Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Hai..

Dah tau 5 tips murah rezeki..?

Rezeki memang sentiasa masuk walau kita tak solat ke, tak ibadat ke, tak keje ke , buat maksiat ke, buat jahat ke, buruk perangai ke, bunuh orang ke, buat keje haram ke, rezeki kita akan sentiasa masuk..
Sikit atau banyak, berkat atau tak berat, halal atau haram, rezeki akan sentiasa masuk..

Yang Kaklong share sebelom ni ialah cara nak bagi rezeki masuk banyak dan tak putus-putus.
Shortlisted dari pengalaman sendiri..
Ada 1001 cara lagi nak murah rezeki.
Tak tulis kat blog ni kerana Kaklong tak mengamalkannya..
So tak confident nak tulis..

Dah tau cara urus kewangan..?

Ini pun perkongsian yang dari pengalaman Kaklong sendiri tau..
Disebabkan ia berkesan la Kaklong kongsikan kat sini...
Dan sama juga, ada lagi cara lain yang Kaklong tak kongsikan kerana tak mengamalkannya..

Harini nak share benda yang ramai orang minta..
Iaitu cara buat akaun yang mudah untuk bisnes kecil..

Kenapa orang berniaga perlu buat akaun?

Punca utamanya kerana nampak duit banyak masuk, tapi macam takde duit je..
Huhuhuhu....
Kaklong pun pernah mengalaminya juga..

Lepas start buat akaun, baru la nampak duit masuk = duit keluar
Mana nak ada duit kalo gitu gayanya.. T___T

Don't worry, harini kita start buat akaun ya...

Ini ialah akaun yang mula-mula sekali Kaklong buat masa start niaga 6 tahun yang lepas..

  • SALES : JUALAN : jumlah jualan yang kita dapat pada hari tersebut
  • PURCHASES : PEMBELIAN : barang yang kita beli untuk jual. 
  • EXPENSES : PERBELANJAAN : bayaran / belian yang kita buat bukan untuk jual (sewa, gaji, topup, utility, kalkulator, pensel, laptop dll)
Tak lama lepas tu bisnes kita akaun mula rancak dan kita mula rasa macam akaun ni terlalu simple untuk nampak perjalanan wang tu dengan jelas..

Bila rasa macam ni, korang bole expand akaun tu jadi macam ni:
Kat sini bole nampak jualan masuk kat mana, beli barang kat kedai mana, berapa ringgit digunakan untuk marketing, utility (bil air api dll), gaji dan upah..

Sumbangan tu Kaklong buat khas untuk korang masukkan berapa banyak zakat dan sedekah pada bulan tu.. Mungkin dengan cara ni kita dapat ingatkan kita untuk sentiasa bersedekah.. Kan..

Bole tambah lagi mana2 yang sesuai dengan bisnes korang..

Okay, beberapa tahun kemudian korang mula ada dua atau beberapa cabang bisnes..
Contohnya bisnes pertama tadi jual kosmetik..
Pastu ada bisnes kedua pula iaitu produk kesihatan..

Bole sekalikan akaun tu.
Cuma expand sikit macam ni..

KAklong suka guna yang ni supaya nampak keseluruhan dalam satu jadual..
Senang tengok,,

Ataupun korang masih buat bisnes yang sama, cuma tambah satu lagi cawangan..
Kalo taknak sekalikan boleh buat macam ni:
Cara ni maknanya separate akaun tau...
Duit modal / collection kat bisnes A dan bisnes B tak bercampur..
Sebaikkan separatekan akaun bank juga supaya takde masalah nak rolling nanti..

Kaklong buat akaun ni kat Google Sheet 
Senang nanti bole update guna lappy ke, phone ke, tab ke..
Dan jangan lupa sentiasa saved juga kat laptop, in case takde internet ke apa, takde susah hati sangat..
Dan setiap 1hb, print out dan simpan dalam fail. Senang nak rujuk time update LHDN.

Amacam?
Senang kan..

Kalo senang, jom kita start buat akaun harini..

Sekali lagi diingatkan, akaun ni untuk bisnes kecil je tau..
Bisnes besar bole hire accountant.
Dorang lagi terer uruskan kerja ni...

Semoga bermanfaat.

Bye

15 ulasan:

  1. SINGGAH
    https://belogs.blogspot.my/2016/09/segmen-maxiscelcomdigifree-jmbelog.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, nanti Kaklong buat entry. Minta2 menang. Hahaha.. :D

      Padam
  2. boleh jadi rujukan, thanks kaklong

    BalasPadam
  3. Peniaga kecil ke, peniaga besar ke, akaun kena jaga. hihi

    BalasPadam
  4. Saya ada juga plan akaun niaga utk bisnes kecil saya tapi nampaknya kak long punya ni lagi kemas. Nanti nak upgrade sya punya tu..hihi. Thanks kak long!

    BalasPadam
  5. kaklong...boleh share tak formula nak buat simple akaun yang ada business A dan business b tuh..saya baru nak belajar buat...

    BalasPadam
  6. salam kak long..bleh share x apa formula buat simple akaun untuk yang ada business A dan B tuh..semua kena tambah atau ada yang kena tolak ( - )..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh, untuk kira untung rugi:

      Sales-(purchases+expenses) = untung/rugi

      Padam

Komen la sikit ^^