Kemas Rumah Day 9

Harini Kaklong declutter barang jahit yang dah lama tersimpan, dah lama tak pakai.

Sayang memang saya.
Tapi dah nama declutter kan, pejam mata je la.


Dapat dua beg plastik besar.

Pastu declutter juga bekas² simpan barang. 
Tong recycle dah melimpah. Malu nak tunjuk.

Quick update je harini.
Sebab tak larat dah.

Kemas Rumah Day 8

Harini tak banyak pun mengemas.
Petang tadi keluar beli barang dapur. Balik dalam pukul 8.30 gitu.
Pastu mula la drama "Taknak Mandi Dua Beradik" seperti kebiasaan setiap hari.
Pastu drama "Taknak Makan Dua Beradik" macam biasa juga.
Pastu Dak Farid main mainan yang baru veli tadi.
Lepas main tu patutnya tido dah, eh tetibe mama nak meroti pulak. Cara² meroti ialah tengok YouTube.
Pastu Dak Farid sambung tengok YouTube video masak². Ralit pula dia tengok step by step orang masak kek.
Pastu baru la masuk tido dan semua lelap pukul 11.
Kaklong pun pergi la masuk bilik 3 nak mengemas. Malangnya kali ni kaklong hilang punca. Tak tau nak buat apa.
Apapun kaklong gagahkan juga tackle satu benda. At least satu bende sebelum tido.
Maka berjaya buat satu ruang simpan mainan anak.


Lepas ni bole la rotate mainan anak. Dah lama dah nak rotate seperti yang dicadangkan Montessori tapi tak pernah berjaya. Harap² kali ni berjaya lah.

Kemas Rumah Day 7


Alhamdulillah, hari ni kaklong gembira.
Bilik ketiga dah banyak lapang.
Harini kaklong micro-declutter (wujud ke perkataan ni..). Kaklong kemas barang² kecik dalam laci, dalam kotak.
Mana yang lama, yang tak pakai, yang dah ada banyak = buang.
Mana yang sama jenis tu satukan.
Pastu susun² macam main tetris demi meminimumkan ruang supaya ada lagi space untuk sumbat 3 guni barang lagi ke dalam bilik ni.
Dah banyak buang barang, masih lagi banyak barang. Apa bende la aku ni.
Hasilnya lapang la juga tapi tak sedap pun mata memandang.
Gambo ni utk kenangan kaklong. Tak estetik tau. Bagitau siap².

Pintu masuk ke bilik no 3. Almari baju n meja solek pun dlm bilik ni.

Meja solek. Bawah tu bakul baju kotor.

Kotak simpan barang². Kotak ni tak lawa. Tapi murah dan praktikal. Label utk memudahkan.

Macam² benda ada. Bawah tu kotak kraf dan mengait kaklong. Pastu ada kerusi utk dining kat rumah baru kelak.

Laci max ni la organizer yang paling bagus sekali. Dah la saiz dia just nice, pastu mudah simpan dan mudah amik barang. Kat rumah baru nanti kaklong akan pakai laci je banyak² bagi senang keje.

Kotak² stackable dan hampir jernih utk simpan barang lagi. Label takleh tinggal.

Hmmm

Ni la namanya main tetris. Taruk je macam² mana pun asal muat, nampak dan senang amik bila perlu. Tak sedap mata memandang itu tidak penting.

Rak utk simpan mainan anak². Mainan belom masuk lagi. Harini sebok kemas rak ni la dari penuh barang sampai ke takde barang.

Hal kemas rumah ni tak penting pun pada orang lain, tapi penting bagi kaklong. Sebab kaklong berhempas-pulas otak dan kudrat nak bagi rumah kiyut punya pasal.
Alang-alang penat kemas kita amik gambo byk² baru puas hati.
Esok sambung lagi tau.
Macam telenovela pula tak habis².





Kemas Rumah Day 6


Kisah kemas rumah hari keenam.

Kaklong baru je selesai mengemas untuk hari ini. A'ah hari ini. Esok ada lagi.
Harini punya kemas rumah sangat emotional dan sentimental.
Sebab Kaklong bungkus (hampir) semua barang kraf masuk dalam container.


Mana yang rasa tak mau jual dah pasni kaklong buang.

Ni la barang yang nak dibuang pagi esok. Plastik paling kanan tu besar gedabak tau. Dalam gambar nampak kecik pulak dia.

Laci tempat simpan benang tu pun akan dibuang (diletak kat luar rumah, nanti ada pakcik naik motor roda tiga atau lori kecik datang amik barang elok2 pagi esok. )
Laci tu dah 10 tahun tapi elok lagi. Cuma takde tempat dah untuk dia kat rumah ni dan kat rumah baru kelak. Sedih giler hati kaklong.
Dulu duduk berdua je kat rumah 4 bilik. Master bedroom tu kami susun atur macam keddai. Anak pun belom ada time tu.
Masa pindah sini, Farid baby lagi. Master bedroom jadi home office.
Kini dah berempat. Anak lelaki sorang, perempuan sorang. Rumah 3 bilik. Memang takde ruang khas untuk barang kraf ni.
Kalau la kaklong resume balik bisnes ni kelak, mungkin barang tu semua dalam laci dalam bedroom je. Kene minimakan ruang sebab kaklong dah berubah.
Dulu kaklong suka semua open shelving. Suka color. Suka variety. Kaklong rasa seronok tengok rumah yang "hidup".
Tapi sekarang kaklong rasa hidup ni semak dan bising. Kaklong rasa gelisah tengok macam-macam benda. Kaklong nak semua barang duduk dalam laci jauh dari pandangan kaklong. Supaya otak kaklong bole bertenang.
Esok kaklong harap last day la kemas rumah. Otak kaklong dah betul² penat. Tapi kalau tak selesai juga esok kaklong akan sambung juga lagi.
Kaklong kene buang semua sampah keluar dari rumah ni.
Kaklong kene buang semua sampah keluar dari rumah ni 😤

Kemas Rumah Day 4 & 5

Ni kaklong copy paste je post yang kaklong tulis kat Facebook

Semalam kami susun atur bilik kedua dan ketiga.


Inilah hasil sususan bilik kedua. Yippi!
Memandangkan bilik kedua ni ada ekon, jadi kami jadikan bilik kedua ni living room di kala musim panas (haha musim panas la sangat kaklong oi).
Tapi memang kan. Bila musim panas tu bahang betul dalam rumah ni. Duk tengok tv kat ruang tamu pun tak selesa, nak ekon.
Kaklong biasa mengait kat bilik kedua ni bilamana cuaca panas sangat. Pastu anak² pun ikot main dalam bilik ni juga. Sempit² pun dorang main semacam.
Jadi kami clearkan bilik kedua ni. Taruk tv kecik, sofa 2 seater, pastu rak yang tak tau nak letak mana. Bagi ruang untuk anak main.
Meja keje tu ingat nak letak luar tapi letak sini pun nampak okay je kan.

Cuma sekarang ni bilik ketiga tu la yang tengah hiruk-pikuk. Ada lagi beberapa barang kat luar bilik yang tak bole nak sumbat dah dalam tu.
Apapun ada beberapa barang besar yang berjaya dilepaskan. Tapi masih tak tau nak susun macam mana.
Beberapa barang kraf kaklong pun telah berjaya dibuang dengan sungguh berat hati. Kaklong nanges² dalam hati semasa memasukkan barang tu dalam plastik sampah. Pastu kaklong gagal teruskan lalu duduk kat bilik kedua yang ada ekon ni untuk tenangkan hati.
Cik Abang pula tetibe buka Astro dan pasang citer The Flash. Hmm aku apa lagi. Terus join tengok dengan sungguh excited. Pastu masuk tido.
Patutnya hari ni sambung kemas bilik ketiga tu, tapi kaklong tak dapat buat. Kaklong mengelat ajak cik abang jalan². Petang baru balik.
Pastu malam buat² busy sambut birthday Farid yang ke-5.
Ni anak dah tido patutnya kaklong sambung kemas bilik ketiga tu. Tapi takkkk.
Kaklong buat² busy pegi goreng ikan bilis dan rebus telur untuk sarapan nasi lemak esok. Sambal dah siap frozen, esok panaskan je.
Pastu kaklong buat² busy lagi konon kene update facebook ni macam la ada orang ternanti-nantikan update dari kaklong. Hahaha.
Lepas kaklong post status ni tak tahu la apa yang kaklong buat.
Adakah kaklong tido?
Atau adakah kaklong kuatkan semangat mengemas bilik ketiga?
Kita nantikan sambungannya esok hari.

Kemas Rumah Day 3

Dah masuk hari ketiga dah.

Hari ni kemas pantry.

(Sementara tengah semangat kita pulun kemas sebanyak mungkin).


Rak tu sebenarnya rak buku, tukar ngan rak pantry sebab nak tukar suasana.
Sikit je kan bekalan makanan kaklong. Hampir setiap hari pergi kdai runcit sebab takde weekly/monthly plan nak masak apa. Kat kdai baru plan nak masak apa.
Biskut dan roti taruk kat situ bagi senang anak amik.
Pinggan gelas anak pun taruk sini bagi senang dorang amik sendiri.
Sebenarnya kebanyakan barang² dalam paket yang kaklong dah buka kaklong sepit dia pastu letak dalam peti. Takot bersemut dan sesetengah tu takot masuk angin.
Yang kat pantry ni (hampir) semua belom buka lagi.


Kaklong sepit paket macam ni pastu masuk peti sejuk. Ada juga yang tak masuk peti macam makaroni, tepung dan nestum.

Lepas kemas pantry terus susun rak buku.
Tak kemas pun rak buku ni. Letak² je dulu tak ikot susunan.


Dah lama sebenarnya tak baca buku. Banyak baca artikel kat phone je sebab senang kan. Kebanyakan buku ni tak baca pun lagi dan ada yang masih berbalut plastik.
Susun camtu sebab kalau menegak tak muat.
Nampak tak ada satu buku keramat kat situ.
Buku tu beli konon² nak baca pasal beliau la. Bila baca terus tak faham apa dia tulis. Hahaha.
Dia tak guna simple English. Semua perkataan bombastic je dalam tu.
Nak jooal balik la. Baca pun tak faham.
So, ini la rak buku saya.
Kanan tu rak buku anak².

End of Day 3

Kemas Rumah Day 2

Hari ni hari kedua kemas rumah 2023.
Hari ni kemas rak pinggan.


Dah clearkan rak ni. 
Lap, mop lantai semua. 
Bab clearing ni cik abang buatkan sebab dia memang kacak.


Dah susun balik dah elok². 
Pinggan mangkuk lebih simpan balik dlm almari. 
Display yang guna je. 

Sifir dia, lagi kurang pinggan, lagi kurang barang kat sinki, lagi kurang semak, lagi kurang serabut. Barang yang lama tak pakai, buang.

Tapi dalam sinki ni banyak lagi yang berhabuk yang belom cuci. Malas la. Jap lagi buat.

Ni pulak container yang akan disimpan dalam almari. 
Akhirnya semua barang-barang tersebut berjaya disusun elok-elok dalam almari, muat pulak tu.
Alhamdulillah.

Gambo takde la.
Kaklong ni tak berapa ingat nak amik gambar, terutama bila fokus buat kerja.

Lepas tu ada sikit masalagi sebelum masuk tidur terus kemas-kemas ruang laundry jugak.

Alang² baru kemas, nak tunjuk jugak la ruang laundry rumah kaklong.


Terletak paling hujung kat dapur.
Sidai baju kat sini la masa musim hujan. Pakaian kecik², kain buruk, mop apa semua sidai kat sini.

Kipas tu didedikasikan khas untuk mempercepat proses pengeringan pakaian.


Rak ni beli kat shopee je. Ringan, bergoyang dan murah. Walaupun begitu dia memberi khidmat dengan sempurna.

Mesin basuh jenama Beko 8kg. Jenama tak pernah dengar. 
Beli sebab murah. 

Sebelum ni pakai samsung 5 tahun rosak. 
Pakai LG pula 5 tahun rosak. 
Dah la mahal. 

Kali ni pakai jenama cap 🐔 je. 
Kita tengok berapa tahun pula rosak.

End of day 2

Kemas Rumah Hujung 2023 : Day 1

Tak habis-habis kan kemas rumah.
Itulah akibatnya bila tak pernah buang barang.
Ada je barang baru, simpan yang lama, ada je barang baru, simpan yang lama.
Akhirnya penuh rumah.
Pastu mulalah tak reti nak kemas macam mana.

Haaaa itulah perangai Kaklong.
Bukan perangai Kaklong je, Cik Abang pun sama.
Cuma Cik Abang jarang membeli, yang membeli ni Kaklong. Hew hew hew...

Tapi kan, susahnya nak declutter ni baq hang.
Menangis-nangis ni dalam hati, taknak buang, taknak buang.
Bergaduh hati dan otak ni.
Otak suruhbuang, hati kata tak mau.
Camtu la bergaduhhh je...

Declutter kali ni amik masa 9 hari (kalau tak silap).

Kaklong ada tulis part by part kat Facebook.
Kaklong kumpulkan kat blog ni bagi senang cari.

Jom kita mulakan dengan hari pertama.

1st day declutter.


Kali ni seplastik kain pasang yang tak jahit². Dan seplastik baju lama yang dah tak muat.
Kaklong nak clearkan lagi bilik belakang tu. Kalau bole nak bagi kosong je bilik tu.
Tapi susah betul nak lepaskan barang walaupun dah 3-5 tahun dah tak guna pun barang² tu.


Ni pun buang la. Dah lama ada kat rumah.
Sebenarnya tak berguna pun tapi sebab nak bagi berguna kita pun taruk² barang dalam tu bagi nampak berguna. Padahal takde pun takpe.
Akhirnya hari ni bye².

Kotak² phone pun dah buang tadi.
Ada la 10 kotak.
Yang tersimpan sejak 5-6 tahun lepas.
Tu la masalah bila mata tak tahu beza mana patut buang, mana patut simpan.

Okay end of day 1