Yang banyak buat kerja cik abang sorang aje. Kaklong banyak mengarah je sambil dukung dak pared. Dak pared dah nak masuk 9 bulan. Dia ligat nak pegang apa yang orang pegang. Ligat nak buat kerja juga. Oleh itu kaklong kene jaga dia la masa cik abnag buat kerja. Time kaklong buat kerja cik abang yang jaga.
Time cik abang takde (gi keje), kaklong cuba gak kemas² tapi dak pared meraung, tak bagi kita tinggalkan dia. Ewah ewah, banyak cantek! Mama tak dapat buat keje apa la macam ni. Nak gi berak pun dia meraung, bayangkan la...
Time dia tido kaklong try mengemas, mungkin sebab dengar bunyi², dia pun terjaga lalu meraung sepenuh hati. Marah betul dia bangun² takde mama kat sebelah. Rumah ni kecik je, memang dengar apa² bunyi dari bilik ni walhal orang tengah basuh pinggan sekalipun.
Dah masuk hari kelima ni semangat nak mengemas tu dah makin merundum. Mungkin sebab lama sangat kot. Lagipun kaklong kene tunggu cik abang balik baru bole buat. Penat gak menunggu tu.
Kenapa tiba² mengemas ni?
Sejak ada anak ni kaklong fikir pasal keselamatan dak pared bila dia dah start berjalan dan memanjat nanti. Kami duduk tingkat 14, ada balkoni dan takde grill. Kaklong selalu duk fikir perkara bukan². Kadang tu tengah menyusukan dak pared kaklong tertido. Sekarang pared dan pandai dah mengesot keluar sendiri lepas bangun tido. Kaklong risau kalo terleka ke apa ke, malas nak cakap apa akan jadi, takut jadi betul pulak.
Time tu juga tuan rumah bagitau dia nak jual rumah. Oleh itu rasanya dah sampai masa pindah ke rumah lain yang ada grill, tak pun landed house.
Kami dah ushar² rumah tapi cik abang macam nak tak nak pindah. Memang la pindah tu leceh, tapi kaklong tak rasa tuan rumah akan pasangkan grill untuk kita memandangkan dia pun nak jual dah rumah ni.
Lepas decide nak pindah ni, kaklong rasa sayang pulak kat rumah ni. Hahaha. Sebab kan rumah ni cukup kecik untuk kami. Tak banyak kene kemas, ruang tamu dapur n bilik tak jauh takde la penat jalan, rasa sesuai la dengan jiwa.
Tapi memikirkan dak pared dan malang tak berbau, maka kita kene pindah juga sebelom pared start berjalan.
Oleh itu, sebelom pi nak kaklong nak susun atur rumah ni cantik² sebagai kenangan sebelom keluar nanti. Memang dah rasa attached pun dengan rumah ni.
Lagipun lepas jadi mak ni kan, jiwa dah lain la. Rasa macam sangat protective dan rasa responsible nak beri yang terbaik untuk anak.
Itu la yang start mengemas tu. Kalo tak, rumah sebelom ni macam rumah orang bujang je. Hahahha..
Panjang je mama ni bebel.
Ni kaklong belanja gambo rumah yang dah disusun setakat ni.
Ruang tamu ni tak banyak beza pun. Cuma alihkan kedudukan treadmill tu ke hujung dan pindahkan ampaian baju ke dalam bilik.
Nampak lapang sikit macam ni.
Bilik kraf ni kami dah sumbatkan semua barang kraf dalam ni. Memang nampak penuh sangat. Tapi takpe, sekarang sorang je yang buat keje dalam bilik ni. Sebelom ni bilik ni jadi tempat dating kami berdua dengan laptop masing. Sekarang dah lain..
Sebelom ni barang kraf ada kat dalam 3 bilik.
Haaaa... Tu yang macam kecik je rumah ni. Bila sedara mara datang nak tumpang tido, takde tempat nak tido. Sobs sobs sobs..
Bilik belakang ni kami jadikan tempat simpan barang dan ruang kosong untuk tetamu datang tido. Abaikan yang sepah tu, belom siap kemas lagi ni.
Ni bilik paling kecik aka stor. Kami jadikan bilik sidai baju. Sebelom ni sidai kat ruang tamu. Kat balkoni takleh sidai, against the apartment rule. Tak tau la ok ke tak idea bilik sidai baju ni kat bilik ni. Takot lembab dan berkulapuk je. Takpon baju bau hapak. Kita akan buka tingkap dan pasang kipas time sidai baju. Tengok la hasilnya camana nanti.
Lepas ni nak kemas ruang entrance/ ruang makan dan dapur. Dapur memang snagat mencabar. Dapur tu dah ler kecik, barang banyak, takde kabinet pulak tu. Dapur kaklong kene kemas time cik abang cuti supaya dia bole jaga pared dengan sepenuhnya time kaklong mengemas.