Lepas kahwin pun kaklong selalu menonton wayang dengan cik abang. 6 tahun tanpa anak, 6 tahun la kami berseronok tengok filem.
Kaklong suka pergi TGV (sebab itu je yang ada kat sini). Time birthday Kaklong dapat free tiket, pastu kumpul mata banyak² pastu tebus tiket free.
Memang selalu la dapat sebab kitorang memang suka sangat tengok wayang.
Bila Farid lahir, tamat la riwayat wayang kami.
Tapi...
Haha, ada tapi pulak...
Kami subscribe pula Netflix dan yang terbaru Disney Hotstar. Apalagi, bukan main seronok la kaklong.
Namun keseronokan itu tak berkekalan.
Netflix dan Disney Hotstar tu takde sensored dan ada je agenda LGBTQ dalam dua streaming ni.
Jadi kaklong takleh pasang la citer ya belom tengok depan anak², takot termuncul benda tak sepatutnya.
Nak tengok waktu anak takde, memang setiap masa anak ada. Memang takleh buat apa.
Haaa..
Apakah genre kegemaran kaklong?
Kaklong suka citer kekeluargaan, misteri, investigation macam citer polis ke, lawyer ke, forensic camtu, pastu suka elemen komedi sikit.
Citer bodoh2 dan jijik² kaklong tak suka.
Nak bagi contoh pun takot korang pergi cari pulak citernya. Bersalah pulak kaklong nanti.
Banyak sangat la filem kaklong minat sampai tak tersebut.
Okay antaranya Coco, Encanto (terbaru dan terbest), Vivo, Mission Impossible (semua), Ant-Man, Dr. Strange, Forest Gump, 10 Things I Hate About You, The Drop, dan banyak lagi la kaklong tak teringat.
Kaklong prefer tengok filem berbanding drama bersiri sebab tak begitu banyak masa nak tengok siri demi siri.
Lagipun selagi tak habis, selagi tu la tak keruan.
So better kaklong tengok movie je
Nak shout out juga siri sedap ni iaitu Legion, Squid Game dan Dark (Jerman dub English).
Best 3 siri ni.
Legion tu memang syok tengok. Haha.
K, itu je cabaran ke 9 dari 15 hari menulis blog.
Minta maaf ya kaklong gagal menulis setiap hari.
Kaklong baru buka channel youtube baru dan asyik banyak habiskan masa dan tenaga kat situ.
Nanti dah boring kat situ, kaklong datang sini balik.
Macam ni la kaklong, semua benda nak buat.