Tiada Siapa Boleh Tolong Jika Ditipu Peniaga Online

Salam..


Ini salah satu komen yang Kaklong screen shot kat Forum Amanz.my
Komen-komen lain yang menyayat hati boleh tengok kat SINI

Kaklong share kat sini bukan untuk kita kecam dia yang mudah-mudah beli barang online mahal-mahal. (kene highlight benda ni sebab sekarang ni zaman kecam mnegecam)

Apa yang Kaklong nak tekankan kat sini ialah:

Tak ada satu kuasa undang-undang pun yang boleh bantu kita sekiranya kita kena tipu beli barang secara online

Ya, kita memang ada medium untuk melaporkan penganiayaan macam ni, tapi itu je la..

Pihak bank tak boleh dedahkan maklumat diri akaun si penipu..

Polis tak boleh nak buat siasatan terperinci memandangkan banyak lagi kes jenayah lain..

Kes kena tipu ni bukan kes curi tau.

Kerana kita rela serahkan wang itu; dan rupa-rupanya orang tu penipu..

Kecuali kalau kita ada banyak duit, upah penyiasat persendirian buat siasatan dan upah peguam untuk dakwa si penipu tu..
Kos dia pun jauh lebih mahal dari wang kita yang ditipu tu.

Ada yang cadangkan buat laporan polis menyatakan silap masuk duit dalam akaun orang lain.
Kemudian laporkan kepada pihak bank dengan tunjukkan laporan tu.
Pihak bank cuma boleh suruh si dia pulangkan wang tu.
Kalau si dia taknak, tak boleh buat apa-apa.

Nampak tak?

Sekarang, penipu-penipu online ni dah tau yang dorang kebal undang-undang.
Dorang tak risau sikit pun.

Kalau undang-undang pun tak dapat membantu, apa yang perlu kita buat?


Beli di Marketplace yang Betul.

Carousell dan Mudah.my adalah marketplace yang berbentuk classified ads
Dia macam bulletin board, kemudian siapa-siapa pun boleh tampal "for sale","jawatan kosong", "help wanted" dan sebagainya. 
Jika kita berminat, kita perlu contact orang tersebut dan berurusan tanpa perlu bulletin board tu masuk campur.

Urusniaga melalui Classified Ads ni lebih baik dibuat secara face to face.
Kalau taknak face to face, terpaksa atas rasa percaya dan risiko sendiri.
Sebab itulah mereka kategorikan mengikut jenis dan negeri.
Malah Carousell siap buat ikut jarak penjual/pembeli dari tempat kita.

Classified Ads ni sesuai sebagai papan iklan untuk perniagaan tempatan / sekitar bandar dimana pembeli boleh walk-in ke kedai kita beli barang, atau Cash on Delivery (COD)


Sebaliknya marketplace seperti Lelong, Lazada dan Shopee adalah marketplace yang berbentuk ecommerce dropshipping.
Ya, mereka adala ejen dropship dari ribuan peniaga. Dorang tak pegang barang.
Dorang ni macam supermarket.
Dalam supermarket macam-macam barang ada, masukkan barang yang korang nak ke dalam troli kemudian bayar kesemuanya sekali kat satu kaunter; ayam, baju, alat tulis, kipas.
Kemudian supermarket akan bayar pula kepada peniaga ayam, peniaga baju, peniaga alat tulis, dan peniaga kipas.

Dalam konsep online, korang transfer bayaran ke akaun marketplace (iaitu Shopee dan Lazada) bukan akaun peniaga.
Selepas barang sampai (dorang trace melalui tracking no) baru la urusniaga selesai dan peniaga dapat bayaran tu.

Sekarang korang nampak tak beza antara dua jenis marketplace ni..?

Oleh itu, sebaik-baiknya kalau nak beli melalui Classified Ads, sila COD.

Kalau taknak COD, suka bayar dan barang sampai ke rumah (macam Kaklong), sila guna ecommerce marketplace.

Adakah ini bermaksud kita tak boleh beli dari peniaga yang jual barang kat FB?
Yang jual barang kat IG? Yang jual barang melalui website sendiri?

Boleh!
Atas risiko sendiri.

Sebelum bayar, bagitau diri sendiri, "Kebarangkaliannya 50% barang akan sampai; 50% aku kene tipu. Kalau aku kena tipu, takde siapa pun boleh tolong. Faham tak? Takde siapa!"

Kaklong berniaga online dah 7 tahun.
Kaklong berniaga kat FB, kat IG, kat website sendiri, kat Classified Ads, kat Ecommerce Marketplace.
Penipu-penipu ni sangat mengganggu.

Bayangkanlah orang nak beli butang RM10 dari Kaklong pastu dia minta IC?
Stressnya..?
Korang ingat tak bahaya ke bagi IC kat anonymous?

Bagi pihak dia pula, dia takot barang tak sampai, jadi dia boleh war warkan yang ornag ni penipu supaya orang lain tak terkena.
Apa dia buat tu betul.

Sekarang ni apa yang Kaklong buat, siapa-siapa yang minta ic, Kaklong akan redirect dia ke ecommerce marketplace instead of my own website.
Maklumkan kepada dia bahawa "selepas sis dapat barang baru la saya akan dapat duit. Dorang akan trace kat tracking no."

Senang sikit daripada try to convince yang kita ni bukan penipu..

Cuba korang bayangkan Kaklong tengah replying whatsapp dengan 10 customer serentak kemudian muncul soalan "macam mana saya nak tau yang awak ni bukan penipu?"

Satu keje pula aku kene buat karangan panjang2 bagi explaination.
Lepas tu dia akan tanya lagi.
Last2 tak jadi beli sebab mak tak kasi.

Ai, penatnya..
Bukan geram kerana dia tak jadi beli.
Geram kerana dia buang masa kita menjawab macam-macam soalan..

Oleh itu, janganlah kita bagi peluang kepada penipu-penipu ni untuk memperdaya kita. TAkde orang boleh tolong!

Control diri sendiri dan buat tindakan yang bijak.
Minimumkan risiko seminimum yang boleh.
Nampak tawaran yang too good to be true, abaikan.
RAsa pelik je orang ni..? Abaikan.. BAnyak lagi kedai lain..
Nak beli barang mahal? Walk-in ke kedai atau COD.
Tak suka pi kedai (macam Kaklong) guna ecommerce marketplace..

Pengguna Bijak, Faedahnya Banyak.

2 ulasan:

Komen la sikit ^^