(bukan) Review Filem Kisah Tale of Tales

Salam..

Pelik pulak tengok cerita ni..
Pelik takpe asalkan best.

Tale of the Tales

Memandangkan cerita ni released 2 tahun lepas, maka Kaklong nak tulis je la keseluruhan cerita dia termasuk spoiler dia..
Kalau korang nak tengok citer ni, jangan baca la ya.. Takot tak syok pula nanti..
Yang kaler  pink ialah spoiler

Sinopsis:

Filem ni adalah gabungan tiga kisah dongeng Itali..

Kisah pertama mengenai, permaisuri yang takde anak tapi nak sangat anak sampai dia mudah tersinggung pasal anak ni. Selepas puas berikhtiar, tiba-tiba muncul sorang pakcik ni bagitau kalo nak anak, dorang kene dapatkan jantung rasaksa air, dimasak oleh seorang anak dara secara seorang diri. Cuma dia ingatkan semua yang hidup akan ada kematian supaya keseimbangan alam tu kekal.

Demi cinta, raja pun pi cari raksasa tu lalu terkorban. Permaisuri tu cam rilek je tengok suami dia mati. cepat-cepat dia amik jantung rasaksa tu lalu suruh sorang servant dara ni masak jantung tu sorang-sorang. Masa tengah masak, servant tu jenguk dalam periuk dan terhidu wap masakan; tak pasal-pasal dia terus buncit (aka mengandung)

Queen amik jantung Rasaksa

Selepas makan, permaisuri tu pun mengandung, tapi esok tu merek berdua terus lahirkan baby masing-masing. Baby tu pulak muka sama macam kembar, rambut putih macam raksasa laut tu tadi.

Anak raja dan anak servant tu membesar dan berkawan baik macam kembar dah. Dorang punya rapat sampai anak raja tu tak peduli sangat pun pasal mak dia (permaisuri). Permaisuri tak suka dan dapat rasa anak dia tu dingin je dengan dia lalu suruh jangan kawan dengan anak servant tu..

Satu hari permaisuri panggil anak dia pilihkan subang lalu dia terbau anak dia lain macam. Rupa2nya anak si servant tu masuk istana (dengan kebenaran anak raja). Anak raja sikit punya excited bila tau mak dia (permaisuri) tak perasan perbezaan mereka berdua. Anak raja tu pun suggest lepas dia jadi raja nanti, dorang akan bergilir2 jadi raja. Harini aku jadi raja, esok kau pula jadi raja. Sampai ke sudah. Banyak cantik muka dia..

Rupa-rupanya permaisuri diam-diam duk dengar perbualan tu kat luar. Ketika anak raja tu nak balik, permaisuri ikut lalu cuba bunuh budak tu namun tak berjaya.


Anak Queen

Keesokan harinya, anak servant tu nak keluar dari negeri. Rasanya sebab dia tau permaisuri nak bunuh dia. Anak raja ternampak dia tengah naik kuda tu pelik la dan tak puas hati tetibe kawan baik dia nak pi. Last2 anak servant tu buat mata air dan cakap, "kalo air ni jernih, maksudnya aku hidup aman; kalo keruh maksudnya aku dalam bahaya. Kalo air ni kering bermakna aku dah mati" Akhirnya anak raja tu mengalah dan biarkan kawan dia pergi.

Pada suatu hari mata air tu jadi keruh lalu cepat-cepat anak raja tu keluar cari kawan dia. Sampai la ke satu kampung dan orang kat situ peluk-peluk dia sambil bersyukur. Dorang cakap dah 5 hari dia hilang dalam hutan. Anak raja pun bergegas ke hutan nak cari kawan dia.

Permaisuri pula duk cari anak dia yang lesap begitu saja. Cari punya cari tak jumpa, akhirnya pakcik yang suggest makan jantung tadi tu muncul dan nak tolong dia. Permaisuri pun sanggup apa saja.

Rupa-rupanya, anak servant tu terjatuh dalam lubang/gaung dan kakinya patah. Tiba-tiba seekor kelawar gergasi datang dan nak bunuh dia. Dia cuba lari (mengesot) sambil minta tolong. Anak raja terdengar lalu datang selamatkan dia. Sempat kelawar tu tikam anak servant tu sekali, cepat-cepat anak raja tu halang. Kelawar tu macam tak jadi nak tikam anak raja, lalu anak raja pun berjaya bunuh kelawar tu dan selamatkan kawan baiknya..

Yang tak best (bagi Kaklong la kan) rupa-rupanya kelawar tu ialah permaisuri tu..
Adoi, sabar je la..
Kaklong tak suka cerita macam ni.. 
Kisah anak bunuh mak ni, walaupun tak tau tu mak dia tapi hati Kaklong tetap takleh terima :(

Okay la..
KIsah kedua ni best sikit dari kisah tadi.

Kisah kedua pula mengenai seorang raja yang gila perempuan.
Semua perempuan muda dia menggatal aka ajak tidur sama..
Raja kan.. Siapa nak tolak.

Pada suatu hari Raja terdengar suara yang merdu kat luar. Cari punya cari tengok sorang gadis duk sangkut-sangkut something kat luar rumah. Raja pun terus ngorat. Gadis tu rasa segan terus masuk rumah.

Rupa-rupanya itu bukan gadis, tapi dua wanita tua (adik beradik) Dora dan Imma yang miskin dan kotor duduk dalam rumah tu. Dorang tak pernah keluar rumah atau jumpa orang luar. Rasanya dorang menyara hidup dengan buat rambut palsu kot.. Walaupun tua, tapi suara dorang muda..

Dua beradik

Raja pun gelepor sangat nak ngorat perempuan yang disangkakan gadis muda 17 tahun tu, lalu menghantar barang kemas. Mereka excited gila. Imma fikir better jangan amik tapi Dora ni tamak sikit, dia nak juga simpan. Tiba-tiba raja muncul depan rumah.

Raja gatal tu pun mengayat dan nak tengok muka.. Dora, si nenek gatal ni pun sama naik mengayat raja tu dari dalam rumah. Dora minta tempoh seminggu, lepas seminggu nanti Dora bagi raja tengok jari dia. Raja pun setuju dan tak tau pun ada 2 orang nenek tua rupanya dalam rumah tu..

Imma dah gelisah dah, tapi Dora rilex je..
Dora celup-celup jari dalam air panas dan balut-balut dalam seminggu dengan harapan akan jari boleh jadi muda (bodoh betul). Yang Imma pula dia ada tabiat hisap jari telunjuk..

Pada hari yang dinanti-nantikan, Dora buka balutan dan tengok jari dia buruk giler..
Dia dah mula takut, dan time tu jugak la raja tu datang..
Tiba-tiba dia ternampak jari Imma yang yang selalu dihisap tu nampak muda remaja (jari tu satu je la.. Yang lain kedut dah), cepat-cepat dia jolokkan jari tu kat lubang pintu..

Raja pun bertambah gatal tengok jari tersebut. Raja nak juga tengok si empunya diri..
Si Dora ni tak makan saman, dia pun menggedik-gedik ngan raja tu dan last sekali cakap malam karang dia akan datang ke bilik tuanku dengan syarat takde sebatang lilin pun sebab dia malu kalau tuanku nampak dia tanpa seurat benang..

Ya Allah..
Nenek menopause camni pun bole gatal camni ke..
Sabo je la banyak2

Malam tu Dora pun berkelubung dan pergi masuk ke istana dan terus ke bilik raja..
Raja pun ikot kehendak dia, bergelap la dorang berseronok berdua-duaan menggatal birah..

Pagi tu raja bangun dengan curious lalu pasang lilin nak tengok kejelitaan gadis yang dia berseronok sangat malam tadi..
Terkejut beruk raja tu tengok nenek bogel atas katil dia lalu cepat-cepat panggil pengawal...
Dalam kegelian dia suruh guard tu campak nenek tu dari tingkap bilik..
Confirm raja trauma dengan peristiwa tu.

Naseb baek Dora tu tersangkut kat pokok, lalu muncul sorang wanita tolong turunkan dia.
Ntah kenapa wanita tu pergi susukan nenek tu..?
Rasa cam takleh hadam je scene ni..

Mungkin juga sebab Dora dicampak sekali dengan selimut - bila terangkut tu nampak macam duduk atas buaian - dan kebetulan wanita yang tolong nenek tu memang gila kot..
Ni teori Kaklong je ni..
Teori Cik Abang lagi best--> "wanita tu ahli sihir"

Lepas disusukan, nenek tu berubah jadi muda. Dah la muda, lawa gila pulak tu..
Kebetulan raja yang trauma tadi pergi memburu dan terserempak dengan Dora yang muda.
Apa lagi, jatuh cinta la.. Nama pun gatal..


Dah jadi muda

Tak lama kemudian, Imma yang duduk sorang-sorang kat rumah terima pakaian dan barang kemas dari bakal permaisuri serta jemputan ke majlis perkahwinan mereka.
Imma pun pergi la, tapi macam kera sumbang je kat situ.
Bakal permaisuri aka Dora yang muda pun tegur dia dan cerita la yang dia dah jadi muda tanpa sebab..
Dan minta dia rahsiakan perkara ni..

Imma pun happy dapat jumpa balik kakak dia yang hilang tu dan dia taknak balik.
Dia nak duduk kat istana tu dengan kakaknya..
Dora suruh balik dan marah kenapa bagitau orang pasal dorang adik beradik..
Sebab tak logik la adik beradik tapi nampak macam nenek dan cucu..

Imma desak Dora bagitau camana bole muda sebab dia pun nak muda juga..
Bosan dengan desakan tu Dora terlepas cakap yang dia lapah kulit dia..
Tiba-tiba raja nak masuk bilik dan Dora pun sembunyikan Imma..

Malangnya raja ternampak Imma lalu kembali trauma teringatkan peristiwa tidur dengan nenek tua haritu..
Imma dihalau dari istana lalu dia pun cari orang untuk tolong lapah kulit dia sebab nak muda..
Mana ada orang nak buat macam tu.
Akhirnya ada sorang yang sudi, itupun setelah Imma bagi semua barang kemas sebagai upah tolong lapah kulit dia.. 
Imma dibawa ke hutan dan kulitnya pun dipotong oleh orang tu..

Eeee.. geli aku..

Tapi Kaklong suka cerita ni..
Storyline dia best..
Lakonan dia pun best..

Kisah ketiga pula..
Penat pula menaip ni..

Kisah ketiga tentang seorang raja yang ada seorang puteri.
Pada suatu hari si puteri ni nyanyikan lagu ciptaannya untuk ayahanda tercinta.
Tapi time tuada kutu duk hinggap-hinggap kat tangan dan si raja main tangkap-tangkap kutu tersebut; lalu tak amik port pasal nyanyian puterinya..

Tak pasal-pasal raja tu obses dengan kutu tersebut..
Ai, citer macam ni pun ada ke..
Dan dia pelihara kutu tu sampai kutu tu jadi besar giler..
Kutu tu besar macam apa ek.. Macam panda kot..
Tapi raja senyap-senyap je pasal ni, tak bagitau orang..

Raja dan Kutu. Haha

Puteri pun selalu bercerita tentang dia nak pergi mengembara la, nak pergi tengok dunia semua tu raja buat acuh tak acuh je.
Raja cakap, takpe dah kawin nanti bole la keluar dari sini.
Puteri pun minta raja carikannya suami, raja asyik cakap serah pada takdir..

Pada suatu hari, kutu bapak besar tu pun mati lalu raja jadi sedih.
Tak pasal-pasal raja dapat satu idea..

Raja buat satu pertandingan, siapa dapat teka kulit apa ni, dia akan dapat kawen dengan tuan puteri.
Kulit kutu bapak besar tu dia pamerkan..
Ramai orang cerdik pandai, hensem giler datang meneka..
Takde orang bole jawab..
Logik la kan, sape nak jawab kutu.. Mana ada kutu besar macam tu..

Tiba-tiba muncul seorang orga nak jawab..
Raja terkejut juga, tapi bagi je dia join pertandingan ni..
Kalau orang cerdik pandai pun tak dapat jawab, apa lagi orga macam ni..

Malangnya, orga tu dapat jawab dengan betul..
Warggghhhh!

Demi menepati janji dia kahwinkan dengan tuan puteri.
Orga pun bawak tuan puteri ke rumah dia..
Rumah dia jauh ke dalam hutan..
Pastu kene daki gunung berbatu..
Dalam gunung tu ada gua, gua tu la rumah orga tu..

Orga tu nampak baik je dan sayang sangat kat tuan puteri..
Tapi sanggup ke tuan puteri duduk dalam gua dengan orga pulak tu..
Kerusi pun takde, katil pun takde, bilik mandi pun takde..
Hari-hari pakai baju yang sama pastu comot-comot..


Seram

Pada suatu hari ketika orga tu pergi memburu, tuan puteri ternampak sorang wanita kat seberang batu sana.. Dia minta tolong selamatkan dia.. Wanita tu cakap esok dia tolong lalu pergi.. Tuan puteri kecewa sangat...

Esok tu wanita tu betul-betul datang satu famili. Dorang ni macam gipsi atau sarkas.
Anak muda dia meniti atas tali untuk ke seberang.. 
Tapi time tu orga tu ada kat rumah (rumah ke..?)

Senyap-senyap anak sarkas tu dukung tuan puteri dan meniti  ke seberang sana. 
Namun orga tu perasan lalu kejar dorang... 

Lari punya lari namun orga tu dapat juga bunuh satu famili tu.
Tuan puteri tau dia dah tak dapat lari lalu di aikot je la kehendak orga tu..
Namun begitu, time orga nak dukung dia, puteri tu kelar leher orga tu lalu mati di tempat kejadian..

Tuan puteri bawa balik kepala orga lalu dipersembahkan kepada ayahandanya..
Raja yang tengah sakit tu sikit punya happy tengok anak dia balik dan berguling-guling minta maaf..

Habisssss....

Cerita ni pun Kaklong suka..
Tapi Kaklong suka je orga tu sebab dia baik..
Haha..

Haaaa..
Penat giler tulis..
Tak larat dah nak tuis review..

Review pendek je la,, Bole..

Keseluruhannya Kaklong suka..Cinematografi dia cantik.
Lakonan pun bagus..
Pakaian pun cantik kene dengan zaman..

Lakonan paling bagus ialah tuan puteri, orga, Dora (tua) dan Imma.

Cerita pertama tu bagi Kaklong biasa-biasa je lakonan dia.. Tak terkesan sangat pun...

Kaklong bagi 4/5 bintang.. Pasal cerita pertama tu kureng best..
Kalo tak, pasti dapat fullmark.

Wassalam..

p/s: Nampak sangat penat kan... *phew*

2 ulasan:

Komen la sikit ^^