Dah mula rabun dekat


Mata kaklong ni dah lain macam.

Tengok dekat tak nampak. Kene jauhkan sikit benda tu baru nampak. 

Alihkan spek lagi nampak berbanding pakai spek, tapi tetap kabur dan sakit kepala.

Kalau korang nak tahu kaklong ni pakai spek sejak umur 12.
Masa tu tak rabun, cuma silau.

Silau pulak sebelah kiri je tinggi, kanan perfect vision.

Bila masuk 20-an baru la kanan pun naik silau sikit dan mula rabun jauh sikit².

Start tahun lepas pada usia 39 kaklong mula tak nampak bila baca phone. Kene jauhkan sikit baru nampak.

Nampaknya kene tukar spek la ni.

Tapi kaklong malas nak tukar spek sebab spek yang ada ni sedap pakai. Vision dia pun cantik. Cuma tengok dekat je la problem.

Dan problem ni memang problem besar sebab kaklong membaca, mengait, menjahit, mewarna. Semua tu memerlukan penglihatan jarak dekat. 

Sejak pertengahan tahun lepas kaklong dah kurang mengait. Hobi terbaru kaklong iaitu mewarna pun tak boleh berlama² sebab tak nampak dan mata jadi sakit sebab penat. Membaca pun dah kurang. Kaklong tambah knowledge dengan mendengar podcast dan YouTube je banyak. Membaca dah kurang.  Blog pun jarang update sebab tak nampak. Pendek kata memang mengganggu aktiviti harian.

Tapi malas betul nak pergi kedai spek tu la....

Maybe bulan 6 nanti kot kaklong pergi.

Terima kasih Cikgu Iruka

Kaklong sekarang tengah start menonton anime Naruto kat Netflix.

Sebenarnya Kaklong dah baca manga Naruto sejak citer tu ada kat Kreko, tapi tak baca sampai habis cerita dan banyak lompat-lompat. Selepas berpuluh tahun berlalu tetibe rasa nak baca pula. Tapi malas nak beli manga dan malas juga nak baca versi orang putih, jadi terpaksa la tengok anime.

Punca kaklong tetibe rasa nak tengok Naruto ni ialah tetibe Kaklong teringat kat Shikamaru.
Shikamaru ni karakter kegemaran Kaklong. Sebab perangai dia yang 'pemalas', grumpy dan sangat laid back tu; namun di sebalik perangai buruk dia tu dia sebenarnya genius dan strategist yang hebat. Dikatakan IQ dia lebih dari 200. Haa citer je kan, jangan la kagum sangat. Lagipun karakter dia tu nampak terlalu kacak. Pastu kaklong suka juga dengan kisah cinta dia. Kisah cinta dia tu menarik.

Tu mukadimah je.
Bukan tu yang kaklong nak cakap.

Kaklong nak cakap pasal kisah dorang amik chunin exam. (chunin tu ninja tahap pertengahan).
Memang memeranjatkan bila tiga cikgu rekemenkan semua anak muridnya yang masih lagi kecik dan baru je jadi genin masuk amik ujian tu. (genin tu ninja tahap rendah).

Tapi bukan itu yang memeranjatkan Kaklong.
Yang memeranjatkan kaklong dan buat Kaklong rasa kagum giler dan bangga giler ialah kesemua 9 ninja kecik yang terpilih amik exam tu KESEMUANYA adalah ANAK MURID Cikgu Iruka.


Korang dapat bayang tak betapa hebat dan dedikasinya seorang guru bernama Iruka didik anak-anak murid dia sampai 9 daripadanya sangat berpotensi tinggi sampaikan bila bertukar guru terus dorang punya kemahiran mencanak naik.

Kalau kaklong la jadi Cikgu Iruka, kaklong memang bangga giler dengan anak-anak murid.
Tapi Cikgu Iruka takde nampak bangga. Dia nampak lebih kepada risau seba anak-anak murid dia tu kecik lagi.

Apapun Cikgu Iruka memang cikgu kegemaran Kaklong; disebabkan dedikasinya sebagai guru dan pengorbanan yang dia buat untuk Naruto.

Naruto tu sebenarnya bole jadi jahat (dan kebetulan sangat kuat) sebab dia tu dah la hidup sebatang kara, takde mak takde ayah, pastu satu kampung tak suka dia padahal dia tak buat apa-apa salah pun. Namun disebabkan kecaknaan Cikgu Iruka pada dia, Naruto dapat juga merasa kehangatan kasih sayang manusia walaupun hanya seorang (atau dua orang; sorang lagi pakcik ramen yang selalu bagi Naruto makan free). Kalau bukan disebabkan kasih sayang Cikgu Iruka, mungkin citer naruto ni jadi lain.

Terima kasih Cikgu Iruka, kami sayang cikgu 💓