Review Movie : Life (2017)

SPOILER TULISAN PINK

Salam.

Haritu (sebelom tengok Power Rangers) nak tengok wayang.
Tapi takde movie best.
Ternampak poster Life.
Assume yang citer ni ala-ala Gravity.. Buat kerja kat space kemudian ada malfunction pastu berusaha menyelamatkan diri kemudian berjaya..
Takde rasa nak tengok citer gini..

poster Life
Balik rumah, terbaca satu review kat FB tetang filem ni tak best.
Tapi rupa-rupanya jalan ceritanyatak sama dengan apa yang Kaklong gambarkan..

Tak lama kemudian muncul satu lagi review kata best...
Aik, mixed review ni..
Kemudian muncul lago kata best, kemudian ada yang kata tak best pulak..

Okay, kalo macam ni, kene tengok..
Malam tu juga kitorang gi tengok..

Kisahnya:

Sepasukan angkasawan yang duduk kat angkasa.
Satu hari mereka amik sample dari serpihan Marikh dan sorang saintis ni kaji sample tu kot-kot kesan hidupan kat Marikh.
Akhirnya mereka jumpa satu sel. Dorang pun kaji lagi environment yang sesuai dengan sel ni tak semena-mena sel tu pun bertindakbalas (aka hidup)
Punya la happy terus bagitau penduduk bumi. Mereka menggelar sel yang comel ni sebagai Calvin.
Dari semasa ke semasa Calvin semakin membesar (sel dia bermitosis la kot) dan didapati setiap sel Calvin mempunya otak, otot dan apa ntah satu lagi. 

Satu hari makmal dah mengalami masalah dan Calvin tak bertindakbalas lagi (mati kot).
Saintis tu sedih sangat dan cuba bagi tekanan kat Calvin kot-kot la dia hidup balik.
Ya, Calvin hidup balik dan mencederakan saintis tu.
Calvin berjaya melepaskan diri dan membunuh sorang demi sorang angkawasan tersebut tanpa belas kasihan.

Mereka cuba sedaya upaya bunuh Calvin tapi tak berjaya..
Sehingga la mereka dapat satu idea yang merupakan jalan terakhir antara hidup dan mati


Review

Cerita dia sangat best pada awal (30-40 minit pertama); tapi lama kelamaan semakin dredging dan menyakitkan hati.

Seolah-olah sebuah cerpen yang padan dan menarik, kemudian ada orang terbaca dan nak jadikannya novel lalu masukkan bab-bab lain sekadar untuk memanjangkan cerita..

Sakit hati kerana banyak tindakan yang sebenarnya tak perlu pun dorang buat sebab kalo buat tau dah mesti mati.. Contohnya ketika Calvin hilang dan salah satu bahagian station tu tak berfungsi, lalu sorang angkasawan offer diri nak pergi tengok/baiki.. Umphh! Nampak sangat mati la kau lepas ni..
Dan memang betul pun sangkaanku. Ada satu lagi dia nampak betapa kuat dan pintarnya Calvin, tapi dia tetap juga nak sembur api tu, walaupun nampak api tu tak beri efek apa-apa kat Calvin, haaa, kan dah mati..Dari dia keep on sembur, better la dia keluar je dan tutup sumber oksigen dalam makmal tu supaya Calvin lemas. Tak pasal-pasal Calvin dah dapat keluar. 

Ada juga plot yang sengaja diada-adakan pada waktu yang tepat, nampak macam terlalu kebetulan.. Contohnya ketika Calvin dah elok-elok duduk kat luar kemudia dia nak masuk ikot cerobong (kot nama dia), kebetulan pula bole tau kat cerobong mana Calvin berada sebab ada sensor suhu kat situ, dan selang beberapa waktu dorang boost supaya Calvin tak dapat masuk, tetibe alarm bunyi, kalo dorang boost lagi station akan kekurangan bahan api ke apa ntah. Jadi terpaksa la bagi je Calvin masuk. Pastu bole pulak Calvin duduk kat kaki angkasawan yang lumpuh tu selama ni (sambil makan kaki dia). Bila masa la kau menyusup dalam seluar tu dan kebetulannya pilih kaki orang lumpuh. Yang tak lumpuh ni ada, tak terpilih pulak.. (ni kan angkasa, takde gravity kan.. Mana tau sape lumpuh ke tak, kan semua orang melayang-layang je).. Lepas dah makan kaki tu (takde la makan semua - macam suck blood je kot) boleh pula termakan sekali tracker kat kaki maka dapat la angkasawan tu track dia berada kat mana sekarang.. Adoi, senangnya buat cerita..
Lepas mereka berjaya perangkap Calvin, time tu juga la satu bahagian station (sori, tak tau termbenda ni) dihantar dan bersambung dengan station tu pulak (yang berada di blok Calvin dikurung). Hadoi, takde waktu lain ke... Kebetulan sokmo..

Sebenarnya banyak lagi part yang buat Kaklong tepuk dahi..
Sabar je la...

Walaupun begitu, unsur suspense yang dipaparkan tak kalah..
Sepanjang dalam panggung tu ada la 80% Kaklong suspense/cuak/ kecut perut/ berdebor-debor semua ada..
Ini bukan macma cerita hantu yang tiba2 muncul dan teperanjat tak abes2..
Citer ni terperanjat tak banyak sangat; tapi seram tu boleh kata sepanjang masa..

Yang paling best, lepas abes tayangan pun masih lagi berdebor..
Nampak sangat debaran tu kat muka semua penonton yang macam taknak bangun je lepas abes cerita..

Tu la Kaklong cakap citer ni macam cerpen tau..
Best tapi dia tambah-tambah pulak nak bagi panjang..
Tu yang tak puas hati sikit tu..

Emosi yang berjaya disampaikan hanya suspense dan horror..
Sebab watak utamanya dua-dua jenis muka tak bergerak..
Hensem lawa tapi tak bergerak otot muka tu..
Terkejut pun macam tu, takut pun macam tu, risau pun macam tu..
Sebenarnya bukan la tak bergerak langsung..
Cuma mereka tak bawa kita menyelami emosi..
Emiso yang kita rasai hanya takut kat Calvin tu..

Lakonan semua okay, wajar dipuji..
Ryan Reynolds jadi pelakon sampingan..
Macma pelik kan, kenapa hero macam dia bawa watak sampingan?

Haritu dalam the making ada dia bagitau yang Ryan ni ditawarkan watak utama tapi jadual penggambaran yang tak mengizinkan maka dia pegang watak sampingan je la..
Kalo Ryan bawa watak utama mungkin movie ni jadi lain sikit kot..
Sebab dia ada mimik muka yang hidup, terutama muka susah hati/ cemas camtu..

Ending dia tu hampir unpredictable...
Disebabkan ending dia tu pun dredging, jadi Kaklong sempat fikir "kenapa slow sangat ni? Ke ada apa2?" mula la suspicious pun timbul dan sempat teka dan memang betul tekaanku..
Adoiiiii..
Sayang betul! Kalo dia cepatkan beberapa saat pasti Kaklongtak menduga dan akan lebih terkejut dari sepatutnya..
Kenapa la semua benda nak dredging? Sabar je laaaaaa!

Bagi Kaklong filem ni bagus dan puas hati dapat rasa emosi yang dah lama tak rasa ni.
Kaklong memang elak menonton horror movie sebab mudah trauma tengok benda-benda ngeri..
Kalo bukan disebabkan dredging tu pasti dah bagi 5 bintang..

Maka Kaklong bagi 4/5 untuk filem ni..

Wassalam...

6 ulasan:

  1. Bercampur pulak emosi Siqah samada nak tengok filem ni ke tak. Hee. Siqah minat filem genre pergi angkasa camni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Camana Siqah.. Dah tengok ke..
      Mesti Siqah suka kan.. ^^

      Padam
  2. Balasan
    1. Hahaha..
      Emo mata membaca, emo lagi mata yang menonton.. :D

      Padam
  3. Tak sempat nak terjah pawagam masa movie ni ditayangkan dulu...tunggu online la nampaknya...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa, tak sempat ke..
      Online pun best, bole fast forward kalo bosan.. :D

      Padam

Komen la sikit ^^