telah mengumpan mereka demi mengetahui lokasi sebenar Zeo Crystal. Tapi mana la dorang tau kan.. Rupa-rupanya salah seorang tau kat mana lokasi tu (dia figure out dengan hint yang dia dapat sebelom ni) dan terpaksa bagitau supaya kawan-kawannya tak mati.. Rita yang jahat tu  lemaskan dia dan lepaskan yang lain sebab dorang ni lembik sangat, buang karan je lawan.

Mereka pun cepat-cepat bawa si mati tu berjumpa dengan Zordon dengan harapan ada kuasa yang dapat selamatkannya, tapi takde apa yang bole dia buat. Peristiwa tu memberi kesan ke atas jiwa keempat-empat ranger tersebut dan kesatuan hati mereka menyebabkan suatu kuasa muncul (sori tak ingat term dia) dan Zordon berpeluang keluar dari dinding itu.. Zordon sikit punya happy lagi.. Tapi akhirnya, dia beri peluang itu kepada ranger yang mati tadi untuk hidup kembali. Dia tak ada peluang lagi untuk keluar :(

Bangkitnya ranger dari mati tadi meneguhkan hati mereka dan semangat mereka untuk berjuang melindungi manusia dari ancaman Rita yang durjana dan mereka akhirnya berjaya morf. Rita pula membangkitkan Goldar dalam bentuk raksasa dan menyerang bandar semata-mata nak ambil Zeo Crystal yang tertanam di bawah bandar.

Power Ranger berlawan dengan raksasa Rita serta menaiki Dinozord untuk lawan Goldar pula. Lawan punya lawan namun mereka tak sekuat mana dibandingkan dengan kuasa Rita akhirnya Goldar menolak mereka keperut bumi dalam lokasi Zeo Crystal. Dorang ingatkan mati dah tadi, rupa-rupanya kuasa Zeo Crystal tadi telah diserap dan Dinozord telah bercantum menjadi Megazord. Dorang sendiri pun terkejut dan tak paham apa yang berlaku.....
Jangan kata dorang, Kaklong pun tak paham.. XD

Ending dia kena la tengok..

Review:

Best!
Kaklong bagi 3.5/5.
Ada yang pertikai kenapa 3.5 je, kalo best kenapa tak bagi penuh..
Erm..
Susah juga nak jawab tanpa bagi spoiler..

5/5 untuk filem yang menakjubkan dan takde cela. Contohnya The Avengers, Alice through The Looking Glass. Zoolander 2 dan sebagainya.. Baik dari segi acting, storyline dan CGI.

Tapi filem Power Rangers masih ada cela walaupun sedap ditonton..

Kepada yang nak tau sangat kenapa tak dapat 5/5.
Kerana CGI nya tak bagus
Kerana ending tak best

Walaupun enjoy menonton, tapi tak sempurna..
Takkan nak bagi full mark juga kot..

Ikotkan 3.5/5 tu ialah 7/10 atau 70%..
Tinggi la tu kan..

Bab acting takde apa nak komen sebab mereka semua sangat menjiwai watak.
Walaupun Kaklong tak kenal pelakon-pelakon tu namun lakonan mereka profesional dan mereka kenal dengan watak yang mereka bawakan.

Kecewa tengok gambar Billy ni. Tapi lepas tonton ternyata dia sangat sesuai dengan watak tu
Jason nampak kacak dan betul2 sesuai jadi leader, Billy seorang budak nerd dan autistic tapi sangat bijak; setiap gesture dan dialog yang beliau ucapkan tak berlebih-lebihan dan nampak natural. Kaklong enjoy ngn watak dia ni.. Kimberly sebagai gadis cantik dan feminine; dalam citer ni dia gadis cantik yang kuat semangat; Zack macma jenis rebelious sikit dan Trini ni ada masalah dan memendam rasa. Ramai kata Trini ni lesbian dalam cerita ni menyebabkan dia rasa terasing dan berang 24jam, tapi kalo Kaklong tak tau dia lesbian sebelom menonton, pastu tak tau yg dia lesbian sepanjang tengok cite rni.. Tak sure kalo ada skrip yang dah dipotong ke tak. Atau Kaklog memang innocent kot. Haha..

Pelakon terbaik goes to Rita..
Mula-mula kecewa juga tengok rupa Rita tu bukan seperti Rita yang Kaklong kenal..
Jelita giler kot..
Tapi lakonan memang superb!

lawa baq hang!
Acting dorang boleh dapat full mark..

Power Rangers kali ni lebih fokus pada penceritaan berbanding aksi.
Itu yang ramai lelaki cakap citer ni tak best, tertidur dalam panggung, jalan cerita lembab dan sebagainya..
Ironinya, Kaklong nampak flow story dia cantik..
Aksi berlawan hanya berlaku di akhir cerita..
Boleh dikatakan 2/3 dari cerita ni adalah drama dan hanya 1/3 kat hujung je dorang berlawan dengan Rita tu..

Elemen kemanusiaan banyak dimasukkan dalam filem ni..
Instead of berlawan je mereka nyatakan juga sebab untuk mereka berlawan dan berjuang...

Apa yang nak ditekankan kat sini ialah Power Rangers bukannya 5 orang yang hebat.
Tapi Power Rangers ialah SATU pasukan yang bersatu hati dan bersatu jiwa, baru la kuasa tu muncul..
Kalo tak bekerjasama, memang tak dapat nak kuasai...
Kemuncaknya ialah bila mereka duduk dalam Megazord dan setiap ahli perlu gerakkan satu bahagian sahaja. Sorang tangan, sorang kaki kiri, sorang kaki kanan, lagi dua tak sure..
Jadi time lawan tu kelima-lima mereka perlu berkomunikasi dan bekerjasama supaya dapat mengalahkan Goldan.
Rasa seronok tengok perubahan dari 5 orang strangers menjadi 5 sahabat yang bersatu hati dan sanggup mati demi sahabatnya.

Kalo korang follow Kaklong pasti korang tau yang babak berlawan-lawan buat Kaklong mengantuk.
Memang pun, bila dorang start lawan Kaklong pun start mengantuk..
Tapi tak semengantuk tengok Transformer berlawan; kerana dorang berkomunikasi dan kelam kabut sikit nak gerakkan Megazord tu. Maklumlah first time..
Ditambah pulak dengan skrip Billy yang kelakar tu..

CGI tak begitu bagus, malah kenderaan yang dorang bawa tu  (Zord kot nama dia) pun rupa dia tak nampak rupa..
Ada satu babak kesemua Zord tu bergerak dan lagu Go Go Power Rangers!
Suka sangat babak tu, buat Kaklong teruja dan teringat zaman sekolah rendah dulu..
Aksi bertumbuk kejap je, aksi berlawan naik Zord yang lama sikit..

Peminat Power Rangers semestinya nak tengok aksi berlawan, bukan nak tengok drama remaja.
Maka mereka rasa kecewa sangat lepas menonton..
Kaklong bukan peminat Power Rangers; dan filem ni membuatkan Kaklong minat pulak kat Power Rangers..
Mungkin filem ditujukan kepada bukan peminat Power Rangers, memandangkan ia macam episod 1 : pengenalan watak.

Tapi endingnya...
Erm....
Kenapa la ending dia macam tu..

Dari permulaan cerita menunjukkan Rita tu sangat kuat dan berkuasa..
Last-last dikalahkan macam tu je?
Sangat mendukacitakan.. :(

Nampak macam ada sekuel lagi lepas ni...

Itu la yang dapat mixed review..
Ada yang rasa kecewa, ada yang rasa best.
Bila baca mixed review macam ni, mesti nak tengok..
Nak tengok kita ni berada di sebelah mana..

Tapi itu Kaklong la..
Kaklong dapat satu pleasure bila tengok movie..
Buka sekadar nak tau cerita...
Tapi acting, olahan, skrip, tempo, muzik latar, cgi (jika ada) dan macam-macam lagi Kaklong tengok dalam 2 jam tu..
Kaklong selalu tengok berapa bajet yang mereka gunakan, berapa masa yang mereka ambil untuk siapkan filem tersebut dan berapa orang yang terlibat untuk hasilkan filem yang hanya berdurasi 2 jam itu..

Itu satu seni..
Dan Kaklong appreciate it..

So Kaklong bagi 7/10 bintang untuk filem yang bagus ni.

Wassalam..

6 ulasan:

  1. kecik-kecik dulu rajin gak layan power rangers ni..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Kaklong pun tengok badge pertama je, pastu tak layan dah..

      Padam
  2. Kaklongggggg elsa baru lepas tengok movie nie! Best gilaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yay! Ada pun geng..
      Best kan.. Ada lagi 5 sekuel kalo tak silap..

      Padam
  3. ramai yang kata best. tapi, Rose tak minat sangat. hihih

    BalasPadam

Komen la sikit ^^