Susahnya nak Quit Social Media

Photo by Thought Catalog: https://www.pexels.com/photo/silver-iphone-2228555/

Kann
Susah kan..

Kaklong dah lama dah quiting social media.
Kalau tak silap sejak 2021.

Kaklong dah berjaya dah stop semua social media; kecuali Facebook. Kaklong ada citer pasal ni kat Quiting Facebook.

Dan bila kaklong berjaya stop facebook, kaklong pergi main Tiktok pulak.
Padahal kaklong dah berhenti pun main Tiktok. Ada kaklong citer pasal ni kat Kenapa Kaklong Berhenti Main Tiktok?

Bila kaklong tersedar dan stop Tiktok, Kaklong pergi main Facebook balik.

Nampaknya Kaklong perlu ada satu social media yang Kaklong gunakan untuk buang masa.
Tapi Kaklong taknak!

Kaklong taknak gunakan masa kaklong dengan scroll social media.
Sebab aktiviti tu tak berguna.
Mungkin Kaklong dapat juga info-info penting, tapi info-info yang tak penting lagi banyak dapat.

Bila diteliti balik apa punca masalah kaklong, kaklong rasa la kan; kaklong ni takde kawan.
Sebab tu kaklong guna phone untuk bergembira.
Mungkin kaklong sunyi dan takde orang untuk bersosial jadi kaklong cari kawan kat social media.

Mungkin itu la yang perlu kaklong buat; cari kawan.

Yang kedua ialah, kaklong kene cari aktiviti lain untuk dibuat setiap kali kaklong bosan.
Setakat ni alhamdulillah kaklong berjaya dah buat beberapa aktiviti tatkala bosan iaitu:
  • mengemas atau membersihkan rumah
  • berjalan atas threadmill
Ni la dua aktiviti yang kaklong berjaya konsisten.
Sebab dua aktiviti ni tak perlukan tumpuan.
Kaklong bole je stop kejap-kejap atau buat sambil-sambil layan anak bergaduh.

Ada beberapa aktiviti lain yang kaklong nak buat bila bosan antaranya:
  • membaca
  • menulis
  • berkraf
  • melukis
  • memasak / baking
  • menjahit
Tapi aktiviti-aktiviti ni memerlukan tumpuan, dan bilamasa bersama anak 6 tahun dan 3 tahun memang tak berapa nak tumpu la aku. Asyik bergaduh, asyik menyakat je dua beradik tu. Kaklong kene buat keje sambil-sambil tengok. Bila membaca ke, menulis ke, memang takde maknanya nak sambil-sambil tengok.

Apapun, kaklong patut cari juga aktiviti untuk dibuat bersama anak-anak kan. 
Mungkin origami, plasticine tu kaklong bole buat dengan anak-anak.

Kaklong pun ada plan juga nak ajak anak workout sama-sama sambil tengok video workout.
Atau ajak anak jalan petang-petang kat taman.
Tak lama lagi nak pindah dah, taman baru tu pulak kecik je pun.
Maybe kene cari taman lain yang ada jogging track dekat-dekat sini.

Yang ketiga pula, kaklong fikir mungkin kaklong patut alih perhatian dari scroll facebook kepada blogging dan blogwalking.

Inilah yang kaklong buat sejak 2009. Berblog dan berblogwalking.
Memang seronok time tu sebab aktif je blogging ni.
Sekarang kawan-kawan blog kaklong dah tak update, kaklong pun tak jumpa blog baru nak dikunjungi.

Namun begitu kaklong terjumpa juga la banyak blog yang masih lagi aktif menulis dan berkunjung ke blog kaklong.
Kaklong ni nak balas kunjungan tapi tak buat-buat sebab bila free je buka facebook, free je buka facebook.

Lepas ni kaklong bole intentionally buka blog setiap kali free.
Tapi tak tau lagi nak start bila.
Mungkin dalam beberapa hari ni baru start masuk ke dunia blogwalking utk replace dunia scrolling.

Apa bezanya blogwalking dan scrolling?
Sama je kan.

Mana ada sama....

Blogwalking kita memang sengaja pergi ke rumah orang.
Kita pilih nak pergi ke rumah sape dan luang masa dengar dia cakap dan beri respond pada dia.

Scrolling pula, semua orang yang kita tak kenal lalu depan muka kita pastu cerita pasal itu ini yang kita tak tanya pun. Malangnya kawan-kawan yang kita kenal tak lalu pulak sebab algoritma sengaja taknak bagi kita nampak kawan-kawan kita. Dia nak bagi strangers je semua kat kita dan bagi macam-macam cerita sampai kita dah naik semak.

Camtu la lebih kurang.

Jadi sebagai seorang wanita yang memerlukan ketenangan dan kewarasan, kaklong nak kembali blogwalking dari cari cirle yang sesuai ngan kaklong.

Gitu la lebih kurang ceritanya.

Kalau korang blogger yang masih aktif menulis, sudi-sudi la drop komen.
Nanti kaklong berkunjung ke blog korang k.

4 ulasan:

  1. salam kenal..wah bukan senang nak wuit socmed ni..congrats!! satu pencapaian tu...
    and setuju sgt..blogging ni boleh kenal ramai kawan di alam maya.. x pernah jumpa pun but kalau konsisten & keep in touch memang seronok sgt.. and mcm2 boleh belajar ...kannn...so welcome back to blogging!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tenkiu mummy. Dah lama sangat ni. Kene start ikut rentak kawan-kawan baru.

      Padam
  2. Start blogging bila kawan2 lama pergi, ambik masa utk berkawan baru. Ketika ikut suami bertugas jauh. Kemudian, muncul Facebook eratkan dgn keluarga & kawan yg jauh2. Sebab bukan mudah utk sms semua ketika itu. Blog terabai kejap. Bila hidup pindah randah, ada media sosial utk eratkan yg jauh, juga update dari yang terdekat Alhamdulillah. Awal dulu saja yg agak kerap. Tengok keadaan. Tahun lepas, mula rindu alam blog, mula menulis semula, ikut mood haha. Apapun buat berpada2, janji kita sendiri yang ceria gembira.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Buat ikut mood dan enjoy life

      Padam

Komen la sikit ^^