Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

Salam..

Kaklong nampak kisah ni viral dengan #copypaste kat facebook.

BENARKAH????
Hari jumaat lepas akaun cimb isteri aku ditutup oleh pihak bank tanpa sebarang notis. Aku call ke hotline dan depa suruh terus ke cawangan dan berbincang dengan pegawai di cawangan tersebut.
Jadi hari ini aku dan isteri ke cimb kepala batas untuk bertanya alasan yang akan depa bagi. Bila Berjumpa pegawai dan dia macam dah jangkakan ketibaan kami. Bila isteri aku bagi ic dia,terus dia buka laci dan keluarkan surat siap dengan cek,katanya dari bank negara.
Aku tanya sebab apa akaun tu ditutup,pegawai berkenaan terangkan panjang lebar,cuma aku nak senarai pendek disini :
- Mulai 2017 bank negara tak benarkan lagi mana² akaun simpanan buat bisnes (Bisnes online).
- Tidak boleh ada transaksi yang banyak setiap hari,walaupun tak berniaga online.
- Akaun simpanan cuma boleh guna untuk terima gaji,bayar bil etc
Jadi aku nak pesan mana² peniaga online yang masih guna akaun simpanan (Akaun personal) silalah tukar ke akaun semasa (Akaun syarikat). Sebab kalau dah kantoi dengan bank negara,nama tu nanti tak boleh dah buka akaun cimb sampai bila².
Panjang juga aku persoalkan pegawai bank tu sampai dia mintak maaf 4 kali pada aku. Alhamdulillah!
Dan seperti biasa sempat juga aku cakap babi (perlahan) .
Alhamdulillah!

Betul ke tak betul?
Tak tau la..
Memandangkan tak dikreditkan kepada tuan empunya diri, Kaklong sendiri pun tak tau betul ke tak kisah ni..

Namun ia cukup mengundang rasa gundah gulana di hati ini kerana dah 7 tahun kot Kaklong berniaga guna akaun simpanan.

Sebenarnya Kaklong dah buka current account Maybank, guna adik sebagai introducer.
Sepanjang pengetahuan juga, CIMB pun nak ada introducer.
Tapi Kaklong takde kenalan yang ada current account bank ni?

Kenapa CIMB dan Maybank?
Sebab customer ramai guna kedua-dua bank ni.. Tu je..
Hehehe..

MyDebit CIMB

Semalam Kaklong redah je pi cawangan CIMB Chai Leng Park, Perai kat Jalan Baharu tu..
Kaklong bawa:

1) SSM terbaru yang 3 keping tu
    - lagi 2 keping korang boleh print kat pejabat ssm. Bagitau pegawai ssm tu yang korang nak guna untuk bank. Sebab pegawai bank tu cakap ada sejenis salinan tu tak boleh guna untuk urusan bank. Katanya yang bayar RM30 tu, yang Kaklong bayar RM13 ni bole guna sebab ada satu cop tulis yang ianya printed secara online. Untuk elakkan korang tersilap print dan kene buat keje berkali-kali (cari parking lagi, tunggu giliran lagi), better tanya betul-betul kat pejabat ssm tu.

2) MyKad

3) RM1000 cash

Masuk tu bagitau guard tu nak buka current account,
Terus direct berjumpa dengan pegawai dan dia buat semuanya..
Rasa macma terpinga2 juga. Kaklong dah bersedia untuk direject sebab takde introducer..
Tak sangka pula semuanya berjalan lancar.
Rezeki Kaklong la kot..

Proses isi dokumen tu amik masa dalam setengah jam juga la..
Sebab dia ada mention nak check CCRIS dan CTOS.

Selepas selesai dengan semua dokumen, pi amik nombor dan bankin RM1000 tu dalam no akaun yang diberi (no akaun kita la tu)

Kemudian amik nombor lagi untuk buat kad ATM.
Owh, ada kad ATM rupanya, Maybank punya takde.

Semasa isi dokumen tu dia ada tanya nak buka akaun ni untuk tujuan enquiry atau transaksi?
Kaklong sebut transaksi.
Tak tau la betul ke tak Kaklong sebut tu..

Mungkin sebab tu dia bagi kad ATM kot..
Kot2 je la.. Bukan reti sangat pasal bank ni..
Kalo silap betulkan Kaklong ya..

Lepas dapat kad, tukar number pin dan isi no telefon untuk tujuan cimbclick.
cimbclick katanya kene tunggu dalam seminggu baru dia akan maklumkan detail ke email..
So, Kaklong kene tunggu la kejap..

Itu la prosesnya.
Cukup senang..

Tapi rakan-rakan facebook kata dorang tak dapat buat macam tu.
Cawangan yang dekat denagn rumah dorang semua nak guna introducer.
Kaklong pun tak tau nak cakap camana..

Apapun, korang try la cari cawangan lain.
In shaa Allah akan dipermudahkan urusan..

Wassalam...

29 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian.

    Esok pisyek nak try tanya cimb yg dekat rumah ni. :)

    www.pisyek.com

    BalasPadam
  2. Nak tyer. Kalau ada blaclist ptptn boleh bukak akaun current x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti.. Rasanya bole. Blacklist ptptn cuma tak boleh keluar negara je kot..

      Padam
  3. Nak tyer. Kalau ada blaclist ptptn boleh bukak akaun current x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole rasanya. Blacklist ptptn cuma tak boleh keluar negara je kalau tak silap..

      Padam
  4. Setuju....depend pada branch. Dekat area saya....ada 1 cawangan maybank ketat syarat nak visit premis semua....ada 1 lagi cawangan maybank mudah je mcm nk buka saving account......cuma kena stanby siap2 SSM,IC n Cop syarikat( yg ada alamat skali SSM no)....sempat juga tanya yg jaga kaunter masa urusan tu kenapa kat branch dia mudah je x payah pakai introducer.....dia org bgtau sbb branch dia blum sampai 5 tahun lagi buka n bos dia yg bg kebenaran semua tu..... so kena rajin2 servey jgk la setiap branch....mungkin leceh skit ar part ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la leceh.. Kalo buka kat cawangan negeri lain tak boleh pula. Dia nak utiliti bill under nama kita pula. Makin susah pula sekarang..

      BAru2 ni ada suri rumah nak buka akaun saving pun tak dapat, katanya, "Puan tak bekerja, nak simpan duit yang dapat dari mana".

      Kesian pula kawan tu :(

      Padam
    2. Bengong.. Suami bagi duit suruh simpan

      Padam
    3. Tu la pasal..
      Suri sumah terpaksa simpan kat dalam tin milo je gamaknya.. :(

      Padam
  5. Balasan
    1. KAt sini tak perlu introducer.
      Depend pada cawangan juga. Tak tau la kenapa dorang tak standardized je..

      Padam
    2. kat sini tu i caw mne satu kaklong

      Padam
    3. Dekat Perai. Cawangan Chai Leng Park.

      Padam
  6. Saya Kat puchong.. Semua nak introduce.. Sampai skrg tak dpt buka account company.. Sbb takde kenal siapa yg ada current account.. Maybank dgn CIMB sama jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah juga kan..
      Cuba tanya mana2 peniaga online yang kenal. MUngkin dorangdah ada current account, bole tanyakan kalau sudi jadi introducer.

      Padam
  7. Salam, sy baru buka account dgn cimb. Yg email untuk guna online(cimbclick) tu mmg kena tunggu seminggu ke?

    Kalau business account guna Cimbclick atau BizChannel@CIMB?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi.
      Ya, kene tunggu seminggu. Nanti dia akan email bagitau bila dah boleh guna online banking.

      Business account guna bizchannel :)

      Padam
    2. Hi.
      Ya, kene tunggu seminggu. Nanti dia akan email bagitau bila dah boleh guna online banking.

      Business account guna bizchannel :)

      Padam
    3. Salam..hai
      Mcm mana pulak cara nk cash kan duit cimb akaun semasa ni ye.

      Padam
    4. Masa apply dia ada option nak guna akaun untuk check statement sahaja atau transaksi. Pilih transaksi, nanti akan dapat kad ATM. Bole cash kat atm cam biasa :)

      Padam
  8. Salam.. Hai nak tanya, cimb tu benarkan tak buka business current account jika alamat perniagaan yg kita daftarkan dgn ssm tu adalah alamat rumah? Sebab ada dengar kes ssm yg berdaftar dgn alamat rumah tak boleh buka current account di cimb. T. Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Kat cawangan ni bole. Kaklong pun guna alamat rumah sebab berniaga online.

      Padam
  9. Salam.. Sye yelah ke cawangan cimb Dan buat seperti yg Puan terangkan.. Sye tak tahu kalau Puan aware atau tak.. Tapi nanti pihak cimb akan kate disebabkan tak ade introducer kite kene pilih produk mereka..satu sun save assured plan atau lg satu tu mcm perlindungan utk umrah/haji..

    Mungkin silap sye yg tsrgopoh2 tapi pihak cimb cakap dengan sye itu adelah saving.. Mcm asb financial tp lebih byk percentage dividen.. Tapi kalau nk keluarkan duit sebelum matang nt sye kne inform mereka Dan mereka akan buat calculation.. Dan sye pilih produk tu sbb igt kan iye ade lah saving plan.. Turn out itu adelah insurance.. Dengan rm76 per month.. Pihak cimb mmg tak debut langsung perkataan insurance semasa terangkan pada sye Dan dye jelaskan yg assp tu adelah saving.. But no it is insurance..

    So siape2 yang Mungkin tak perlu kan insurance atau tak ade introducer lebih baik tye dlu pd cimb di cawangan.. Sbb di online pon kate x perlu introducer tp smpai cawangan kne tmbh produk.. Mungkin sye yg kne tipu.. Tp sye harap tak ade yg kne mcm sye.. Sbb sye cume nk bukak current account utk part time bisnes sbb masih belajar.. Ade duit pon dr kje part time.. Rm76 per month kalau bukan saving bg sye sgt besar.. Ade lebih byk insurance yg lebih murah.. Bawah Rm50 jd pada siape2 yg nak buat current account dengan Cimb sila berhati2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.
      Ya Allah. Teruknya dia sembunyikan pasal insuran tu. RM76 tu banyak. Cam saya dia suruh pilih pun. Ni mesti sebab pegawai tu punya keje, nak tambah duit poket.

      Sebelum ni saya pernah buat loan dengan RHB, masa sain tu dia selitkan satu perjanjian insuran juga saya tak perasan sebab banyak benda kene sain. Lepas abes sain tu baru dia cakap "owh, ni ada sekali insuran tau, memang wajib amik." Saya angguk je la ingatkan benda wajib. Sekali dia tolak RM99 sebulan. Sakit hati.

      Tanya orang lain, dorang tak kene pun insuran tu.
      Memang pegawai tu punya keje. Saje nak perdayakan orang.

      Saya akan update info dari Ishuca ni ya, untuk bagi semua ware.
      TQ for sharing.

      Padam
  10. hi. nak tanya ni. kalau nak buka akaun semasa peribadi tu perlu introducer ke? apa dokumen yang diperlukan untuk buka akaun semasa peribadi? akaun semasa peribadi ni boleh guna untuk tujuan bisnes kecil kecilan ke? sorry banyak tanya 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Akaun semasa peribadi tak pasti. Tapi rasanya tak perlu introducer (ada baca kat fb haritu). Akaun semasa untuk bisnes kecil-kecilan tu pun tak pasti bole ke tak..

      Nanti kalau dapat maklumat tentang ni kaklong update ya..

      Padam
  11. Assalamualaikum. Boleh tahu tak jenis perniagaan yg kak long jalankan? Sy dah pergi ke cimb dan maklumkan bisnes sy adlh secara atas talian, katanya perlu introducer jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Kaklong jual bahan kraf secara online. Tak semua tempat tak perlu introducer. Tak pasti juga kenapa lain tempat lain cara prosesnya..

      Padam

Komen la sikit ^^