Cara Mudah Tukar Thumbnail dan Description url di Facebook

Salam...

Kaklong baru balik dari kampung.
Sambungan Jalan-jalan di Langkawi masih belum tulis.

Tulis tu senang je, edit gambar tu la malas sikit.
Hohoho..

Harini share dengan korang cara ubah thumbnail link di facebook.
Ataupun cara ubah gambar url yang paste kat facebook.

Pernah tak korang letak link/url dari satu page atau blogpost ke facebook, kemudian keluar thumbnail atau gambar yang tak lawa iaitu gambar yang bukan korang nak?

Contohnya macam kat bawah ni:

how to change url thumbnail in facebook

Link tu Jalan-Jalan kat Langkawi.
Tapi thumbnail yang keluar ialah icon KaklongChan.
Description pun ikut yang default, bukan spesifik untuk pos tersebut.

Tak best la.. Tak menarik untuk pembaca klik.

Kenapa jadi macam tu?

Kaklong pun tak pasti.
Yang pasti, ia berlaku bila tukar template lain.
Sesetengah template dah setting elok-elok. Ada template yang jadi default macam ni.

Bila jadi gini, Kaklong akan tukar coding.
Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi..
Bila tak menjadi tu adoiii, malas betul nak godek..

Macam mana nak check gambar apa yang akan keluar kat facebook bila kita paste url tu?

Thumbnail url yang akan keluar kat link facebook tu boleh check kat:

https://developers.facebook.com/tools/debug/og/object/

Masukkan url tersebut kat ruangan yang disediakan, kemudian dia akan tunjukkan rupa thumbnail tu serta kod-kod yang perlu diubah kalau nak ubah.

Nak ubah kod cuma perly "ctrl+F" cari perkataan yang ditunjukkan tu dan ubah apa-apa yang patut.

Ini tak ada masalah bagi mereka yang terer coding-coding ni.

Tapi orang cam kita yang tak berapa tau ni, camana?
Masak gak la merenung semua kod kod tersebut.

Okay, ada satu penyelesaian mudah yang nak Kaklong kongsikan dengan korang.

Caranya senang je..

Klik https://apps.lazza.dk/facebook/

Akan muncul borang ni:


Isikan url yang korang nak.

Isi link gambar yang korang nak.

Isikan tajuk yang korang nak.

Isi description yang korang nak.

Klik Submit.

Kemudian dia akan keluar window yang nak share url tu ke facebook.
Tulis la caption ke apa ke dan klik Post.

Kat facebook akan keluar macam ni:

tukar gambar link di facebook

Sebiji seperti yang kita tulis kat borang tadi.

Cuma ada satu kelemahan iaitu ada Lazza.dk kat post kita tu.
Bagi Kaklong takde masalah pun..

Dia dah tolong selesaikan prob kita secara mudah dan percuma.
Kita tolong je la promote dia.
Win-win situation.

Semoga bermanfaat ^^



21 ulasan:

  1. Bagus ni.. dulu selalu hati2 dan risau fikir pasal thumbnail, last2 keluar juga logo..

    tak tau macamna nak tukar.. rupanya macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini salah satu cara yang Kaklong jumpa.
      Kalau pandai tukar coding lagi senang..

      Padam
    2. Ini salah satu cara yang Kaklong jumpa.
      Kalau pandai tukar coding lagi senang..

      Padam
  2. info bagus ini.. selalu buat debug tu je

    BalasPadam
  3. wowww..mudah juga kan, kalau tak yang keluar tu tak sama dengan apa yang kita nak..tak comel lah jadinya.

    Salam Perkenalan;
    Pengedar Vivix Shaklee Malaysia

    BalasPadam
  4. Terima kasih untuk info ni. Nanti boleh cuba.

    BalasPadam
  5. Info yang bagus ni.Memang kadang2 akan keluar gambar lain dari apa yang kita nak.

    BalasPadam
  6. Bagusnya tips ni!

    Selalunya gambar header naik kat thumbnail sbb saiz gambar header tu lagi besar dari gambar dalam entry.

    Tipsnya, resize balik gambar header tu. So nanti setiap kali share kat fb tak naik dia dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. KAdang2 ter-upload gambar kecik kat entry, malas nak resize.
      Guna cara ni jimat masa..

      Padam
  7. liza nak terima kasih kak long sebab sharing petua ni sangat berguna

    BalasPadam

Komen la sikit ^^