:(


Kaklong ni sebenarnya ada macam-macam benda nak tulis.

Tapi bila ada masa untuk menulis, kaklong dah takde tenaga (fizikal dan mental) untuk menulis.

Menulis ni sebenarnya bagus untuk bantu kita susun kesepahan yang ada dalam kepala ni.

Tapi, macam sekarang ni.
Anak dah tidur.
Tapi kaklong takde keupayaan nak menulis.

Dah setengah jam kaklong duduk depan laptop, tapi tak dapat menaip dengan baik.
Tulis sikit padam.
Tulis sikit padam.

Mungkin juga kaklong patut cuba menulis di waktu pagi selepas Subuh.
Mungkin masa tu otak tengah fresh dan badan ada tenaga.

Betul tak... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^