Pindah!


Akhirnya dapat rumah. Penat gak mencari rumah ni. Banyak kriteria nak ditengok. Nak landed, nak grill, nak rumah yg berkeadaan baik, nak neighborhood yang selamat dan kemudahan yang cukup, dekat ngan sekolah, pejabat pos, kedai makan, kedai runcit, nak dekat dengan tempat kerja, nak murah. Hahahahha... Memang tak la dapat semua tu.

Namun kami dapat hampir semua tu, cuma tak berapa dekat dengan tempat keje. Kira² 20 minit la naik motor. Sewa tak berapa murah walaupun rumah kecik, tapi kira murah la berbanding rumah lain yang kami ushar. Tuan rumah siap pasang aircond dan extend dapur. Pastu sediakan peti sejuk, mesin basuh, katil dan almari untuk semua bilik. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Masalahnya kami dah ada perabot, makanya mencabar juga la nak susun atur rumah ni nanti. Ikot kaklong nak buang je benda tak perlu. Tapi abang sayang nak buang.  

Sabtu ni lori datang angkut semua barang dan pindah. Lori 3 tan, siap orang angkut barang semua rm370. Esok kami start packing slow². Kotak pun kena cari gak ni. Mana la nak cari kotak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^