Pengalaman Bersalin

Pada 24 September, pukul 8 pagi kami dah sampai kat KPJ Perda.

Kaklong kene induce pada minggu ke 37 kerana kencing manis. Sob sob.

Tak lama tu kaklong terus dibawa ke labour room dan salin pakaian. Masa masuk tu, kaklong ingatkan tu bilik kaklong, rupanya wad bersalin. Lokasi dia betul² depan meja nurse. Best, ada tv dan bilik air sendiri.

Inilah katil baby.
Teruja sangat kaklong tengok katil kosong ni.
Tak lama lagi ia akan ada penghuninya.

Permandangan dari atas katil labour room.
Takde apa buat selain tengok tv

Dalam pukul 11pagi doktor datang nak check bukaan dan induce. Katanya kalo 2 kali induce tak buka juga kena bedah.

Alaaa.. Taknak.
Taknak bedah.

Lepas induce, kaklong jalan² nak bagai cepat buka.

Pastu pukul 1 tengahari datang misi bawa makanan.
Sedap sangat tau!
Macam nak duduk sini hari² je

Tapi kaklong dah mula bosan duk kat wad ni. Nurse kata kene duk wad sampai bersalin. Nak kata boring, memang boring.

Pukul 6 petang doktor datang check bukaan lagi. Baru 1cm.
Kene induce kali kedua.
Kaklong dah berdebar dah ni.
Kalo bole taknak la bedah. Nak bersalin normal.

Doktor terkejut bila tau kaklong duk wad tu dari pagi tak masuk² bilik.
Pastu dengar dia bebel nak nurse kenapa biar duduk dalam wad dari pagi?

Tak lama tu kaklong dapat masuk bilik dalam pukul 8 camtu.
Nurse bagitau kalo sakit setiap 5 minit, panggil dia.

Pukul 9.30 malam, kaklong rasa macam air jatuh. Ketuban pecah kot, tapi tak pasti. Air tu pun sikit je.

Pastu mula rasa sakit. Pukul 10 malam confirmed sakit setiap 5 minit. Panggil nurse dan masuk wad untuk check bukaan. Baru 4cm. Rehat je kat wad. Katanya kira² dalam pukul 8 pagi baru bersalin.
Ui, lamanya... T__T

Tak lama tu kaklong rasa sakit sangat contraction tu. Lepas pergi toilet, kaklong nampak darah kat katil.

Kaklong bertinggung kat sebelah katil tahan sakit. Nurse masuk tanya kenapa? Maybe dia dengar kaklong tak naik katil kot. Kaklong cakap sakit sangat, dia pun bagi suntikan tahan sakit. Rasa lega dan Kaklong terus tidur.

Dalam pukul 1.30 pagi, kaklong terbangun. Rasa penat dan tak bertenaga. Call abang minta bawa biskut dan kurma. Masa abang datang tu, nurse tak bagi kacau, katanya Kaklong kena rehat cukup². Tapi kaklong rasa lembik, nak makan sikit nak kumpul tenaga.

Lepas hantar makanan dan borak kejap, abang pun kembali ke bilik, tinggal la kaklong sorang² lagi.

Tak lama tu sakit kembali lagi. Nurse check katanya dah 6cm. Kaklong minta nurse inject lagi tapi tak bole dah.

Tak tau la pukul berapa, sakit tu makin kuat. Tak pernah rasa sakit macam ni. Kaklong mampu berzikir je time sakit tu menyerang.

Tak lama tu doktor sampai.
Dia check dan suruh nurse panggil Cik Abang temankan.
Abang datang dalam mamai².
Kaklong tak bercakap pun dengan dia sebab duk layan sakit.

Tiba² rasa macam nak meneran. Nurse tak bagi sebab belom masa. Tapi rasa macam nak meneran dah ni. Dia pun check.

Tak seberapa lama nurse set up lampu dan suruh kaklong bersedia untuk meneran. Kaklong tak ready pun sebab tadi cakap belom masa.

Bila rasa je contraction, kaklong pun meneran. Tapi doktor suruh jangan meneran muka. Rasa macam dah betul dan meneran ni, rupa²nya salah juga.

Banyak kali kaklong meneran. Mungkin tak cukup tenaga atau tak cukup nafas, kaklong kene tarik nafas sekali lagi masa duk meneran. Doktor suruh habiskan nafas dengan sekali teran, jangan tarik nafas. Kaklong cuba tapi tak cukup tenaga T__T

Baby tak keluar².
Sampai kaklong cakap "kenapa susah sangat ni?"
Doktor cakap "ni first time, takde jalan lagi. Takpe, saya bagi sejam untuk awak meneran."

Bila doktor cakap gitu kaklong rasa lega. Ingatkan kene meneran cepat². Orang lain meneran 2 3 kali dah keluar baby.
Kaklong ni dah 10 kali kot tak keluar² lagi.

Katanya dah nampak rambut. Doktor suruh abang tengok kepala baby. Abang pun excited dan bagi support untuk kaklong meneran kuat².

Tak lama tu sorang lagi nurse sampai. Dia dari bahagian nurseri. Dia pun sama bagi galakan untuk kaklong meneran.

Tiba² 'plop' ada benda melompat keluar dari bawah. Pastu ada suara baby berbunyi kecil.

Kaklong cam tak percaya, tu baby kaklong. Dia dah keluar!

Jam 5.30pagi, baby boy seberat 2.7kg muncul di muka bumi. 
Ya Allah, indah betul kejadian dia.
Takde kening, takde bulu mata, kepala panjang, hidung kembang.
Oh baby ku..

Baby tu diletakkan atas dada kaklong kejap sebelum dibawa untuk azan dan hantar ke nurseri.

Babyku. 5 tahun mama tunggu ni sayang.

Kaklong kene beberapa jahitan.
Naseb baek bius. Kalo tak, sengsara la kaklong sekali lagi.

Pastu ada nurse lain datang bantu kaklong bersihkan diri, tukar pakaian dan dihantar ke bilik.

Kaklong duduk kat bilik single bedded. Bilik ni suami bole temankan tido sekali. Ada 1 kerusi panjang, tv dan bilik air sendiri.

Kos bersalin ni dalam 4k.
Kalo amik 4 bedded tu murah sikit.
Dan lebih meriah sebab ada ibu² lain kat sana, bole borak² dan berkongsi ilmu.

Kaklong memang taknak borak.
Kaklong dah rasa dah kesan borak ke atas psikologi masa tunggu nak masuk wad untuk insulin haritu.

Sakit ke bersalin?
Ya memang sakit.
Tapi sakit tu kita mampu tanggung.
Lepas bersalin, sakit tu terus hilang macam magik.

Jangan bimbang tau.

Beli Tungku Online

Dah beli dah tungku.


Beli online je kat Lazada.
Harga dalam rm70++.
Tungku sekali dengan sarung dia. Sori, lupa amik gambo sarung.

Kalo nak jimat, korang beli je tungku sahaja, pastu balut² dengan tshirt lama² banyak² lapis. Tungku saja dalam rm25-35 camtu. Atas seller la.

Tungku ni berat jugak, dalam 2kg.

Cara nak guna cuma panaskan ataa dapur dengan api kecik selama 10 minit. 

Cara bertungku pulak kaklong gugel je.
Banyak juga cara. Lain orang lain cara kan. Tapi yang pasti tungku area peranakan, tolak peranakan tu ke atas, pastu kat belakang, punggung, paha, betis dan tapak kaki. Payu dara, ketiak, atas dada kiri kanan dan tengkuk.

Apapun better korang tanya yang lebih arif. Kaklong pakai ilmu gugel ni kadang² tak complete ilmunya.

Pasni nak cari herba mandian pulak

Beli Set Bersalin

Kaklong dah beli dah set berpantang.

Jenama Afiat.
Harganya RM90.
Beli kat kedai jamu.

Dah lama dah Kaklong survey jenis² set berpantang ni.

Banyak sangat sampai Kaklong tak reti nak pilih yang mana.

Akhirnya Kaklong decide nak beli yang basic² je la. 
Kalo banyak² barang dalam tu pun rasanya takkan buat semua sebab Kaklong ni memang pemalas sikit.

Haha. Kenal sangat diri ni.

Lepas baca review para blogger, akhirnya Kaklong pilih jenama Afiat ni.

Dalam set berpantang Afiat ni ada item untuk dimakan iaitu :
- pil jamu
- akar kayu untuk direbus dan minum
- makjun

Untuk hygiene ada :
- gel mandian
- feminine care 

Untuk sapu kat badan ada :
- minyak afiat
- bedak hangat (bole buat param dan pilis)
- balm utk tali pusat baby

Dan ada juga :
- barut
- tali bentan (tak sure apa ni)

10 item kesemuanya.
Rasa macam banyak sangat je ni.

Bekung dah ada dah.
Dah lama beli yang jenis velcro tu.
Beli dulu konon² untuk kurus la kan.
Tapi pakai kejap² je sebab malas.

Tengok, bekung velcro yang sikit punya senang pun malas nak pakai.
Ish ish.. Bini sape la ni.. Bole je kot masa berpantang pakai bekung jenis ni.
Yang bertali tu leceh la.
Yang bertali n zip tu pula mahal jugak (kupik). Lepas dah beli set Afiat ni baru teringat ibu dulu masa berpantang dia bertungku dan mandi air daun.

Alamak.

Kaklong tanya adik, wajib ke bertungku?

Adik kata wajib.

Nampaknya kene cari tungku dan daun herba mandi pula la lepas ni.

Nak pergi kutip daun memang takde maknanya bila dah duduk pangsapuri ni.

Kalo kat Kuantan tu bole je pi sana sini kutip².

Siang karang kita pi survey tungku.
Baru ingat nak jimat. 
Hohoho.. 

Kos Poslaju 2018 Selepas SST (printed - downloadable)

Baru berkesempatan update kos Poslaju 2018 selepas SST.

Sebelum ni Kaklong masih quote harga yang selepas mansuh GST haritu.
Kaklong ni bab nombor memang slow sikit, walaupun dapat A1 Math masa SPM dulu. Haha

Kos Poslaju 2018 selepas SST
Ini ialah harga yang Poslaju charge tau.
Kaklong tau ramai seller yang amik surcharge atas kos Poslaju ni.
So pandai-pandai la ya..

Kaklong tak mark-up kos pos.
Tetap quote harga yang sama.

Kos plastik dan transport tu Kaklong serap dengan menggunakan perkhidmatan Mat Despatch.
Setakat ni harga dia murah sikit.
Nak kata untung tak juga, tapi dapat cover kos plastik, minyak kete, dakwat printer dan kertas (untuk print consignment note), tanpa perlu mark-up kos pos kat customer.

Bagi Kaklong fair la macam tu.
Customer tak perlu tambah duit.
Kaklong pun tak perlu tambah handling cost ni.

Sape yang perlukan jadual di atas sila la save gambar tu ya.
Tak pun download kat sini:


Owh, jadual ni hanya sampai 2kg je, sebab produk Kaklong jarang exceed 2kg.

Dan ni senarai kos poslaju dari Semenanjung ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak sahaja.
Yang lain Kaklong tak buat sebab ini untuk kegunaan peribadi.
Pastu rasa nak kongsi ngan korang pulak. 

Hehe..

Semoga bermanfaat ^^

Review One Two Jaga

Yay!

Akhirnya dapat tengok One Two Jaga

One Two Jaga kat Prangin Mall
Gigih tau tak, masuk pulau demi filem ni..

Cik Abang asalnya memang taknak tengok..
Namun atas dasar cinta dia bawa juga Kaklong pi tengok walaupun jauh (bagi kami jauh la)

Masa beli tiket ni kan, hall kosong je.
Kami orang pertama yang beli..
Naseb baek dia bagi beli, kalo tak sia-sia la datang dari jauh..

Tapi bila masuk hall, ramai juga orang.
Tak penuh tu normal la, weekday.. Office hour pulak tu..

Review sikit:

Bagi Kaklong citer ni best dan realistik.
Lakonan bersahaja.
Skrip bagus sangat, banyak yang tersirat di sebalik skrip tu.
Buatkan kita berfikir tentang kehidupan mereka-mereka ni..

Sapa mereka-mereka ni..?

Polis muda yang bersemangat waja.
Polis lama yang dah korup.
Pekerja warga asing.
Tokey pekerja warga asing.
Tukang buat kerja illegal dengan sejumlah bayaran.

Kaklong paling suka watak Adi.
Lakonan dia paling real, cara dia melontarkan skrip, selamba sangat.
Betul betul menghayati watak la mamat tu..

Pelakon-pelakon lain pun bagus, walaupun pelakon tambahan seperti guru besar dan anak polis tu.

Sikit je la review..

Namun begitu perkara yang paling menarik ialah review dari orang ramai.
Kat sini nampak filem ni dihadam dalam banyak perspektif.

Ada yang melihat dari perspektif pengorbanan ketua keluarga yang sanggup buat apa saja demi keluarga tercinta.

Ada melihat dari perspektif warga asing yang hidup susah di negara kita.

Ada yang melihat dari perspektif polis muda yang ikot undang-undang.
Tapi ada juga yang kecam polis muda tu kerana terlalu diskriminasi ke atas warga asing.

Ada yang melihat dari perspektif majikan yang jaga pekerjanya dengan baik walaupun terpaksa guna cara illegal..

Bermakna, 1 jam 20 minit ni dah membangkitkan bermacam pandangan masyarakat setelah menonton filem.

Kaklong rasa kagum gak, sebab jarang la jumpa review dari pelbagai perspektif macam ni..
BIasanya ada 2 pihak je..
Contoh macam Team Iron Man dan Team Captain.
Team Amy dan Nick (Gone Girl)

Tapi filem ni, macam-macam review Kaklong baca dan semuanya bago pandangan yang berbeza..

Pandangan Kaklong?

Pandangan Kaklong simple je.
Kaklong sokong apa yang polis muda tu buat.
Walaupun ada waktu dia reckless (disebabkan usia dia yang baru 23 tahun)
Kaklong ni jenis ikot jalan yang lurus dan buat perkara yang betul.

Apapun, rasa simpati kepada pekerja asing dan majikannya itu pun ada juga.
Dorang tu baik-baik je, cuma situasi yang mendesak mereka buat perkara macam tu.

Mungkin Kaklong takde kawan warga asing, tak bekerja dengan majikan, takde hubungan dengan polis, maka Kaklong takde la melihat ke dalam sangat.

Apapun, Kaklong puas hati dapat tonton citer ni.
HArap-harap sutradara dapat buat banyak lagi citer yang best macam ni.

^^

What's in my Bag?

Nampak member FB buat benda ni, Kaklong pun nak buat:
What's in my bag?

Hahaha..
Ada 3 barang je dalam beg Kaklong?
Nampak sangat minimalist disitu.. :D

Ada smartphone, purse dan lipstick.
Lipstick tu perlu sebab Kaklong pakai jenis glossy.
Cepat je hilang lepas makan..
Tapi sebenarnya jarang juga la touch up balik..
Kecuali kalo rasa bibir cam kering je..

Sebelum ni selalu bawa keys bersama..
Zaman bujang dulu la..
Penting tu nak bawa kete..

Tapi sejak kawen Kaklong dah jarang sangat bawa kete.
Jadi pembonceng je, sambil peluk Cik Abang merempit.
Takde maknanya nak merempit.
Cik Abang bawa lagi perlahan berbanding pakcik makcik yang beruban tu tau tak.
Haha.

Takpe, biar perlahan asalkan selamat...

Korang nak buat juga ke challenge ni (haha, challenge ke macam ni..?)

Nah, sila download gambo bawah ni:


Jom la, dari takde benda nak up entry..

Filem One Two Jaga

Filem One Two Jaga mula ditayangkan pada hari ni..

Ini adalah filem yang Kaklong nak tengok..
Tak ternanti-nanti pun, tapi nak tengok..
Sebabnya trailer dia nampak menarik..

Malangnya bila Kaklong check kat TGV takde pun..
Pastu check pula kat GSC, aik, takde pun...
(kat area Kaklong la)

Rupa-rupanya tak banyak pawagan tayangkan filem One Two Jaga ni :(

Senarai pawagam yang tayangkan One Two Jaga
Kat Pulau Pinang ni cuma dua panggung je ada..

Kenapa sikit je pawagam yang tayangkan One Two Jaga?
Inilah sebabnya:

Bajet rendah

Kesian pula karyawan miskin, tapi karyanya mantap.

Review setakat harini semua 9/10 n 8/10. Semua cakap best.

Baru dapat info yang mall sebelah rumah kaklong ni ada tayang One Two Jaga.
Tapi check online showtimes tak ada pula.
Kene walk-in la macam ni.
Masalahnya nk walk-in pukul berapa, tak tau tayangan pukul berapa, berapa kali sehari tayangannya.

Masalah kedua ialah Cik Abang tak nak tengok citer ni.

Masalah ketiga esok sampai Ahad mertua datang rumah, jadi hari Isnin la baru dapat tengok. Tu pun kalo dapat pujuk dia tengok.

Masalah keempat, weekday biasanya wayang tu tak ramai orang. Banyak kali kene return tiket sebab cuma kami berdua je tengok. Harap² tak kene return kali ni.

Banyak betul masalah ni..

Sebenarnya kaklong tak minat tengok filem awal² tayangan. Suka tengok time hujung² masa dah nak abes.

Tapi takot jadi cam citer Pulang.
Bila ready nak tengok, takde dah tayangannya.

Takot taw..

Minta-minta la berkesempatan tengok citer ni..

Aaminnnn...

Surprise dari Ayuni Rafilah

Semalam hari terkejut seMalaysia.

Kaklong terkejut juga, tapi terkejut sebab tengok semua orang terkejut.

Cam kelako je, terkejut pun masuk berita. Beramai² pulak tu.

Tapi harini serius Kaklong terkejut.
Sebab apa?

Sebab dapat satu paket yang Kaklong tak tahu hujung pangkal ceritanya.

Mari kita merungkai misteri itu..

Semalam lepas tengok equalizer 2, dapat 1 sorry note dari posmen, bukan poslaju. Serius la. Kaklong takde beli apa² pun.

Barang tu pula dari Kuantan.
Sape ada kat Kuantan? Famili Kaklong la sape lagi. Tapi dorang tak pernah hayat pun pos-pos barang ni..

Pagi tadi Cik Abang pi amik kat pejabat pos dan inilah barangnya. Dipos menggunakan flexi prepaid.

Dari sape ek..?

Dari Ayuni Rafilah rupanya.

Wah, terkejut saya 😱
Dia ni kan suka tau bagi surprise.

Haritu masa birthday dia poskan beg. Hari² Kaklong pakai beg tu.

Posing di atas tu bukan sebab nak cover alamat, tapi nak menunjuk cincin tunang I. Cincin tu mak mertua yang pilih. Pastukan masa tu longgar je. Bila dah kawen ketat la pulak. Hahaha...

Erm.. Apa kat dalam paket ni ya.
Jom buka..

Nutri Sup dari Ayam Brand.

Tq Ayuni. Dah lama cari.

Haritu masa Kaklong batuk tak kebah², Ayuni suggest sup ni untuk beri tenaga dan kuatkan imun sistem. Kaklong pusing² pasaraya kat sini tak jumpa².

Tak sangka pula duk fikir² terus dapat. Bak pungguk rindukan bulan, tiba² bulan jatuh ke riba.

Tq so much Ayuni Rafilah.
Buat susah² je..
U r my best friend 😘❤❤❤

Cari Idea untuk INstagram Highlights

Harini ada mood sikit.
Kaklong godek-godek instagram.

Sedih juga tengok IG sendiri ni.
Kalo sebelom ni bole dapat sampai lebih 100 likes per gambar.
Sejak kurang aktif ni dapat dalam 60 likes je per gambar..

Nampak macam batak like je kan..

Hahaha..

Memang patut pun Kaklong tak dapat banyak like.
Jarang like orang, orang pun jarang la like kita.
Jarang upload gambar, orang pun jarang la nampak kita.
Algo pun selalu berubah-ubah.

Itu aje..

Takpe la, lepas abes pantang ni Kaklong cuba aktif semula..

Masa tengah rajin ni la baru Kaklong nampak betul-betul apa tu Instagram Highlight.
Menarik juga ni.
Menarik untuk IG bisnes Kaklong la...

So Kaklong pun godek-godek cari Idea untuk Instagram Highlight.
Akhirnya dapat 21 idea.

Nak tengok tak?

Instagram Highlight Idea
Okay tak..?

Sape yang perlu tu, sila la saved.
Tak pun salin je balik..
Tak payah cari-cari dah..

Ini untuk IG bisnes je tau.
IG Blogger lagi kreatif kan..
Ada banyak niche, mesti ada banyak topik kita amik gambo.

Hm..
Banyak juga ni kan..
Rasa-rasa berapa biji highlight sesuai letak kat IG?

Cara dapatkan Free Shipping di Shopee

Tadi iklan #shopee lalu.

Kaklong baca komen, ramai juga marah.
Cakap "shopee offer free shipping tapi bila check-out tak dapat pun free shipping. Tipu je tahu..."

Kepada yang belom tahu, shopee dah tukar sistem.
Free shipping tu kita kene redeem, dia tak automatik macam sebelom ni.

Sape tak tau camana nak redeem, ni Kaklong tunjukkan.
Rujuk gambo demi gambo di bawah.

* Kaklong bukan bekap shopee tau, tapi rasa sayang kat korang yang tak dapat free shipping padahal beli mahal².*

 Lepas dah pilih barang, contohnya nak beli serunding ni, korang tekan 'use voucher or enter code' (anak panah biru)

Lepas tu dia akan bawa ke page ni.
Pastikan dah tick.

Pastu tekan 'OK'

Pastu dia akan bawa semula ke troli.

Nampak tak, 'Free shipping voucher' dah selected.

Pastu tekan "check out".
Jangan takut, belom perlu bayar lagi ni..


Korang akan dibawa ke page untuk confirm order.

Nampak tak bulatan tu..
Kos shipping dia 0.00.
Poslaju 0.00

Total payment pun sama dengan harga serunding tadi.
Takde bayaran tambahan.

Maksudnya memang free shipping la tu..

Dah puas hati, tekan 'place order'.

* P/S : Delivery address kat atas tu memang alamat betul Kaklong tau. Sape nak bagi hadiah kat baby yang bakal lahir bulan depan ni bole la antor hadiah ke alamat tersebut. Huhuhu

(tak malu minta hadiah 😚)

 Walau bagaimanapun...

Amik perhatian ya..

Ada juga seller yang tak offer free shipping.

Contohnya, kaklong nak beli kain ni 6 meter. Jumlahnya rm90. Banyak la ni kan.

Lepas redeem voucher dan tekan check-out..... (sambung gambo bawah)......

Tengok² kos shipping dia bukan 0.00.
Tapi kene tambah rm8.

Depend pada seller la.
Ada yang rm5.90 camtu.

Jadi, korang bole decide nak bayar je rm8 tu (murah dah tu untuk kain 6 meter) atau cari seller lain yang offer free shipping.

Jangan marah² tau.
Nanti tumbuh wrinkle² kat muka.

Pengguna bijak, faedahnya banyak.
Anda mampu mengubahnya..

Semoga bermanfaat 😘

Jeles dengan Micro-Influencer

Tau tak apa yang Kaklong jeles?


Ada 950 followers dan setiap gambar ada 250 likes (26%)

Kaklong pula ada 2200 followers dan ada 100 likes (4.5%)

Naseb baek bukan ada 20k followers dan 100 likes pada gambar (0.5%)

Orang yang engagement rate tinggi dengan jumlah followers yang tak semestinya tinggi ni dinamakan micro-influencer.

Dan orang itu adalah adik bongsu Kaklong 😤

===========================================

Micro-influencer ni lebih dipercayai sebab mereka ada niche yang kecil tapi berkualiti.
Pendek kata, hampir semua yang follow dorang tu, memang bertujuan untuk follow.

Bukan sekadar nak ramaikan majlis ke, atau saja-saja nak follow back ke, atau follower hantu, atau follower berbayar.

Mereka ni lebih diminati oleh para sponsor.
Sebab bila dorang review memang lebih dipercayai oleh folllowers berbanding mereka yang kerjanya dapat duit dengan buat review.

Orang macam ni biasanya dorang ada X-factor.
JAdi diri sendiri.
Tak tiru orang lain.
Tak ikot normalisasi dunia..

Dorang buat je apa nak buat, dorang ni authentic.
Sebab tu ramai admirer dan follower yang betul-betul ikuti perkembangan dorang..

Erm...
Jelesnya saya..
Saya tak macam tu..

Kaklong ni orang biasa-biasa je.

Takpe la.. Nak wat camana....
Terima je la hakikat itu 😖


Redha




Redha tu susah.

Tapi bila dah redha, hidup jadi smooth je.

Orang yang redha yang pernah Kaklong jumpa ialah ibu Kaklong.

Dia punya redha tu sampai Kaklong tak bole nak brain.

Kaklong duk perhati dia sejak Kaklong baby lagi.

Kaklong takleh jadi macam dia (walaupun dah cuba) sebab Kaklong ni panas baran cam ayah.

Kaklong banyak kali juga tanya "camana ibu bole redha je. Ibu tak rasa ke nak buat sesuatu dalam hidup instead of buat apa yang dah dilorongkan?"

Ibu cakap "apa yang Allah tulis, itulah yang ibu buat."

Masih takleh brain.

First time Kaklong redha ialah bila Kaklong mengalami kemurungam beberapa tahun sampai la rasa penat sangat berusaha dan planning.

Plan pun tak pernah berjaya walaupun usaha Kaklong lebih dari kemampuan diri.

Saat tu Kaklong cakap, "Ya Allah, ikut Kau la nak suruh aku jadi apa pun. Aku penat dah ni."

Pastu dalam gelap gelita tu, satu cahaya muncul lalu Kaklong ikot.

Pastu satu lagi muncul dan Kaklong ikot tanpa fikir lagi apa² kemungkinan atau kebarangkalian seperti yg selalu Kaklong buat sebelum² ni.

Semuanya berjalan lancar hingga sekarang.

Walaupun ini bukan kehidupan yang Kaklong impikan, tapi inilah kehidupan yang sesuai untuk Kaklong yg Allah lorongkan.

Kali kedua Kaklong redha ialah bila Kaklong nak suami.

Kaklong bukan cam orang lain yang okay je tak kawen.

Kaklong tak okay, Kaklong nak kawen 😅

Disebabkan tak laku, Kaklong pun doa "Ya Allah, bagi la aku suami. Tak kesah la sapa². Siapa yang Kau bagi aku terima."

Hari² doa cenggitu.

Pastu Allah munculkan macam² jenis manusia. Budak 2 tahun lebih muda, 4 tahun lebih muda, 6 tahun lebih muda, pakcik 20 tahun lebih tua, suami orang (3 orang kesemuanya, sampai Kaklong redha kalo ditakdirkan jadi isteri kedua), lelaki kaya yang hari² cakap pasal duit, lelaki miskin yg keje pak guard dan ramai adik beradik, macam² jenis lagi.

Walaupun ada yang tak kene dengan selera Kaklong tapi teringatkan doa tu, terus Kaklong terima je dorang (sorang dalam satu masa la, bukan semua sekaligus).

Dah tertulis bukan jodoh, semuanya pergi dengan baik.

Satu hari, isteri kawan ayah tanya suami dia pasal Kaklong ni dah berpunya ke? Kalo belom nak minta untuk anaknya.

(Padahal pernah jumpa dua kali je masa bertandang ke rumah dia. Kami tak berbual pun).

Kaklong dan anak dia berhubung dan kawen tanpa cinta. Kaklong redha dia sebagai suami dan dia redha Kaklong sebagai isteri.

Lepas kawen satu persatu keistimewaan dia muncul.

9 dari "10 ciri² lelaki idaman saya" yang Kaklong duk berangan dari kecik ada pada dia.

Tanpa cari, tanpa pilih, Allah hadiahkan "lelaki idaman saya" ni.

Betapa kasihnya Dia pada Kaklong.

Dari situ, Kaklong dah merasai kehadiran dan kuasa Dia bilamana Kaklong redha.

Sangat indah dan sangat melimpah.

Apapun, usia Kaklong baru 34.
Perjalanan ini masih panjang, in shaa Allah.

Kat depan tu banyak lagi ujian² yang bakal muncul untuk menguji keimanan dan keredhaan Kaklong.

Semoga Kaklong terus redha dan beriman sebagaimana ibu.

Aaminn...

Seorang Diri Bukannya Sunyi


Kaklong terbaca artikel Seorang Diri Bukan Bermakna Kesunyian ni dari The Patriot

Masa pi kursus kawen 6 tahun lepas, masa rehat pukul 1 tu semua peserta pi makan.

Kaklong pilih untuk pi solat dulu sebab malas nak beratur amik makanan.

Korang tau la kan perempuan amik makanan macam mana..
Bole bercinta kita tunggu belakang dia.

Plan Kaklong, lepas solat baru makan slow² sampai pukul 2, terus masuk dewan sambung kursus.

Kaklong jenis malas duk congok tunggu lama².

Lepas abes solat, Kaklong pun pi makan.

Tengok ada 3 perempuan je tengah makan dan lauk banyak lagi.

Dengan senang hati cedok nasi dan lauk pauk tu lalu duduk semeja dengan perempuan² yang tengah makan tadi.

Meja tak banyak pun, apa salahnya duduk dengan dorang kan.

Tengah syok² makan dengan damainya, dua perempuan bangun dan beredar.

Sorang lagi perempuan tak bangun² walaupun pinggan dah licin.

Kaklong pandang dia dan dia berkata "Takpe², makan la saya teman," sambil senyum ikhlas.

What?
No, jangan temankan aku (jerit dalam hati)

"Takpe la, pergi je," ujarku dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.

"Takpe². Saya faham. Tak selesa makan sorang², apalagi ada lelaki kat situ," seraya menuding ke arah meja makan lelaki.

Sebenarnya Kaklong tak kesah pun makan sorang.
Ada lelaki atau takde lelaki.
Kaklong tak rasa awkward pun.
Malah Kaklong sangat selesa kalau sorang diri.

Mengenangkan keikhlasan dia, Kaklong pun mempercepatkan rentak makan, supaya tangan dia tak kering dek lauk pauk tadi.

Rasa sangat tak selesa makan cepat², sedangkan bajet tadi nak makan dengan aman sentosa sambil menikmati angin sepoi² bahasa.

Pastu ada la plan nak tambah nasi n ratah ayam seketul lagi sebab sedap dan lauk tu pun banyak lagi.

Tapi bila ada orang tunggu, takkan nak pi tambah pulak..

Huwa huwa huwaaaa...

Lepas makan kami basuh tangan dan masuk ke dewan.

Masa tu ada 15 minit lagi nak pukul 2pm, dan penceramah masuk pukul 2.30pm.

45 min Kaklong duk congok for nothing!

Moralnya ialah lenkali Kaklong bila nak makan tu duduk la meja kosong, tak payah sopan sangat duk ngan orang lain. Orang lain pula serba salah nak tinggalkan kita sorang². Padahal memang kita nak sorang².

Lesson learned 😌

Mata Merah!


Batuk dah kebah siang.

Tapi malam masih teruk.

Semalam mata rasa gatal² sikit n nampak cam pink eye.

Makin petang ke malam abang cakap mata merah teruk ni. Esok (hari ni) kita pi klinik.

Okay.

Pukul 5 pagi, terjaga buat kali kedua sebab batuk.

Masa kat toilet, nampak mata merah teruk. Macam berdarah!

Takot!

Tak tau nak buat apa.

Abang balik keje kul 8 nanti terus pi klinik.

Lambatnya pukul 8.

Panik sorang² kat rumah ni.
Macam² benda buruk duk pikir.

😣😣😣

===============


Dah jumpa pakar mata.

Katanya pendarahan mata ni bole jadi tiba² atau sebab batuk yg terlalu kuat.

Dia akan baik sendiri dalam 2 minggu.
Tiada ubat diberi.

Kalo sakit atau pandangan kabur baru datang jumpa lagi.

Lepas ni Kaklong kene cover² la sikit batuk.

Memang kuat pun batuk ni, sampai tulang rusuk pun cramp dibuatnya.

Harap² lepas abes ubat batuk ni Kaklong pun sembuh.

Penat batuk ni tau...

Mekasih korang kerana concern.

Muah ciked 😘

I'm sick


Seminggu dah Kaklong batuk teruk.

Malam tak boleh tidur.

Siang pun tak boleh tidur.

Dapat tidur² ayam sejam dua jam je malam.

Kepala pun dah ting tong.

Tak dapat berfikir dengan baik.

Tak dapat ingat dengan baik.

Dua kali jumpa doc.

Doc bagi ubat batuk yang tak kuat, sebab Kaklong preggy.

Kaklong penat sangat.

Bila batuk, sakit kerongkong, sakit dada.

Bila batuk, berpanjangan sampai tak sempat tarik nafas, sesak nafas.

Bila batuk sampai termuntah².

Sambil cuci muntah, sambil batuk lagi dan muntah lagi.

Sampai nanges sebab tak larat dah nak ulang² muntah cuci, muntah cuci.

Batuk kuat sangat sampai rusuk dan belakang badan cramp.

Patut la banyak kes suami curang masa isteri pregnant.

Keadaan isteri sendiri tidak menyelerakan.

Jangan kata suami, Kaklong pun rasa jijik dengan diri sendiri.

Namun begitu sehabis baik cover supaya tak nampak teruk sangat di mata dia.

Tapi bila terpandang cermin, terkejut juga. Kenapa teruk sangat rupa aku ni..?

Tiap malam nanges minta Allah sembuhkan batuk ni cepat, Kaklong tak larat nak hadapinya setiap malam.

Tapi belum makbul lagi.
Mungkin banyak dosa, banyak hari lagi diperlukan utk hapuskan dosa² tu.

Kaklong dalam redha tak redha je tanggung kesakitan

Tadi rasa nak terjun balkoni tu.
Nak hentikan kesakitan ini.
Naseb baek masih waras.

Baru seminggu, tapi rasa macam dah sebulan.

Biasa Kaklong batuk amik masa 3-5 minggu baru sembuh.

Tapi batuk kali ni luar biasa sakitnya.
Terutama waktu malam.

Semoga Allah ikatkan hati Kaklong dan suami ketat² walau bagaimana buruk pun keadaan Kaklong.

Semoga buruk Kaklong ni ghaib di mata dia, yang dia nampak hanya indah dan cute je seorang Kaklong ni walaupu hakikatnya sangat tak sedap mata memandang.

Apa je la yang merepek Kaklong tulis ni?

Kaklong baru je lepas berguling kesakitan.

Bukan Kaklong je, baby pun guling sekali.

Kesian dia, patutnya dia tido.
Tapi mama kung kang kung kang batuk sampai tak dapat tido dia.

Sorry baby.

Siang tadi pi KPJ.
Doc confirm baby lelaki.
Kepala dah kat bawah.
2 minggu lepas kepala kat atas.

Doc cakap disebabkan diabetes, minggu ke 38 nanti kene induce.

Ermm.. Takutnya..

Ibu cakap, sakit biasa² je.

Yeke ibu?

Kaklong takot sakit.
Tak kuat cam ibu.

Kaklong cuba sedaya upaya control makan supaya baby tak besar, supaya tak kene bedah.

Kalo bedah lagi sakit masa berpantang kan.
Amik masa pula tu nak fully recover.

Kalo bole nak at least 3 orang anak.

Sebenarnya nak 6.
Tapi pada usia macam ni, dapat 3 pun mujur.

Abang cakap nak 10.
Ye la tu bang...

Semasa Kaklong tak sihat ni abang baik.

Haritu minta dia masak, dia masak.
Abang tak pandai masak, tapi dia buat juga.

Kaklong duk tepi, bagitau camana nak masak sambil batuk².
Sedap dia masak.

Tadi minta masakkan jemput bilis, dia masak juga.

Terima kasih abang.
Berselera kaklong makan malam ni.

Kelengkapan baby semua dah beli.
Dypers je belum.

Tapi belum cuci lagi.

Ingatkan nak cuci minggu lepas, lepas keluar wad, tapi disebabkan batuk terus lupa.

Kalo ingat kaklong akan cuci esok.

Minggu lepas ternampak baju baby yang comel sangat.
Warna mint.

Tapi ada saiz untuk 3-6 bulan je.
Yang newborn warna lain.

Kaklong cakap kat abang, warna mint ni belum ada lagi.
Bestnya kalao ada.

Abang cam biasa la, tak responsive

Kaklong pun pusing² cari baju warna minta tapi takde.

Disebabkan takde yg newborn warna mint, tak jadi la beli.

Nanti baby besar sikit kita beli ya.

Harini, abang balik dari pos barang dia letak satu paket depan Kaklong.

Ni tak lain tak bukan mesti makanan.

Kaklong n cuma suka makanan je, benda lain tak berapa minat.

Sekali buka rupa²nya baju baby warna mint haritu.

Abang....

Dia selalu macam ni tau.

Buat muka acuh tak acuh je, tetibe beli buat surprise.

Ingat pula dia yang mana satu, padahal sikit punya besar baby department pun dengan pelbagai jenama.

Haritu pun masa Kaklong terlompat² tengok kereta control Doraemon kat mall, abang bagi je beli.

Tapi fikir punya fikir, beli pun bukan main. Macam membazir pula.
Tak jadi beli.

Seminggu kemudian tup² kereta control Doraemon tu dah ada kat atas rak ruang tamu.

Melompat juga la tengok idaman hati tu.

Sepanjang hari asyik main kereta tu je.

Pastu esoknya sampai harini tak main dah.

Haritu pun masa makan kek, Kaklong puji kek coklat tu sedap sangat.

Abang cam biasa la layan tak layan je, macam Kaklong cakap sorang².

Pastu selalu ada je kek tu dalam peti tiap kali dia balik keje.

Yang syoknya dia tak bagitau pun ada beli kek.

Dia biar je Kaklong discover sendiri.

Kalo tengok Kaklong tak buka peti haritu, dia akan cakap, "ada apa dalam peti tu?" dengan muka serius.

Kaklong yg innocent ni cuak la, apa benda pulak dalam peti?

Terus menerpa buka peti.

Sekali tengok kek!

Bila dah tengok tu, mana bole tengok je, terus keluarkan dan ngap depan abang sambil menari² comel.

Sesekali suapkan dia.

Walaupun abang tak minat kek dan apa saja yang bukan asal Melayu (selera Melayu sangat dia ni), tapi makan juga, sikit je.

Lepas ni kene suapkan anak dia sekali.

Rasanya anak dia ni pun selera Melayu juga.

Sebab sepanjang pregnant ni asyik nak makan nasi berlauk je.

Taknak mamak or siam.

Nak lauk pauk Melayu yang simple² tu.

Kalo betul la selera anak ni macam abang, senang la keje Kaklong.

Kalo dia ikot selera Kaklong, habis la kene masak sedap² sahaja.

Apa ni sampai melalut ke sini?

Rasa lega sikit bila tulis bukan2 ni, tak melayan batuk.

Tapi baru pukul 4 pagi.

Biasa pukul 7 baru Kaklong dapat lelap.

Mungkin sebab udaranya tak sesejuk tengah malam.

Bila bernafas tu kurang sikit rasa geli² kat tekak dan paru².

Tak tau nak tulis apa dah.

Kaklong nak cuba tido dulu.

Mata pun pejam tak pejam je ni.

Goodnite..

Balik Kampung Raya dan Kenduri


A post shared by Kaklong Chan (@kaklongchan) on

Kaklong baru je balik dari kampung..
Balik beraya 8 hari.. Huuu bestnya..
Kira balik beraya la jugak kan, walaupun lewat..

Balik kampung ni Kaklong tak expect apa-apa pun..
Semua orang dah abes beraya kan..
Kaklong pun tak raya nak ziarah siapa-siapa; takot mereka dah penat beraya tetibe Kaklong muncul pula..

Tapi kan..
Sampai je Kuantan, mak sedara Kaklong jemput datang makan (dinner)
Sikit punya seronok lagi.
Dapat la juga merasa beraya.

Tetibe nenek kat Kemaman pula buat open house pada hari yang sama (malam juga)
Alamak, camana ni..?
Dah janji dah dengan mak sedara..
Akhirnya kami pi Kemaman petang, malam baru pi umah mak sedara pula..
Pastu kan tetibe pak sedara pula whatsapp ajak lunch kat umah dia..

Woooo...
3 houses kitorang pergi pada hari pertama jejak kaki ke Kuantan..
Ermm.. seronok sangat..
Dapat la juga sipi-sipi suasana beraya..

Tapi rasa ralat sikit..
Memandangkan kami balik raya ke-6, Kaklong tak expect akan jumpa ramai saudara mara (cousins); maka Kaklong tak prepare pun duit raya..
Jadinya, masa kat umah nenek, adik-adik bagi duit raya kat cousins, Kaklong je tak bagi..
Rasa sedih juga hati ni..
Bukan tak mampu; tapi memang takde duit pecah pun..
Kaklong lagi la, mana bawa cash; pakai debit card je time beli barang..
Abang pun tak prepare juga..
Sampul duit raya pun takde..

Tahun depan kene bagi double la kat dorang..
Sebagai ganti duit raya tahun ni..

Pastu hari Sabtu tu adik ipar Kaklong kawen..
Abang banyak buat keje kawen..
Kaklong datang menyibuk je..
Cuma packing doorgift, kemas-kemas sikit dan jadi driver bawa dorang cari barang..
Ya, Kaklong jadi driver tau sebab Kaklong pandai bawa kereta manual..
Orang lelaki lain dorang busy buat kerja lain, takleh nak bawakan..
At least Kaklong ada juga contribute something untuk majlis tu..

Pada hari kenduri tu pun keje Kaklong cuma excort mak mertua..
Kaklong simpankan duit kaut yang diberi kepada mak dan pak mertua dalam beg yang gedabak besarnya..

Akad nikah pukul 10 pagi kat rumah..
Juru nikah tu adalah orang yang sama nikahkan Kaklong n Abang Long.
Kaklong cam biasa la sebok je naik rumah nak dengar orang akad nikah.
Pastu Cik Abang nampak Kaklong duk bersimpuh kat situ, dia pun join duduk sebelah.

Yang bestnya juru nikah ni, dia bagi ceramah agama tentang suami isteri dan rumahtangga sebelum akad nikah. Amik masa sejam juga la dia bercerita.
Seronok dengar.
Tak pasal-pasal Kaklong jadi insaf dan recall balik kesilapan yang pernah Kaklong buat sepanjang berumahtangga.
Takde la silap besar pun, sedangkan lidah lagi tergigit kan..

Pada sebelah malamnya, kami makan kek dan sesi buka hadiah.
Kami tak beli pun hadiah untuk pengantin..
Tak sempat.
Lagipun takde transport nak pi ushar hadiah.

Sehari sebelum balik Penang baru pi cari hadiah.
Puas gak Cik Abang fikir nak hadiah apa.
Memandangkan kami dah tau hadiah apa yang pengantin dapat, jadi senang la sikit nak pilih yang belum dapat.
Tau tak pengantin dapat 5 biji rice cooker dan 2 biji blender.

Naseb baek.
Kaklong ada gak terfikir nak beli rice cooker haritu.
Mujur tak jadi.

Kerja kawen ni memenatkan juga tapi seronok.
Kesemua 11 adik beradik Cik Abang ada, jadi hubungan kami jadi rapat sikit.
At least dengan Kaklong sebab kami je duduk paling jauh dan jarang balik sejak kawen.
Sekali sekala jumpa tu jadi macam tak berapa kenal walaupun dah 5 tahun kawen.
Huhuu..

Okay la..
Takde gambar tau, Kaklong tak teringat nak amik gambo.
Baju yang Kaklong pakai pada hari kenduri tu lawa tau..
Tapi takde sape amik gambar Kaklong, dan Kaklong pun lupa gak nak selfie.
Siap buat baju tu jadi buncit sikit sebab ingatkan dah nampak baby bump, rupanya belum.
Kikiki..



Beli Mesin Basuh Baru : Review Mesin Basuh LG

Haritu mesin basuh rosak kan.
Kitorang dah beli yang baru.
Yay!

Sebelum beli tu Kaklong godek-godek dulu review orang yang guna mesin basuh.
Nampak ramai je yang puji jenama Toshiba.
Pastu ada yang cakap beli jenama Jepun, jangan beli jenama Korea dan China.
Nampak macam best je Toshiba ni.

Pastu Kaklong pun tanya dulu kat Facebook any suggestion jenama yang elok.
Biasanya orang tak layan pun soalan Kaklong kat fb tu, maklumlah Kaklong pun jarang drop komen, buat apa orang komen kita kan..

Tapi alhamdulillah.. Ada juga rakan yang komen.



Abam Kie bagitau dia beli Toshiba ada problem, tapi nasib baik dapat tukar. Dia suggest jenama LG.
Alamak, kecut pula perut Kaklong.
Bab tukar-tukar ni memang malas la.
Kalo bole nak elok je..

Kaklong pun godek-godek tenet dan aim jenama Hitachi atau Sharp.

Petang tu kami pi kedai barangan elektrik.
Kaklong duk cari jenama Sharp tapi takde pula kat kedai tu.
Pastu ingat nak yang muatan 7 kilo je la..

Memandangkan pangsapuri kami ni kecik, nak mesin basuh yang kecik je la.
Lagipun jarang juga basuh toto.
Dan ada juga baca review yang dorang guna mesin basuh 7 kilo je untuk basuh toto.
Kaklong pun ingat nak wat camtu gak la..

Masa check mesin basuh tu, benda pertama sekali Kaklong tengok ialah magic filter dia tu.
Kaklong dah stress dah dengan magic filter Samsung haritu.
Mana-mana mesin basuh yang magic filter dia muka macam magic filter Samsung Kaklong reject awal-awal.
Dah fobia..

Pastu terpandang la jenama LG.
Saje je tengok sebab Abam Kie ada mention.
Pastu salesman dia pun datang tanya-tanya.

Kaklong bagitau nak 7 kilo punya.
Dia cakap takde, yang 8 kilo ada la.

Pastu tengok filter LG ni jenis bulat.
Aik, pelik ni..
Maybe okay kot..
Pastu ada yang 9 kilo tu ada siap ada 3 filter lagi, jenis bulat gak..

Cik Abang pun tanya salesman tu bole ke basuh toto?
Dia cakap tak bole, nak basuh toto kene cari yang besar lagi.

Alaaaaaa....
Malas la besar-besar dalam rumah tu.

Masa dorang borak-borak, Kaklong nampak ada yang 11 kilo.
Saje la buka, tapi pelik la takde filter...?

Tanya dia apesal yang ni takde filter?
Dia cakap ni jenis baru, tak pakai filter. Semua air dia flush habis dengan kotoran.
Bila tengok balik, a'ah menang beza dalaman dia tu.

Yang biasa tu dalam dia macam plastik.
Yang ni macam aluminium (tak tau la material sebenar)

Itu menyebabkan Kaklong jatuh hati pada dia.
Takde filter!

Satu lagi walaupun dia 11 kilo, tapi saiz dia lebih kecik berbanding yang 9 kilo punya.
Best tu...

Pastu kitorang decide nak beli yang tu.
Yay!

Esoknya dorang hantar ke rumah dan tolong buangkan mesin basuh yang rosak tu.
comel tak?
Yaa.. inilah mesin basuh baru kami.
Cute tak..?
Sila abaikan sepah-sepah kat sebelah tu ya..

Dia kata Power Inverter iaitu menjimatkan tenaga, pastu dia punya waranty adalah selama 10 tahun.
Pastu kami ada extent waranty juga tau.
Lupa dah apa dia tapi kalo tak silap dalam 5 tahun pertama kalau rosak apa-apa spare part dorang akan baiki dan ganti yang baru.

bahagian atas dia
Dia punya penutup ni kaca, tapi gelap pula.
Masa mula-mula cuci tu kan, kami sibuk je nak jenguk camana rupa dia mencuci.
Lain sikit cara dia mencuci.

Masa air masuk tu kan, dia pusing perlahan-lahan, tak macam mesin basuh sebelum-sebelum ni, pusing hanyaa bila start membasuh.
Cik Abang siap pasang torch light lagi nak tengok rupa dia mencuci.

Kemudian dia ada auto-lock tau.
Masa tengah masuk air dan spin kan, dia kunci automatik.
Kita takleh buka.

Biasanya mesin basuh sebelum-sebelum ni kita buka, dia berhenti kan.
Ni memang takleh buka terus.
Dia ada tunjuk tempat kuncinya.
Perghh, canggih...

Satu lagi dia senyap je masa membasuh.
Takde la senyap sunyi, tapi bunyi dia perlahan je..
Namun begitu, dia punya music masa siap basuh pun perlahan juga.
Kalo duk bilik ni tak dengar.

Ni dia punya apa ek. ?
Tempat kita pilih function (Kaklong lupa pula nama dia)
Masa off, dia gelap je, bila on baru lampu nyala dan macam-macam perkataan muncul.
Jom kita zoom in..

Sebelah kiri tu adalah pilihan kalo nak guna.
Setakat ni Kaklong tak pernah guna lagi.
Selama ni memang guna function normal sahaja.
Soak tu mungkin guna bila anak dah start sekolah kot.
Tub dry tu dia suruh guna lepas selesai basuh, untuk keringkan tub.
Memang lepas membasuh, ada je air melekat kat sekeliling tub.

Sebelah kanan tu boleh ubah paras air dan berapa minit nak basuh.


Ini pula untuk ubah suai rince dan spin.
Ada juga function Child Lock.
Nanti anak tekan-tekan tak jadi apa-apa, so tak perlu la risau.

Tak pasti mesin basuh sebelum ni ada ke tak function ni.

Sebelah kanan tu untuk tukar program lain.
Contohnya delicate untuk pakaian lembut macam tudung, pakaian berenda ke; Duvet tu untuk toto dan blanket.

Tub Clean tu kene buat berkala untuk bersihkan tub dari kotoran yang melekat.


Yang ni butang power dan start.
Yang Smart Diagnosis tu menarik tau.
Kita boleh arahkan mesin ni untuk basuh baju dari ofis dengan menggunakan smart phone.
Tapi dia takde la amik baju kotor masukkan dalam tu.

Contohnya kita masukkan pakaian kotor pagi-pagi, pastu pukul 5 petang kita arahkan mesin ni start basuh baju (melalui phone kat office). Pukul 6.30 sampai rumah mesin baru je selesai cuci, terus kita pi sidai.
Contohnya camtu la..

Cuma kene download dia punya app.
Kaklong belum guna la function ni jadi takleh la elaborate lebih-lebih.
Cuma sampaikan balik apa technician tu citer kat kami.


Ni bahagian dalam dia.
Macam aluminium kan..
Biasanya mesin basuh sebelum-sebelum ni dalam dia tu cam plastik.
Nampak tak, takde filter pun.
Suka sangat ^^

Satu lagi sebab Kaklong suka mesin basuh ini ialah (tengok video bawah)

Sila abaikan reflection tu ek..
Nampak tak betapa slow-mo nya dia tutup.
Sebenarnya takde la penting pun fungsi ni.
Tapi nampak sexy la.
Pastu kalo rumah angin kuat atau anak suka main-main, takde la risau sangat kalo-kalo terkepit jari.
Best kan...

Mesin basuh LG ni harganya RM1299 tambah extended warranty 5 tahun RM240.
Totalnya RM1539.00

Okay la harga ni untuk pakai selama 10 tahun (harap-harap lebih) siap boleh basuh toto lagi..
Rasa geram je nak basuh banyak-banyak kali; tapi kami duk berdua je banyak mana je baju nak basuh.
Minta-minta dapat anak 5 orang.
Biar Kaklong merungut pula terlalu banyak baju nak basuh pasni..
Huhuuuuu..

Semoga review ni membantu korang yang tengah ushar mesin basuh baru tu.
Good luck ya ^^

Jimat Kos Poslaju Melalui Mat Despatch

Kaklong pernah citer pasal jimatkan kos pos dengan menggunakan perkhidmatan Easyparcel kan.

Beberapa minggu lepas didapati kos pos menggunakan Poslaju melalui Easyparcel dah meningkat dengan mendadak. Haritu tengok pos dalam semenanjung RM7.30. Semalam tengok naik kepada RM7.90. Lebih mahal dari guna direct ngan Poslaju lagi..


Huhuhu...
Sedihnya saya..

Memandangkan Kaklong ni kupik, maka Kaklong pun godek lagi cari jalan camana nak bagi kos tu jadi murah jugak. Tak kira. Nak jugak murah.

Akhirnya kubertemu dengan satu servis yang ala-alam Easyparcel juga iaitu Mat Despatch
Macam comel je nama dia.



Apa yang bestnya Mat Despatch ni?

1. Kos Penghantaran Murah
 

Kos penghantaran dia ialah RM6 dalam semenanjung, RM9 ke Sarawak, dan RM10 ke Sabah.
Ini kos untuk bawah 1kg menggunakan Poslaju.

Tanpa membuang masa Kaklong pun terus daftar akaun kat sini.
Banyak beza tu RM6 dan RM7.90.
Kalo 10 barang tak ke bezanya RM19?
Kita pos barang hari-hari ni memang rasa sangat beza bila ada kenaikan harga walaupun kecik.
Akaun kat Easyparcel ada lagi RM80.
Tapi takpe la, tinggal je dulu, kemudian baru guna.


2. Topup Rendah

Topup dia serendah RM20 je berbanding dengan Easyparcel paling minimum kene topup RM100.
Okay., mula-mula ni Kaklong topup RM20 dulu la.
Tengok camana servis dia.

3. Automatik Simpan Maklumat Customer

Lepas dah rekodkan shipment tu, nama alamat dan no tepon pelanggan dia autimatik simpan dalam akaun kita. Pasni kalau ada repeat order, dah takyah taip lagi. Best kan.

4. Track & Trace yang Mudah

Lepas pos tu korang bole terus check status penghantaran kat website Mat Despatch tu je.
Tak perlu pergi website Poslaju dan taip tracking no.
Cuma klik je kat shipment customer tu, terus dia tunjuk rekod perjalanan barang tu.

5. API Integration dengan E-commerce

Kalau korang ada website sendiri lagi syok.
Bole guna API yang disediakan untuk integrate dengan Mat Despatch ni.
Maksudnya lepas siap set-up API tu, order yang masuk ke website, korang boleh terus direct ke Mat Despatch tanpa perlu taip semula nama, alamat semua. Dia dah automatik.

Memandangkan Kaklong belum try lagi API ni, maka tak banyak Kaklong bole citer.
KArang tersilap pulak. Hehehe..

Kelemahan pun ada juga

1. Check-out satu-satu

Kat Mat Despatch ni, lepas siapkan taip satu shipment, korang kene terus checkout dan bayar satu demi satu.

Contohnya ada 3 barang nak pos. Lepas siap satu barang, checkout dan bayar, consignment note pun keluar untuk print. Pastu buat yang kedua, checkout bayar dan print, Pastu baru buat yang ketiga.

Bagi Kaklong leceh sikit la.
Easyparcel lagi mudah, kita taip je ketiga-tiga shipment tu siap-siap, kemudian checkout dan bayar ketiga-tiga sekaligus. Terus print ketiga-tiganya. Senang.

Apapun, dia ada bagi pilihan untuk buat bulk shipment.
Bagi Kaklong lagi leceh.
Sebab kene download template Excel dia, kemudian isi kotak-kotak tu pastu upload semula.
Kalau korang rasa okay, bole guna..
Bagi Kaklong leceh la.
Maybe tak biasa dengan Excel

2. Ada Poslaju je

Setakat Kaklong guna ni, kurier yang ada kat Mat Despatch cuma Poslaju sahaja, berbanding Easyparcel ada pilihan beberapa kurier lain seperti Skynet, Nationwide Express dan ABX.

Apapun Kaklong takde problem pun sebab memang guna Poslaju je selama ni.
Skynet tu kadang-kadang je atas request customer.

Nationwide Express memang takde maknanya aku nak pakai.
Sebab satu ofis dia jauh dari tempat Kaklong dan kedua pernah la barang yang Kaklong order dah sampai ofis dia tapi seminggu tak hantar-hantar. Bila call susah nak jawab.
Bila jawab dia cakap "A'ah ada, datang la amik."

What?
Kene datang amik sendiri?
Serius la...
Satu keje pula kene gi sana..

Okay, tu je la kelemahan dia setakat ni.

Korang bole pilih nak kurier pickup barang tu kat rumah ataupun drop kat Poslaju berdekatan.
Kaklong drop je kat Poslaju.
Cepat sikit macam tu.
Kalau drop pukul 6 petang tu, in shaa Allah sampai juga keesokannya harinya.

Kalau nak try bole pergi ke website Mat Despatch ni.
Topup je Rm20, bole pos 3 barang.
Kalau rasa sesuai, bole la terus guna pasni.

Bagi Kaklong sesuai sangat.
Senang takyah tulis alamat kat borang Poslaju, cuma copy paste je pastu print; pastu takyah amik nombor kat ofis Poslaju, terus je letak kat meja dia, tak pun gi ofis belakang.

Semoga perkongsian ni bermanfaat ^^