20,000 Steps per Day


Tadi masa Kaklong tengok youtube, kaklong terjumpa satu video pasal berjalan kaki. Yang menariknya dia ni berjalan kaki sampai 20,000 langkah sehari.
Uiii gile hebat.

Kaklong nak dapat 10,000 pun beberapa kali je dapat.
6000 langkah pun dah banyak sangat dah rasa.

Kata-kata dia tu buat Kaklong rasa terinspirasi nak start balik walking habit kaklong.

Sebelum ni kaklong dah buat walking ni dari setengah je sehari hingga ke sejam sehari. Semuanya berjalan lancar sehinggalah kaklong bercuti ke Terengganu haritu.

Balik dari Terengganu kami satu famili sakit. Dan kaklong la yang paling lambat sembuh. Masa sakit tu memang tak walking. Lepas sembuh tu lupa dah nak jalan. Pastu sakit lagi, Batuk teruk sampai berdarah. Jumpa doctor, xray apa semua alhamdulillah semua ok. Lepas sembuh tu terus lupa pasal walking. Sampai la kaklong tertengok video tu.

Macam dah 3 bulan juga la tak walking walking.
Makan pun makin tak control dan mood pun kurang ceria.

Beberapa perkongsian yang menarik dari video tu ialah sejak berjalan 20,000 langkah dia lebih :

1. mudah tidur dan tidur tu nyenyak dan berkualiti
2. mood jadi sangat baik dan positif
3. postur dia berubah jadi lebih elok, bahu terbuka dan dada bidang
4. rasa taknak berjalan, rasa dia bole berjalan forever
5. Body fat dia makin rendah walaupun bukan itu tujuan dia berjalan

Terinspirasi sangat lepas tengok video tu

Esok kene start semula la.

6000 langkah esok k. Caiyuk-caiyuk

Hoarder Want to Insaf


Sebulan dua ni kaklong sebok sangat mengemas rumah.
Kaklong declutter dan susun atur balik rumah.

Kaklong terinspirasi tengok rumah yang minimum je perabot dia pastu kemas je macam takde barang. Hahaha. Macam rumah homestay gitu.

Walaupun rasa tak logik la kaklong untuk ada rumah gitu [sebab takkan nak buang barang-barang yang sedia ada pastu beli baru semata-mata nak kaler yang senada dan kene dengan konsep] tapi tetap duk cari-cari kat online rumah yang macam tu. Rasa healing sangat tengok rumah orang gitu.

So pada bulan Ogos haritu kaklong start susun atur ruang tamu bagi nampak luas. 
Barang-barang yang tak perlu ada kat ruang tamu/living room kaklong pindahkan ke bilik belakang [bilik stor].

Hasilnya living room memang nampak lebih luas, tapi akibatnya bilik belakang jadi penuh barang.
Memandangkan bilik belakang menjadi mangsa sumbatan barang yang tak penting dan jarang guna maka operasi utama kaklong masa tu ialah declutter bilik belakang.

Uiiii, gila lama declutter.
Tak silap kaklong proses tu ada 3 fasa.

Pertama fasa buang benda yang confirm tak pakai dah lepas ni walaupun barang tu masih elok.
Kedua fasa buang barang yang rasa nak pakai lagi lepas ni, tapi mungkin lepas 5 tahun baru pakai.
Fasa ketiga pula barang yang sayang nak buang walaupun tak pasti pakai ke tak lepas ni kaklong buang je sebab rasa semak.

Susah tau sebab kaklong attached dengan barang.

Apapun kaklong berjaya buang banyak sangat barang.
Dan kaklong realized bahawa salah satu punca yang rumah masih lagi semak walaupun dah buang banyak barang ialah perabot.

Ada beberapa perabot dalam rumah ni yang sebenarkan tak perlu pun berada dalam rumah ni. Tapi sebab tak sedar yang dah tak perlukan, kaklong asyik cari-cari je tempat yang sesuai untuk dia. Kat mana-mana pun kaklong letak dia, semua tak sesuai. Last-last kaklong sedar yang dia [perabot tu la] tak perlu berada dalam rumah ni.

Bila kaklong letak dia kat mana-mana, mula la kaklong cari barang apa nak letak dalam/atas dia. Tu yang jadi semak.

Selepas realize benda ni terus kaklong amik sedikit masa untuk let it go. Perabot tu memang dah lama dan dah hampir buruk pun tapi tak sedar sebab dah lama dah dia berada dalam rumah ni. Perabot itu ialah rak kecik 3 tingkat 2 biji dan satu lagi rak plastik bulat yang masih elok lagi. 

Selain tu ada juga 9 buah laci kecik, dan bakul simpan barang.
Kotak phone pun ada dekat 10 biji kaklong tak buang. Konon nak simpan sebab elok. Bole guna untuk isi barang. Masalahnya dah bertahun kot tak isi isi pun barang dalam tu. Memang susah nak lepas sebab barang elok.

Masa declutter tu juga kaklong ingat nak buang semua bahan kraf. Kaklong jual bahan kraf secara online sejak 2010. Tapi sekarang dah tak ada order masuk dah. Mungkin sebab kaklong dah tak aktif promote, maka kaklong ingat taknak dah niaga lepas ni.

Namun begitu kaklong susah giler nak lepaskan. Beberapa hari juga la duk berbolak-balik nak buang ke, nak simpan; nak buang ke, nak simpan. Akhirnya kaklong amik keputusan untuk simpan [sebab susah giler nak lepas] namun storage dia berupa laci kecik-kecik, botol dan kotak-kotak semua kaklong buang. Bahan-bahan kraf tu kaklong masukkan dalam plastik dan simpan dalam container. Satu container besar bahan kraf duduk dalam tu dan simpan bawah meja dalam bilik belakang. Kaklong tahu perbuatan tu kurang bijak namun kaklong betul-betul belom bersedia untuk melepaskan mereka.

Selepas berplastik-plastik hitam barang dibuang, hati kaklong rasa lapang sangat.

Kaklong rasa macam lebih ringan dan otak kaklong macam ada lebih banyak ruang kosong yang buat kaklong rasa relax.

Namun begitu, selepas 2 bulan bilik belakang tu masih belom selesai dikemas tau. Hahaha. Sebab mood kaklong on dan off. Off especially bila suami keje, kaklong jadi malas sikit nak kemas sebab anak-anak ajak main dan ajak berinteraksi. Jadi flow mengemas tu tak smooth dan buatkan kaklong malas nak teruskan.

Sekarang bilik belakang tu cuma tinggal nak sorting benang kait dan hasil kait kaklong je. Kaklong nak buang masa benang yang dah taknak pakai dan buang juga hasil kraf yang tak cantik atau tak siap [dan takkan siapkan]. Cuma mood tu belom mari.

Minggu lepas kaklong ubah bilik kedua jadi living room kedua. Hahaha. Wujud ke living room kedua?

Bila musim panas, rumah kaklong ni panas sangat.
Bilik kedua ni pula ada aircond dan kaklong selalu lepak dalam bilik ni je ketika musim panas. Tapi anak-anak tengok tv kat luar. Kaklong kadang rasa bersalah pula tak join anak tengok tv sebab rancangan tv sekarang ni kan tak berapa selamat dah. Ada lgbt la, ada biadab ngn mak ayah la, ada buli kawan la. Tapi kaklong tak suka duduk kat living room masa musim panas sebab panas sangat.

Oleh itu kami bilik kedua ni kami taruk tv kecik dan sofa 2 seater untuk kami lepak dalam ni pada musim panas. Bilik ni juga ada meja keje, printer semua tu ala-ala home office. Bole la teman anak tengok tv dan bermain sambil-sambil buat keje [kalau ada keje, tapi macam dah takde dah pasni].

Hari ni kaklong kemas ruang tengah rumah yang kami jadikan ruang solat. Buku kaklong bawa masuk dalam bilik kedua tanpa rak sebab rak tu letak kat ruang solat sebagai tempat letak sejadah, telekung, Iqra' anak apa semua.

Buku-buku yang berlambak tu kaklong taruk atas meja kecik je dulu. Memang nampak semak ni sebab tak tahu nak simpan macam mana. Buku-buku ni berkemungkinan kaklong takkan baca dalam tempoh 3 tahun sebab anak asyik mintak perhatian bila nampak kaklong tekun buat apa-apa. Memang dalam tempoh ni kaklong tak bole tekun buat apa-apa kalau tidak aku stress.

Jadi buku tu mungkin bole disimpan di tempat yang tertutup ke, kotak ke, container ke, atau ikat siap-siap masa pindah nanti bawa je seikat-seikat. Sebelom tu kaklong ingat nak pilih balik buku-buku tu dan lepaskan la dalam 1/4 daripadanya, terutama yang dah baca. Masalah betul orang sayang barang ni kan.

Sekarang kaklong tengah fikir esok nak kemas atau declutter apa?

Sejak 2 bulan lepas kaklong cuba untuk kemas atau susun atau declutter satu kategori atau satu ruang sehari. Malas macam mana pun nak buat juga satu. Alhamdulillah boleh dikatakan berjaya walaupun ada selang-selang hari tak buat. 

Esok mungkin kaklong nak kemas benang kait kot.

Kita tengok je esok macam mana. 

My Sweet Home

Harini hari ke-10 kemas rumah.

Harini kemas sikit-sikit je.
Sapu, vakum, mop, dusting gitu je la.

Kiranya semalam hari terakhir mengemas.
Harini cuma finishing je.

Baru kemas rumah, show-off la sikit.
Jarang-jarang rumah kemas cenggini.


Tau rumah ni tak lawa pun.
Tapi bagi kaklong ni la rumah paling lawa dalam galaksi. Baq hang..

Okay la maka berakhir la fasa kemas rumah yang terakhir 2023.

Tahun depan in shaa Allah pindah rumah baru. Yippi!