Salam
Lamanya tak menconteng wall ni. Tak taula apa yang disibukkan sangat. Haha. Baru-baru ni pergi ke Penang naik Malaysia Airlines sebab ada urusan kerja sikit. So tiket penerbangan business class di taja sepenuhnya. Nak tau best ke tak penerbangan Business class dan Kemudahan Golden Longe tu?
Masa hari penerbangan pagi- pagi dah sampai di KLIA. Tiket flight pagi, so tak nak kelam kabut kan. Lagi pun dapat kemudahan Golden Lounge semasa menunggu pesawat. Dah ada kemudahan mesti gunakan sepenuhnya. Hihi. Sampai jer KLIA terus tuju ke Golden Lounge. Keterujaan tu masih ada walaupun pernah masuk. Hihi. Kalau korang nak tau Golden Lounge di KLIA ni mempunyai ruang menunggu yang sangat besar. Tempat duduk yang disediakan sangat selesa. Sofa-sofa yang empuk boleh membuatkan korang terlena. Iyerlah dah ramaikan passenger kat KLIA tu. Kalau kecik dan tak selesa la pulak.
Sebab dah lama tak datang kat sini, saja lah tengok-tengok kawasan daripada bosan menunggu. Ternampak bahagian surau. Sajerlah masuk. Suasana masih lagi sama seperti dulu. Kemas, bersih dan telekung disusun teratur. Ruangan solat yang disediakan memang selesa untuk para pengguna. Dah jalan-jalan rasa lapar la pulakkan. Terus la cari makanan dan minuman. Korang takyah risau, buffet breakfast kat sini ada pelbagai hidangan dan banyak pillihan antaranya hidangan masakan Inggeris dan Malaysia. Pasti ada yang kena dengan tekak korang.
Dah amik makanan lalu duduk ke kerusi yang empuk tu untuk menikmati makanan yang super sedap. Beberapa kali jugala Kaklong ulang – alik bangun untuk amik makanan. Untuk pengetahuan korang makanan dan Kaklong, berpisah tiada. Hahaha. Antara menu yang sempat Kaklong cuba dan nikmati ialah kek, sandwich, dim sum dan yang berat sikit Kaklong amik nasi lemak. Hahah giler banyak Kaklong makan. Tiada istilah malu bila berjumpa makanan. Nasib baik tak muntah dalam kapal terbang.
Dah kenyang tu, layan internet je. Ada wifi free kat situ. Lama-lama rasa mengantuk pulak. Terus pergi basuh muka kat dalam bilik air. Bilik air dalam Golden Lounge ni sangat selesa. Sinki yang disediakan pun banyak. Nak mandi pun boleh. Eh bukan kat sinki tu. Haha. Ada ruangan bilik mandi untuk kemudahan penumpang. Yerlah mana la tau penerbangan korang delay ke. Bila resah menunggu. Boleh la nak mandi untuk segarkan badan.
Bila dah nak naik flight, korang tak perlu bersesak nak beratur sangat. Bagi penumpang business dan first class ada kelebihan di mana terdapat laluan ekspres untuk security checks dan semakan immigration. Laluan ni berasingan tau dengan economy class. Dapat duduk kat business class dan ditaja memang bersyukur. Bukan selalu dapat naiki business class ni. Tak mampu weh. Mahu rabak kocek kan. Penerbangan tempoh hari, dapat duduk kerusi yang luas di tepi tingkap. Nak lunjur kaki pun boleh. Selesa sangat. Ada juga skrin TV yang digantung di bahagian atas hadapan aku. Dapat layanan terbaik daripada pramugara dan pramugari dalam flight memang membuatkan mood aku ceria jer haritu. Dihidangkan minuman jus oren dan satay yang sedap giloz. Penerbangan hanya amik masa 1 jam jer. Rasa macam nak suruh pilot tu pi pusing-pusing lagi beberapa jam. Eh kau over pulak kan. haha.
Selesai urusan di Penang, kembali semula ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang Malaysia Airlines jugak. Di Penang International Airport aku masuk Golden Lounge. As at KLIA, ruang menunggu kat Penang juga tak kurang hebat. Although keluasan lebih kecil daripada Golden Longe di KLIA, but still selesa. Boleh pilih nak duduk kat kerusi tinggi dengan meja tinggi melekat kat dinding, atau duduk di kerusi sederhana tinggi dengan meja makan tak pun pilih untuk bersantai di sofa empuk dengan meja kopi.
Sambil menunggu tu, Kaklong amik roti dan buah-buahan kat meja buffet dan lepak kat port kerusi tinggi menghadap dinding tuh. Makan sambil baca majalah yang disediakan kat situ. Ada juga soket untuk charge handphone. Layanan kat Golden Lounge memang tidak pernah mengecewakan daripada pelayan yang sangat friendly. Jangan cakap layanan untuk first class can business class jer terbaik. Semua passenger MAS ataupun Malaysia Airlines pasti dapat layanan terbaik daripada crew dan staff. Best kan? ;)