Sekarang kaklong bersosial media kat facebook je walaupun kaklong cakap facebook tu toksik.
Lepas upload kat facebook tu, kaklong pun upload juga la kat channel youtube kaklong yang sendu tu.
Eh, tau tak...
Channel youtube dah bole tukar url.
Sebelum ni url channel kita punya la panjang,nak ingat pun tak bole (kecuali ada 1000 subscribers)
Sekarang dah bole edit dah.
Kaklong punya channel : youtube.com/@kaklongtv
Comel kan url dia...
Okay, sambung citer balik.
Sebenarnya kaklong kurang berpuas hati dengan kualiti video yang kaklong upload kat facebook dan youtube tu.
Namun kaklong tak sempat nak rekod video elok-elok, plan flow video, edit lawa-lawa; Kaklong tak sempat nak buat.
Buktinya kaklong sebenarnya banyak rekod video yang kononnya nanti nak edit dan upload, tapi sampai sekarang kaklong tak edit-edit.
Siapa yang biasa edit video tahu la editing makan banyak masa.
Last-last video tu tersimpan dalam harddisk gitu je.
Kaklong terfikir nak buat video pendek untuk upload kat tiktok dan instagram.
Tapi kedua-dua platform tu addicting.
Kaklong amik masa yang lama untuk tinggalkan tiktok dan instagram dan sekarang kaklong dah berjaya.
Walaupun konon nak upload je, taknak tengok video kat tiktok dan instagram; tapi kan susah.
Mesti tertengok juga, pastu tanpa sedar scroll scroll scroll sampai berjam-jam.
Kaklong tak berani nak masuk balik ke sana.
Kaklong nak gunakan masa dengan lebih baik dan produktif.
Kat youtube pun ada short.
Tapi kita diberi pilihan untuk tap untuk tonton. Dan biasanya kaklong ignore je.
Tapi tiktok dan instagram terus je suap. dah la video best-best pula dia suap. Mana tak syok.
Maka tu la.
Kaklong pun tak tahu kaklong membebel apa ni.
Kaklong geram nak masuk ke tiktok dan instagram, tapi kaklong sekeras-kerasnya tak mahu sebab dah pernah jadi mangsa addiction.
No more.
Biar la kaklong forever sendu
Dari jadi social media addict.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^