Bedah Blog

Salam.

lifestyle blogger
My Blog

Dah setahun empat bulan dah blog ni.

Masa mula-mula bina dulu tak tau nak tulis pasal apa kat sini.
Kaklong ingat nak tulis diari je.
HArini buat apa, esok buat apa, macam gitu.

Kemudian Kaklong teringat yang Kaklong belum ada anak.
Ketika mati nanti terputuslah semua amalan kecuali:

1) Sedekah Jariah
2) ilmu yang dimanfaatkan
3) Doa anak yang soleh

Anak tu Kaklong belom ada lagi.
Harap akan ada, tapi kalau takde kene redha takde la talian hayat yang ketiga tu.
Tinggal dua lagi..

Sedekah jariah tu macam tak berapa banyak je Kaklong keluarkan.

Ilmu yang dimanfaatkan tu lagi la..
Mana Kaklong ada ajar siapa-siapa buat apa-apa.

Maka Kaklong nak cuba lah no 2 tu untuk blog ni.
Nak digunakan untuk menyebarkan pengetahuan yang Kaklong ada.

BAnyak ke pengetahuan Kaklong tu..?
Hahaha..

Takde la banyak, ada la secebis..
Secebis pun kongsi je la kan, dari takde.

Kaklong teringat juga semasa kat kedai buku beberapa tahun lepas, seorang lelaki segak tegur Kaklong sebab tak sangka orang macam Kaklong duduk kat area tu.
Borak-borak kejap pastu dia cakap, "Lepas baca jangan lupa kongsikan ilmu tu."

Aku pun confuse la juga.
Nak kongsi kat mana?
Takkan Kaklong kene tulis buku juga kot..

Semasa bina blog ni la Kaklong terfikir, kenapa tak kongsikan je kat blog ni.
Nasib-nasib orang baca dan manfaatkan ilmu tu, dapat la Kaklong pahala sikit.
Bila dah mati, orang baca pun masih dapat lagi pahala..

Selain kumpul adsense 2 sen sehari melalui blog; dapat juga kumpul pahala sekeping syiling sehari.
Metaphore je tu ya..

Kemudian Kaklong tak tau pula nak tulis pasal apa.
Dari apa yang dikongsi oleh para blogger; setiap blog kita kene ada fokus.

Contohnya, food blogger cerita pasal makanan...
Travel Blogger cerita pasal jalan-jalan...
Beauty Blogger cerita pasal kecantikan..

Kaklong?

Ntah... Blurr..

Lama juga la blur tu, akhirnya Kaklong buat keputusan tulis je la apa-apa nak tulis; nanti dah banyak baru check balik topik apa yang paling suka tulis dan mula narrow down pada topik tersebut.

Dan harini Kaklong check.

Didapati topik paling banyak ialah Review...
Yeah! Memang itulah salah satu tujuan asalnya.
Kalau boleh nak review semua benda termasuk la pen dan pemadam juga choki choki.

Kedua paling banyak ialah Diary..
Hahaha.. Nampak sangat suka cakap sendiri.. 😁

Ketiga ialah maklumat dari orang lain yang Kaklong share kat blog ni..
Kira ilmu juga la kan...

Keempat ialah info mengenai teknologi internet.
Ilmu tu..

Kelima ialah info bisnes..
Ilmu juga

Dan yang keenam ialah pengalaman shopping...
Ini bukan ilmu kan..?

Seterusnya, topik yang paling sikit ditulis ialah:

1) Vacation - sebenarnya banyak pi vacation; tapi malas nak edit gambar masuk dalam entry.
2) Info kewangan - takde idea nak tulis apa..
3) Info Cantik - sebab tak cantik; susah la nak citer pasal cantik 😑

Abes tu, kenapa buat topik tu kalau rasa susah nak citer?

Saja la taruk-taruk dulu. Kemudian baru check yang mana banyak tulis.
Alaaa, itu pun nak marah..

Sebenarnya info cantik tu Kaklong kongsikan info sebagai Minimalist.
Bukan nak kongsi tutorial mekap dan sebagainya..

Info sihat tu pun nak kongsi dari segi biologi dan perubatan..
Bukan pasal makanan kesihatan..

Apapun, itulah..
Bila buka laptop ni, pergi taip benda yang Kaklong suka je; iaitu review dan diary.
Ntah la, macam syok je tulis mengenainya.. Hehe..

Kaklong pun tengah dilema ni, sama ada nak buang topik kecantikan dan kesihatan tu dari blog ni...
Ataupun pulun tulis topik yang kurang tu bagi seimbang?

Korang rasa macam mana..?

6 ulasan:

  1. tahniah, berjaya meneruskan azam dan konsisten menulis blog serta tau niat menulis blog untuk apa.. x macam akak, menulis blog sempena kelahiran anak bongsu, 7 tahun yang lalu kerana terlalu bosan time dalam pantang akak buat blog, dan sampai sekarang akak masih tercari2 tujuan tu.. ha ha ha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Okay la tu. Tujuannya sebagai online jurnal. KIranya lifestyle as a teacher <3

      Padam
  2. betul tu kak long chan...saya juga menulis untuk kebaikan orang lain

    BalasPadam
  3. InshaAllah kita sma2 menulis kearah kebaikan.. InshaAllah kak long. <3

    BalasPadam

Komen la sikit ^^