Saya seorang Minimalist?

Salam...
minimalist lifestyle
Minimalist Lifestyle
Selepas jumpa perkataan minimalist ni, Kaklong teringin pula nak jadi minimalist.

Minimalist ialah menghasilkan sesuai dengan cara yang paling minimum.

Dalam konsep gaya hidup minimalist, ia bermaksud hidup seringkas yang boleh dengan barang keperluan yang paling minima.

Macam seronok je kan.

Kaklong pun godek-godek Google dan Youtube untuk dapatkan maklumat cara untuk hidup sebagai minimalist.

Maklumat demi maklumat, akhirnya Kaklong terpana kejap.

Oit, Kaklong memang minimalist dah rupanya.

Yang paling dasyat, Kaklong lebih minimalist berbanding apa yang ditulis dalam artikel dan youtube ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.

Perkara ini mengingatkan Kaklong kepada satu komen yang Kaklong tulis dalam IIUM tahun lepas.

Saya ni minimalist rupanya
Komen Kaklong kat facebook tahun lepas

Ia juga mengingatkan Kaklong kepada satu ceramah ustazah kat TV. Kaklong dah tak ingat dia bincang pasal apa, tapi yang Kaklong ingat dia cakap tentang gaya hidup Nabi Muhammad S.A.W dan sebut, "Nabi miskin ya!". Ayat penegasan disitu yang bermaksud "untuk pengetahuan anda semua, baginda adalah seorang yang miskin."

Kaklong pula yang sentap dengar dia cakap macam tu.

Tak berapa lama kemudian ayah Kaklong suara, "Nabi Muhammad S.A.W miskin ke? Nabi tak miskin. Nabi memang pilih hidup begitu."

Yes! Akhirnya bukan Kaklong sorang je rasa macam tu. Ayah pun sentap gak rupanya...

Selepas Kaklong baca dan dengar mengenai minimalist baru la Kaklong faham bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang minimalist. Baginda hidup dengan kadar secukupnya. Pada pendapat Kaklong inilah cara hidup yang terbaik.

Namun begitu zaman sekarang kita susah dah nak hidup sebagai minimalist. Nanti kena umpat, kena fitnah.

Contohnya satu statement yang pernah viral pasal orang yang bawak baby naik motosikal.
"Kalau takde kereta, jangan kahwin la monyet."

Dan statement pasal "kita nak boifren bawa Honda, apa barang la kete Malaysia."

Dan pernah la dalam radio sorang pakwe ni kene dump dengan makwe dia sebab dia keje jual burger je. Pastu bila pakwe ni cakap, "saya dah plan dah, nanto saya nak beli lori..." Belom habis cakap dah kene gelak. Apa barang la beli lori.
Tapi, kalau lelaki awal 20-an dah rancang nak beli lori tu, dia memang bukan calang2 orang. Kemungkinan dia dah kaya gila dah sekarang.

Kaklong pun pernah gak kene, masa zama matrik dulu Kaklong cuma ada 3 pasang baju kurung. Hari2 la basuh. Dah la tu pulak, tiga2 warna biru corak bunga putih. Pastu ada orang tegur, "awak tak malu ke pakai baju yang sama hari."
Wooo.. dah kene sound gitu malu akuuuu...

Ada lagi la peristiwa lain yang Kaklong malas nak recall. Kalau dah recall 1, yang lain-lain pun ter-recall tanpa sengaja.

Korang pun minimalist juga ke camana..?

10 ulasan:

  1. he he he setiap orang citarasanya xsama kan...

    BalasPadam
  2. ermm k lily pun rasanye seorang minimalist gak, alah biar simple2 jelah jangan menyusahkan diri sendiri ek

    BalasPadam
  3. Ayuni seorang yang maximalist dari segi fesyen dan susunan kerja. Tapi dari segi perbelanjaan minimalist, hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah, fashionista. Kaklong nak try gak jadi fashionista, tapi memang tak pandai :DD

      Padam

Komen la sikit ^^