Sedih sikit


Anak sulung kaklong nak masuk tadika dah minggu depan.

Kaklong pun cari la maklumat pasal sekolah rendah. 
Lama sangat dah tinggalkan sekolah.
Pada usia 41 tahun (tahun depan) baru anak masuk darjah satu. 
Alahai sedihnya jadi mak tua 😭

Kaklong baru je tahu yang kelas KAFA tu 5 hari seminggu.
Selama ni ingatkan 2x seminggu.

Kalau gitu setiap hari la anak-anak kaklong takde kat rumah dari pagi sampai petang.
Dah nak malam baru jumpa?
Alahai sedihnya.

Perkara ni normal je bagi ibu bapa yang bekerja.
Tapi bagi kaklong seorang surirumah, ini tidak normal. Hahaha

Habis tu kaklong nak buat apa kat rumah sorang-sorang? Hahaha

Okay, let's look at the bright side...
Takde orang kat rumah sepanjang siang membolehkan kaklong start balik bisnes kecik kaklong yang dah pause lama tu.
Kaklong kan selama ni tak dapat fokus sebab anak nak itu ini setiap kali kaklong nak buat keje.
Haaa lepas anak masuk sekolah ni bole la fokus.

Pastu kaklong bole start balik youtibe channel kaklong dan beberapa perancangan yang digendalakan.
Sebenarnya ada banyak positif la kan.

Tapi tu la...
Tak dapat tengok anak.

Lepas ni kaklong akan lebih sunyi.
Sebab bukan saje takde kawan, tapi juga takde anak.
Sedihnya kaklong.
Korang tak sedih ke...?

Apapun, ada setahun lagi sebelum Farid masuk sekolah rendah.
Dan ada 4 tahun lagi sebelum anak kedua (bongsu la tu) masuk sekolah rendah.

Semuanya akan okay, in shaa Allah 😢



6 ulasan:

  1. Bolehlah teruskan beberapa perancangan yang tergendala sebelum ini

    BalasPadam
  2. Ada anak bongsu belum sekolah lagi. Tumpu dia semata-mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Bole fokus kat dia petang-petang. Selama dia dia asyik kene usik ngan abang dia. Selalu juga keenmengalah dgn si abang

      Padam
  3. in sya Allah..everything will goes well ... boleh me time, relax2 sikit.
    MA lagi la..yg sulung tu dah abis SPM, x lama lagi masuk IPT lagi la.. tinggal kan ngan princess jer berdua... but life must go on... kannnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Cepat betul masa berlalu. Kene nikmati tiap saat yang berharga

      Padam

Komen la sikit ^^