Review One Two Jaga

Yay!

Akhirnya dapat tengok One Two Jaga

One Two Jaga kat Prangin Mall
Gigih tau tak, masuk pulau demi filem ni..

Cik Abang asalnya memang taknak tengok..
Namun atas dasar cinta dia bawa juga Kaklong pi tengok walaupun jauh (bagi kami jauh la)

Masa beli tiket ni kan, hall kosong je.
Kami orang pertama yang beli..
Naseb baek dia bagi beli, kalo tak sia-sia la datang dari jauh..

Tapi bila masuk hall, ramai juga orang.
Tak penuh tu normal la, weekday.. Office hour pulak tu..

Review sikit:

Bagi Kaklong citer ni best dan realistik.
Lakonan bersahaja.
Skrip bagus sangat, banyak yang tersirat di sebalik skrip tu.
Buatkan kita berfikir tentang kehidupan mereka-mereka ni..

Sapa mereka-mereka ni..?

Polis muda yang bersemangat waja.
Polis lama yang dah korup.
Pekerja warga asing.
Tokey pekerja warga asing.
Tukang buat kerja illegal dengan sejumlah bayaran.

Kaklong paling suka watak Adi.
Lakonan dia paling real, cara dia melontarkan skrip, selamba sangat.
Betul betul menghayati watak la mamat tu..

Pelakon-pelakon lain pun bagus, walaupun pelakon tambahan seperti guru besar dan anak polis tu.

Sikit je la review..

Namun begitu perkara yang paling menarik ialah review dari orang ramai.
Kat sini nampak filem ni dihadam dalam banyak perspektif.

Ada yang melihat dari perspektif pengorbanan ketua keluarga yang sanggup buat apa saja demi keluarga tercinta.

Ada melihat dari perspektif warga asing yang hidup susah di negara kita.

Ada yang melihat dari perspektif polis muda yang ikot undang-undang.
Tapi ada juga yang kecam polis muda tu kerana terlalu diskriminasi ke atas warga asing.

Ada yang melihat dari perspektif majikan yang jaga pekerjanya dengan baik walaupun terpaksa guna cara illegal..

Bermakna, 1 jam 20 minit ni dah membangkitkan bermacam pandangan masyarakat setelah menonton filem.

Kaklong rasa kagum gak, sebab jarang la jumpa review dari pelbagai perspektif macam ni..
BIasanya ada 2 pihak je..
Contoh macam Team Iron Man dan Team Captain.
Team Amy dan Nick (Gone Girl)

Tapi filem ni, macam-macam review Kaklong baca dan semuanya bago pandangan yang berbeza..

Pandangan Kaklong?

Pandangan Kaklong simple je.
Kaklong sokong apa yang polis muda tu buat.
Walaupun ada waktu dia reckless (disebabkan usia dia yang baru 23 tahun)
Kaklong ni jenis ikot jalan yang lurus dan buat perkara yang betul.

Apapun, rasa simpati kepada pekerja asing dan majikannya itu pun ada juga.
Dorang tu baik-baik je, cuma situasi yang mendesak mereka buat perkara macam tu.

Mungkin Kaklong takde kawan warga asing, tak bekerja dengan majikan, takde hubungan dengan polis, maka Kaklong takde la melihat ke dalam sangat.

Apapun, Kaklong puas hati dapat tonton citer ni.
HArap-harap sutradara dapat buat banyak lagi citer yang best macam ni.

^^

6 ulasan:

  1. Ala teringin juga nak tengok movie ni. hari tu tengok iklan nya macam best :)

    BalasPadam
  2. nak tgk tp anak kecik ni susah sikit nak p wayang cerita gini. tggu astro 1st je la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kaklong pun baru lahirkan baby ni, memang tak tengok wayang la dalam 10 tahun akan datang T__T

      Padam
  3. TERINGIN JUGA NAK TENGOK...TUNGGU MASUK ASTRO FIRST LA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 masuk Astro First. Kat Netflix dah ada :)

      Padam

Komen la sikit ^^