Baby Romper Air Asia

Masa balik kampung haritu, first time bawa Farid naik flight. Pastu nampak promosi merchandise Air Asia. 

Dalam banyak² barang tu kaklong dan Cik Abang minat kat baby romper. Konon² masa balik nanti la baru beli. Sekali masa balik promoao tu dah habis.

Disebabkan dah tergoda kitorang beli jugak la. Harganya rm45 sehelai. Ada 3 jenis. Kitorang amik romper pilot. 

Comel tak?

Comel kan..
Kat sebelah kanan dada tu dia tulis "future pilot". Aaminnnn...

Kene ngan saiz Farid. Bole la pakai dalam beberapa bulan.

Tapi...

First time pakak masa kenduri kat Bangi haritu. Balik dari kenduri tengok butang dah rosak. 

Sedihnya...

Selain tu selepas basuh dua kali romper tu dah nampak lusuh. Print sia sah pudar dan kain pun rasa nipis je.

Kuali rendah la tu..

Maybe Air Asia terlepas pandang kot kualiti kain dan printing dia. Harga tu bole tahan juga rm45 sehelai. Tapi kualiti tak setanding harga.

Diharap Air Asia dapat tingkatkan kualiti merchandise dia.

Cik Abang cakap tak payah pakai, kita framekan je. Memang design romper tu lawa pun.. Segak baby memakainya.

Tinted Kereta

10 tahun dah kaklong bawa kereta Viva ni. Dah habis bayar dah pun. Sekarang baru nak tinted.
Fikir nak tinted kereta ni sejak duk Perai 6 tahun lepas. Tapi tak biasa area sini jadi tak tahu nak pi kedai mana. Disebabkan jarnag sangat bawa kereta maka tertangguh la niat tu.

Bila dah ada baby ni baru la rasa bersungguh aikit nak tinted sebab kesian kat baby panas. Baby ni bukan bole cakap dia panas ke, sejuk ke. Kita kene faham sendiri. 

Masa balik kampung haritu pun kesiana tengok Dak Pared berpeluh kat belakang walaupun tido nyenyak.

Maka Kaklong ushar la kedai tinted kereta kat area sini melalui internet.
Memandangkan kaklong tengah join kempen "Buy Malay Product First" maka tabah betul godek kedai tinted Melayu. Kalo takde baru la amik mana² yang ada.

Akhirnya jumpa satu kedai tinted namanya Stripe Sticker Penang kat Juru.
Dekat je.
Pagi esok kitorang pun pi.

Rupa²nya kedai tu baru buka 2 bulan.
Ownernya pun ramah sangat.
Rajin dia explain pasal tinted ni.
Tapi dia explain kat Cik Abang la. Kaklong dengar gitu² je dari jauh.

Kaklong ingatkan lagi gelap tinted lagi kurang panas. Rupanya bukan macam tu. Kepanasan dia bergnatung pada peratusan IRR tinted tu. Lagi tinggi IRR lagi kurang panas. 

So kitorang amik IRR yang tinggi jugak la, bukan yg paling tinggi. Yang paling tinggi tu warna dia hitam dan gelap juga. Kaklong amik yang kebiruan sikit. Taknak gelap sangat tingkap tu.

Sekarang dia buat offer, 4 pintu rm55 je. Kaklong buat fullcar je la alang² dah buat ni. Kene rm280 je. Sebab offer. Dua layer pulak tu.

Dia cakap nanti bila tinted nak pudar, pasang je tinted satu lapis lagi, takyah buka yang dah ada ni sebab yang ni IRR dia tinggi.

Katanya kedai dia atu kategori butik kereta tau. Baru Kaklong tahu kereta pun ada butik. Patut la macam² rupa kereta kat jalan raya tu. Dia ada buat juga sticker kereta. Macam nak tampal tulisan atau corak pada kereta.

Pastu dia bole balut seluruh kereta tu dengan sticker tau. Dia panggil full body wrap kalo tak silap. Maksudnya nak tukar warna kereta cuma tampal je sticker, takyah cat balik. Harga dia rm1400 tengah offer ni. Nampak gambar kereta yang dia wrap lawa² warnanya. 

Kaklong jadi excited pulak.
Mula la berangan nak wrap kereta dengan warna baby pink. Hahahaaa..
Malu nak tanya warna tu, takot kene gelak.

K la.
Sape belom tinted tu pergi la tinted ya.

Mimpi

Petang tadi Kaklong tertidur masa susukan Farid, paatu Kaklong mimpi.

Mimpi tu kaklong ada dua keping voucher bernilai rm100 setiap satu. Lalu kaklong bawa ibu pergi shopping.

Ibu beli handbag berharga rm99, kaklong pulak beli kasut tumit tinggi warna emaaa berharga rm69. Masa nak test kasut tu siap tertanggal pulka stokin kaklong. Hahaha.

Sebelum bayar tu pusing² kedai kejap lalu ternampak pulak backpack kecik warna hitam. Kaklong pun amik dan test zip. Smooth je zip dia.

Pastu ibu panggil dari kaunter. Cepat² kaklong datang bawa beg kecik tu dan tercari² voucher dalam poket.

Tengah nak bayar tu tetibe kaklomg terjaga dari tido.

Alahhhh.
Nape tak dan bayar?
Kalo dan mesti buka mata dah ada kasut tu kat sebelah.

Selalu macam ni.

Review Beanies Flavoured Coffee

Kopi dah nak habis.
Kali ni kaklong cari kopi jenis lain pulak. Tengah duk ushar jenama apa, tetibe ternampak kopi kat Magic Pocket. Tak fikir panjang, terus je beli.


Beberapa hari kemudian sampai.

Kaklong beli Beanies Flavour Coffee perisa Chocolate Orange dan Amaretto Almond. Siap dapat free gift lagi.

Yang menariknya kopi ni dah decaffein. Kaklong ni ada masalah sikit dengan kopi. Lepas minum kopi mesti tak bole tido. Mata ni cerah aje, walaupun dah ngantuk ke, dah penat ke, mesti takleh tido. Lepas kesan kafein hilang baru bole tido. Tapi masa pulak tak sesuai untuk tido.

Penyelesaian masalahnya senang je. Jangan la minum kopi, habis cerita. Rapi masalahnya kita suka kopi. Aiyooo, masalah masalah...

Apapun, lepas minum kopi ni kaklong bole tido cam biasa. Takde efek yang buat rasa hiper cam selalu berlaku tu.

Rasa dia pula, bagi kaklong yang chocolate orange tu kaklong kurang minat. Rasa oren dia kuat, rasa coklat sedikit tenggelam. Mungkin peminat oren dan benda² suka kot.

Amaretto Almond ni pulak ok la. Bole diterima. Rasa nutty almond tu kurang (kaklong suka kekacang). Kaklong prefer yang ni berbanding oren tu. 

Apapun kalo korang nak minum kopi tapi tak suka rasa kopi atau taknak rasa cam kopi bole la try Beanies flavour coffee ni. Bole dapatkannya kat Magic Pocket. 

Review Filem : Abril Despeçadaco

Citer ni based on novel. 


Kisahnya zaman dulu² ada 2 famili ni gaduh turun temurun. Famili A bunuh ahli famili B; pastu famili B pula bunuh ahli famili A; dan kedua² famili ni redha dengan perkelahian ni (ntah la kenapa). 

Kisah bermula bila anak sulung famili A ditembak famili B. Si ayah pun suruh anak kedua dia pi tembak pembunuh dari famili A ni. Anak kedua ni nak taknak je, tapi dia ni cam bodo² sikit so dia ikot je la apa bapak dia suruh. 

Lepas dah tembak tu, apalagi giliran dia la pula kene tembak pasni, siap famili B tu buat tanda pada dia supaya tak tersalah tembak. 

Dia ada sorang adik kecik yang bijak dan selalu tanya atau persoalkan macam² perkara kat si abang sampaikan abang yang bodo ni dah mula pandai fikir sikit² tentang hala tuju hidup dia.


Tengah² duk redha dengan dirinya yang akan mati ditembak pada bila² masa, tetibe dia jumpa sorang perempuan. Bila dah jumpa perempuan, itu maknanya dia mula la memikirkan masa depan. Bermula la konflik dalam diri dia, nak biarkan dirinya mati ditembak atas perkelahian yang tiada kesudahan ni ke camana?

Citer ni bergenre drama. Takde aksi apa² pun. Jalan cerita pun tenang dan muram tapi cantik. Satu²nya masa tak muram ialah masa perempuan muncul. Tu je la masa mereka senyum. Masa lain takde maknanya nak senyum. Benarlah, dunia ni memang tak indah tanpa cinta.

Lakonan mereka sangat berkesan, terutama si bapa dan kanak² tu. Makin lama tengok makin kita rasa sayang kat budak tu dan simpati pada si abang.

Dah beberapa bulan lepas dah kaklong tengok citer ni tapi plot dia asyik bermain² dalam fikiran kaklong. 

I really like it.

Review Filem Carandiru

Based on true story sebuah penjara kat Brazil yang penuh sesak dengan banduan seramai 7500 orang tapi doktor ada sorang je.


Doktor tu berpeluang mendengar kisah banduan² ni dan rata² mereka takde la bersalah sangat pun tapi mahkamah belom buat keputusan bersalah atau tidak. Maka tinggallah mereka dalam penjara ni dan buat undang² komuniti sendiri. 
Kalo nak bunuh orang pun kene minta izin ketua. Ketua izinkan baru bole bunuh, pastu masing² cover. Kalo didapati bersalah pun, memang dorang dah dalam penjara pun, nak kurung kat mana lagi? Sebab tu kene ada  peraturan dan ketua dalam penjara.
 
Kaklong suka gaya penyampaian cerita ni sebab ia sangat realistik. Kisah para banduan tu ada yang menyedihkan ada ada juga yang buat kita menyampah.

Apapun, ada sorang pondan tu cantik sangat. Kaklong dah jatuh hati pada dia. Walaupun pondan tapi body dia sado sangat, kalah lelaki straight lain. Kaklong asyik ulang² je scene dia. Haha. Jangan bagitau Cik Abang k.

Kisah ni berakhir dengan tragedi yang berpunca dari sehelai seluar dalam.

Citer ni ada kat Netflix kalo korang nak tengok.

Orang Tak Lawa Dan Berlakon

Sejak akhir² ni kelab movie duk post kecaman terhadap kenyataan A. Aida mengenai orang tak lawa tak payah datang uji bakat. 

Kaklong baca keratan akhbar tu pun rasa menyirap jugak la.

Menyirap sebab setiap kali tertengok drama tempatan (kat rumah orang, kat kedai makan dan kat klinik) mesti Kaklong rasa stress dan duk fikir kenapa la pelakon Malaysia teruk²? Kenapa orang Malaysia tak pandai berlakon ek?

Sekarang dah tau la jawapannya.

Bukan orang Malaysia tak pandai berlakon, tapi tak diberi peluang kerana muka tak lawa.

Alahai, lawa tu subjektif sangat kot. Kalau dah nama Melayu, takkan la muka cam Zac Efron kot. 

Nama pun uji bakat, tapi yang diuji hanya rupa. Rupa pass baru uji bakat pulak. 

Bayangkan kalau Raja Lawak dorang amik yang lawa² aje. Confirm pelawak Malaysia ni jadi sendu cam drama pagi², petang², malam² tu. Tapi lawak Malaysia ni kualitinya sangat tinggi kerana yang dinilai ialah bakat melawak, bukan rupa.

Sayang sangat bila orang berbakat tapintak diberi peluang. 

Patut la animasi Malaysia lebih baik berbanding drama. Si pembuat animasim dari A ke Z tu dinilai bakat dan kemahiran mereka, bukan rupa.

Kalau asyik nak tengok rupa, sampai bila² la kaklong tak bole tengok drama Malaysia.

Bukan apa, kaklong ada juga la tengok 1 2 episod beberapa drama bersiri yang popular tapi tak mampu nak teruskan. Sebabnya skrip cliche dan cetek, intonasi pelakon tak natural, jalan cerita predictable dan tak sedap ditengok. 

Ntah la. Bukan taknak support, tapi rasa buang masa pulak. Bila tengok drama orang putih, buang masa banyak² pun takpe kerana rasa berbaloi.

Apapun, orang tak lawa yang datang ujibakat tu, buka tak lawa tapi tak pandai melawa. Lepas mekap, buat rambut, workout bagi badan fit, pakai baju tailored, lawa la tu nanti.

Bakat mereka mahal kot.
Sayang pulak buang macam tu.

Lambat lagi ni industri filem dan drama kita nak jadi cam era P.Ramlee balik kalo cenggini la kualiti pembikin filem.

Fasa Baru

Wow.

Baru je abes update Blog Dak Farid.
Gila penat.

Kaklong tulis diari dia dalam satu app untuk baby kemudian bila ada masa kaklong share ke blog ni.
Penat tu bukan sebab apa, sebab kene edit tarikh secara manual.
Tu la penat sikit.

Harini Cik Abang jaga Dak Farid tu yang Kaklong dapat spent time kat blog.

Blog Kaklong dah berubah rupa (lagi)
Kaklong sebenarnya ada struggle dengan kehidupan baru Kaklong ni.

Sebelom ni Kaklong seorang Isteri
Online Merchant.
Blogger.

Kini tambah satu lagi jawatan baru iaitu seorang Ibu.

Alah, jadi ibu je kot.. Bukan susah sangat..

SUSAH!

Susah bukan sebab apa...
Sebab most of my time telah dirompak oleh si kecik tu.

Kaklong cuba buat jadual dan juggling dengan semua jawatan tersebut namun gagal dan akhirnya Kaklong habiskan masa dengan lepak ngn budak kecik ni sambil tengok TV dan tido tido ayam...

Bila fikir balik, Dak Farid masih seorang baby.
Senang nak handle.
Lepas ni Dak Farid akan mula makan dan kaklong kene mula masak dan ajar dia makan.
Ajar dia bercakap, ajar dia berjalan, ajar dia rutin harian.
Pendek kata Kaklong kene programkan seorang manusia.

Yes, I'm programming a human

Bukan senang tu.

Akhirnya Kaklong amik keputusan.

Letak jawatan sebagai influencer.
Sebenarnya Kaklong hold dulu keje blogging ni masa mengandung kerana Kaklong sakit teruk dan ada macam-macam alahan.
Ingatkan bila ada baby nak aktif balik.
Tapi tak payah la...

So, url blog ni pun dah diubah kepada kaklongchan.blogspot.com
Tak perlu bayar domain name lagi.

Blog ni pun Kaklong ubah kepada diari kehidupan je.
Jadi akan banyak benda peribadi je kat sini.
Benda yang takde orang nak baca.

Online Merchant tu pun Kaklong ingat nak letak jawatan gak.
Tapi tahun ni Kaklong kene start bayar rumah.
Jadi nak taknak Kaklong kene cari duit.
At least untuk bayar rumah, internet dan shopping.
Hohoho...
Shopping wajib tuuu...

Kaklong ingatkan bole je buat, rupanya susah juga tau.
Walaupun Kaklong ada website e-commerce yang cantik, tertarik dabom; tapi kastemer tetap nak order secara whatsapp.
Order via wasap ni banyak gak keje, kene fokus bagi quotation tu semua.
Senang je bila takde baby, tapi bila ada baby sambil pegang phone, baby pun jenguk phone juga.
Nak tengok apa yang mama ralit sangat tu.

Betul, Dak Farid baru 5 bulan, tapi dia jenguk phone masa Kaklong main phone tau.
Bila dah terjebak karang susah pulak nak suruh dia lepaskan kan..
Kaklong ni bukan sabar sangat nak layan karenah budak.
Better prevent dulu.

Kalo bole Kaklong taknak dedahkan Dak Farid dengan phone.
Takot dia addicted pulak pastu taknak gerakkan otot seperti yang sepatutnya kanak-kanak buat.
So, Kaklong jauhkan phone dari dia.
Bila jauhkan phone nak reply wasap camana..

Hahaha... Cam luahkan perasaan pulak kan...

So sekarang ni Kaklong cuma seorang wifey, mama dan online merchant yang guna masa terluang (which is hampir tak ada) untuk update blog.

Kaklong kene luangkan masa untuk belajar jadi ibu, tunjukkan contoh yang baik untuk Dak Farid (contohnya mandi pagi, mandi sebelum Maghrib, solat awal waktu, makan kat meja makan, cuci pinggan selepas makan dan macam-macam lagi).

Ingatkan pada usia 35 tahun Kaklong dah ready jadi ibu.
Rupanya belom....

Review : The Umbrella Academy

Susah juga nak review filem tanpa taruk spoiler kan.
Tak syok nak bercerita


Kaklong dah abes tengok citer ni. 
Ada 10 episod.
Dan rasanya akan ada season 2.

Msa mula-mula tengok tajuk dan poster rasa cam mengarut je, malas nak tengok.
Pastu try juga tengok episod pertama.
Best rupanya!

Ia mengisahkan 42 orang bayi yang dilahirkan pada hari yang sama oleh wanita yang berbeza.
Yang peliknya, wanita-wanita tu tak mengandung pun.
Tetibe perut mereka buncit lalu lahirkan anak pada waktu tu juga.

Seorang lelaki kaya mencari bayi istimewa ni dan akhirnya dia dapat kumpul 7 orang.
Lalu dia pun mencungkil keistimewaan dan melatih bakat bayi ni dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Okay, tulisan pink ni minor spoiler tau.
Kalo taknak spoil jangan baca.

Ketujuh-tujuk anak ini diberi nama Number One sehingga Number Seven ikut turutan kekuatan masing-masing (mengikut penilaian si lelaki itu - ayah mereka).

Number One ni ada kekuatan luar biasa
Number Two ni bila dia baling pisau confirm kene, walau jauh ke, waau senget ke, mesti kene punya.
Number Three ni boleh buat orang ikot cakap dia. 
Number Four ni boleh nampak dan bercakap dengan orang mati.
Number Five boleh teleport dan merentas masa.
Number Six ni bole keluarkan raksasa tentacle dari badan dia untuk lawan orang jahat. Tapi dia dah mati dah sejak awal cerita.
Number Seven ni tak ada sebarang power pun.

Semasa kanak-kanak mereka ni jadi superhero di kawasan tu, sangat femes.
Bila dah meningkat dewasa mereka rebel lalu berpisah bawa haluan masing-masing.

Pada satu hari, ayah tu mati.
Demi memberi penghormatan terakhir, mereka pun berkumpul kat rumah agam tu.
Dan disitu la bermulanya episod baru hidup mereka bila Number Five yang menghilangkan diri semasa mereka kanak-kanak kini kembali semula dengan rupa dan usia yang sama (tak aging).
Lagi pelik bila Number Five bagitau yang rupa dia je kanak-kanak padahal usia dia dah 50-an.
Number Five juga berkelakuan pelik dan menimbulkan huru-hara yang mengancam nyawa mereka semua.

Apakah yang berlaku sebenarnya.?

Menariknya cerita ni, perjalananan ceritanya tidak secara linear.
Banyak lompat-lompat, flash back dan flash forward.

Setiap watak dikembangkan dengan baik dan kebolehan masing² diberi kepentingan dalam citer ni. Elemen misterinya pun digarap dengan baik membuatkan kita tertanya² dan tak bole tunggu nak tengok episod seterusnya.
Lakonan masing² pun mantap setiap watak ada perbezaan personaliti masing² yang sangat berbeza antara satu sama lain.

Walaupun citer ni macam dark komedi tapi ikatan kekeluargaan yang ditonjolkan sangat kuat.
Semua tak suka satu sama lain tapi semua sayang pada satu sama lain.
Suka sangat ngan skrip dia.

Secara peribadinya kaklong tertarik dengan watak Number Four.


Personaliti dia pelik dan menghiburkan.
Dan pelakonnya bawa watak dengan sungguh natural.
Special ability dia ialah dapat tengok dan bercakap dengan orang mati.
Tapi disebabkan takut dengan roh orang mati, dia pun amik dadah dan arak supaya time khayal tu tak nampak orang mati.
Itulah yang membuatkan personalitinya merepek, emosional dan kelakar.

Best punya pasal Kaklong bagi 5/5 bintang.

Ya, memang markah penuh.
Lakon layar dia cantik, skrip dia kemas dan menarik, kamera word dia pun cun, lakonan mantap sampai ke pelakon extra pun mantap baq hang, pastu muzik dia pun sedap.

Eh, ada tak koleksi muzik dia kat internet?
Kene cari ni...

Sape yang nak tengok tu, jom tengok kat Netflix.
Kaklong pun baru je langgan.
RM33 sebulan.

Boring dah tengok Astro ni, asyik ulang filem yang sama je.
Lagipun sejak ada baby ni Kaklong tak dapat nak fokus tengok citer.
Kadang tu satu cerita kene tengok sampai 3 kali baru complete.
Tapi kita bukan bole pilih masa.

Pakai Netflix ni bole tengok bila-bila kita free.
Cuma makan banyak data je la..

Ada orang kata download lagi jimat data berbanding streaming.
Betul ke..?